Ribuan Mahasiswa Amerika Syarikat Demo Bela Palestin Ditangkap: Sikap Berat Sebelah dalam Kebebasan Bersuara!
Lebih dari 2000 orang ditangkap di kampus-kampus di Amerika Syarikat (AS) sejak gelombang protes mahasiwa membela Palestin semakin meningkat di negara Uncle Sam tersebut.
Universiti Columbia (29-4-2024) menerbitkan memo yang memperingatkan bahawa mahasiswa akan digantung jika tidak membubarkan diri dan perkemahan mereka pada pukul 14.00 waktu setempat.
Memo peringatan ini muncul setelah mahasiswa berdemontrasi. Mereka juga berkhemah dan memasangnya di kawasan kampus.
Para pemprotes menyerukan agar Zion*s menghentikan keganasan mereka di Semenanjung Gaza dan menuntut kampus-kampus di AS menghentikan kerjasama dalam perdagangan, baik dengan Zion*s mahupun perusahaan yang mendukung perang di Gaza.
Pilih Kasih
Penangkapan itu dinilai ahli akademia dari Kalimantan Tengah Sri Mujiarti Ulfah, S.Sos., M.A.P. sebagai bukti sikap pilihan kasih atau berat sebelah kebebasan bersuara.
“Polisi kampus Universiti Columbia New York yang memberi hukuman digantung bagi mahasiswa yang terlibat demonstrasi, mengesahkan bahawa sikap berat sebelah AS tentang kebebasan bersuara (freedom of Speech),” ungkapnya kepada MNews, Selasa (7-5-2024).
Menurutnya, selama ini AS dan negara negara Barat begitu mengagungkan nilai kebebasan, salah satunya adalah kebebasan bersuara, dengan prinsip membiarkan seseorang melakukan apa yang dia yakini dan siapa pun boleh bersuara apa pun yang dia inginkan, walaupun pendapatnya bertentangan dengan pendapat orang lain.
“Namun, realitinya sangat kontradiktif dengan jargon mereka. Kebebasan bersuara versi AS, hanya jika memperkuat hegemoni ideologi mereka atau memperlemah umat Islam. Misalnya, apa yang terjadi di Gaza, berapa banyak wartawan menjadi korban pembantaian yang dilakukan pasukan Zion*s, padahal aktiviti mereka hanya melaporkan berita,” jelasnya memberikan contoh.
Zion*s, sambungnya, juga melakukan pemutusan akses internet dan telefon, selain itu syarikat media sosial menghapus isi kandungan terkait dengan Palestin, serta apa yang terjadi di Universiti Columbia.
“Jika kebebasan bersuara itu untuk semua, maka bukankah tidak ada alasan untuk melarang mahasiswa menyampaikan dukungannya terhadap perjuangan penduduk Gaza?” soal beliau.
Dalam ulasannya, beliau menyampaikan bahawa sikap berat sebelah yang dilakukan AS selama ini membuka pemikiran bahawa demokrasi hanya sebagai alat untuk menjaga eksistensi ideologi kapitalisme kerana ideologi kapitalisme akan memastikan bahawa sumber-sumber kekayaan dunia tetap berada dalam cengkaman mereka yang dijalankan oleh oligarki dengan jalan apa pun, bahkan dengan penjajahan.
“Akibatnya, ideologi kapitalisme tidak layak dijadikan sebagai ideologi kerana membawa kerosakan dan melanjutkan penjajahan,” nilainya.
Perlu Direspon Positif
Sri mengatakan, demonstrasi besar-besaran dari mahasiswa di kampus- kampus elit di AS terkait penjajahan Zion*s dan dukungan besar-besaran oleh pemerintah AS, perlu direspons positif.
“Demonstrasi ini muncul di tengah-tengah mahasiswa tempatan dalam keadaan tergantung, lemah dalam merespons, dan memberikan solusi terhadap persoalan umat, bahkan disibukkan dengan pelajaran serta tuntutan bekerja pasca kuliah buah dari mahalnya pendidikan,” ulasnya.
Ia melanjutkan, mahasiswa AS hadir untuk menyuarakan nilai-nilai kemanusiaan kerana mereka melihat kebiadaban yang dilakukan Zion*s terhadap penduduk Gaza dalam tempoh waktu berbulan-bulan ini.
“Para mahasiswa tersebut menyaksikan tangan-tangan penguasa mereka berlumuran darah kerana membantai kanak-kanak dan kaum perempuan Gaza,” ujarnya sedih.
Menurutnya, ini merupakan pukulan yang menghancurkan bagi umat Islam yang sepatutnya berada di barisan terdepan untuk terus tanpa lelah dalam memperjuangkan hak-hak saudara mereka yang ada di Palestin.
“Bahkan, mendorong para penguasa kaum muslim mengarahkan kekuatan militernya untuk melindungi jiwa, tanah, dan kehormatan saudaranya di Palestin, atas dorongan akidah Islam,” tegas beliau.
Sumber: Wawancara MuslimahnewsId