Penistaan Al-Quran Berulang Kali Terjadi di Sweden
Seorang wanita bertindak membakar Al-Quran di Stockholm, Sweden.
Media Turki A Haber, dalam postingan di X, melaporkan tindakan tersebut berlaku pada Jumaat (26-4-2024). Wanita berusia 48 tahun itu membakar kitab suci Al-Quran sambil berteriak, “Islam, keluarlah dari Sweden”.
Menanggapi kes di atas, jurnalis Joko Prasetyo menegaskan bahawa penistaan terhadap Al-Quran telah berulang kali terjadi di Sweden.
“Setidaknya Jade Sanberg sudah dua kali membakar Al-Quran di khalayak ramai sejak 2024. Pada 2023, viral juga berkali-kali Al-Quran dinistakan di Sweden dengan cara dibakar. Di antaranya dilakukan Rasmus Paludan,” ungkapnya kepada MNews, pada Isnin (6-5-2024).
Beliau melanjutkan, Paludan sebagai pendiri sekaligus pemimpin Stram Kurs, parti sayap kanan Denmark itu, pada 21 Januari 2023, membakar Al-Quran di hadapan masjid Stockholm, Sweden. Enam hari kemudian, dia melakukan hal yang sama di hadapan masjid dan kedutaan besar Turki di Copenhagen, Denmark. Sebelumnya, Rasmus juga melakukan tindakan serupa pada Mei dan April 2022, September 2020, dan pada 2019. Semua dilakukan di Sweden.
“Hal yang sama dilakukan juga oleh Salwan Momika. Imigran berasal dari Irak yang mendapat suaka politik sejak 2018 di Sweden ini, setidaknya sudah tiga kali membakar Al-Quran sejak hari pertama perayaan Hari Raya Aidadha (Jun 2023) di hadapan Masjid Central Mosque, Stockholm,” tambahnya.
Tidak Dicegah
Beliau mengungkapkan rasa kesal kerana tindakan pembakaran ini tidak dicegah oleh pihak berkuasa.
“Dalam setiap tindakan pembakaran Al-Quran, pihak berkuasa hadir hanya untuk menjaga proses pembakaran Al-Quran agar berjalan dengan aman, tanpa sebarang usaha0 untuk mencegah terjadinya pembakaran Al-Quran,” ucapnya sedih.
Beliau menerangkan, walaupun dalam beberapa kesempatan pemerintah Sweden (pura-pura) mengecam penistaan terhadap Al-Quran/Islam, tetapi pemerintah mengaku pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa dengan alasan perbuatan mereka itu sebahagian dari kebebasan berekspresi sesuai dengan undang-undang yang diamalkan di Sweden.
“Sebagaimana pemerintah Sweden, para penguasa dunia Islam, hanya mampu mengecam tanpa ada tindakan tegas terhadap para penista Al-Quran/Islam ataupun bagi negara pelindung penista Al-Quran/Islam tersebut,” sesalnya.
Beliau turut memberikan contoh, terkait penistaan yang dilakukan Rasmun Paludan pada Januari 2023, misalnya, pemerintah Turki hanya bercakap besar bahawa dia akan memblok akses NATO Sweden jika negara itu masih membiarkan tindakan tersebut.
“Namun, pada Januari 2024, Turki tetap saja menerima akses NATO Sweden, padahal jelas-jelas sepanjang 2023 banyak terjadi penistaan Al-Quran/Islam di Sweden dan tanpa sebarang hukuman (tindakan) dari pihak berkuasa,” cetusnya.
Melanggar Syariat
Menurutnya, penistaan terhadap Allah, Al-Quran, dan Rasulullah saw. merupakan sebahagian dari ekspresi yang melanggar syariat Islam. “Hukuman bagi para pelakunya adalah hukuman mati,” tegasnya.
Beliau juga mengingatkan bahawa penistaan terhadap Al-Quran dan Islam merupakan masalah yang sangat serius, tidak boleh dianggap remeh.
“Oleh sebab itu, setiap penistaan terhadap Al-Quran dan Islam mesti segera diberikan tindakan tegas. Malah, walaupun penistaan tersebut terjadi di luar wilayah kekuasaan kaum muslim, kaum muslim yang diwakili penguasanya, tetap wajib mencegahnya dengan kekuatan,” jelasnya.
Beliau menggambarkan bahawa tidak menghairankan ketika Khalifah Sultan Abdul Hamid II membaca laporan akhbar bahawa di Paris, Perancis, akan mengadakan pentas teater yang menghina Nabi Muhammad saw., maka Khalifah segera memanggil kedutaan besar Perancis di Istanbul.
“Kepada perwakilan rasmi Perancis tersebut, Sultan mengancam akan menyerang Perancis secara militer jika rancangan pementasan teater penghinaan terhadap Nabi Muhammad saw. tetap dilaksanakan di Paris, yang sudah dimaklumi bukan wilayah kekuasaan kaum muslim,” ujarnya.
Beliau menambahkan, oleh sebab tindakan tegas Sultan Abdul Hamid itu, maka pementasan tersebut dibatalkan.
Dalam pandangan beliau, sekurangnya ada tiga bentuk penistaan terhadap Al-Quran. “Pertama, penistaan simbolik. Contohnya, membakar mushaf Al-Quran sebagaimana yang berulang kali terjadi di Sweden,” jelasnya.
Kedua, sebutnya, penistaan secara verbal. Beliau mencontohkan, kenyataan Salwan Momika yang menyebut Al-Quran merupakan buku yang paling berbahaya sedunia dan dirinya akan berhenti membakar sampai buku ini (Al-Quran -baca.) dilarang.
“Ketiga, penistaan hakiki. Contohnya, sumpah atau pelantikan menggunakan Al-Quran ke atas pemerintah untuk menerapkan aturan yang bukan dari Al-Quran sebagaimana yang dilakukan oleh para penguasa negeri-negeri kaum muslim yang terpisah-pisah dalam negara bangsa,” jelas beliau.
Beliau berpendapat, yang paling keji dan paling merosakkan di antara semua penistaan tersebut tentu saja adalah penistaan secara hakiki.
Membaiat Khalifah
Beliau mengatakan, agar tidak terjadi lagi penistaan secara hakiki, maka kaum muslim wajib membaiat seorang khalifah (baca: ketua negara Khilafah) yang bertugas menerapkan syariat Islam secara kaffah dalam naungan Khilafah.
“Khilafah adalah kepemimpinan umum kaum muslim sedunia yang menerapkan syariat Islam secara kaffah di dalam negeri serta menjadikan dakwah dan jihad sebagai asas politik luar negerinya,” jelasnya.
Dengan itu, beliau yakin, siapa pun yang menista/menghina Islam akan dikenakan tindakan tegas, bahkan sampai hukuman mati oleh Khilafah apabila penistaannya terbukti secara terang benderang ditujukan kepada Allah Swt., Al-Quran, dan atau Nabi Muhammad saw..
“Apabila perlu, momentum ini dijadikan sebagai pemicu jihad terhadap para penguasa negara kafir yang melindungi pelaku penista tersebut,” tambahnya.
Beliau sangat yakin, penistaan hanya boleh dibanteras dengan saksama atau paling tidak diminimalisasi semaksima mungkin apabila kaum muslim menegakkan kembali syariat Islam secara kaffah dalam naungan Khilafah.
Sumber: MNews