IRAN DALAM MENGHADAPI AMERIKA DAN ENTITI YAHUDI: PERANG MENENTUKAN ANTARA DUA PROJEK GLOBAL, PROJEK TIMUR TENGAH BAHARU DAN PROJEK WILAYATUL FAQIH
Berita:
Perang antara Amerika dan entiti Yahudi menentang Iran tercetus pada 28 Februari 2026 melalui satu serangan besar-besaran. Selepas itu, terserlah kekuatan Iran dan keupayaan peluru berpandunya yang tidak dijangka oleh pihak penyerang. Iran melancarkan serangan balas yang hebat terhadap entiti Yahudi, pangkalan-pangkalan Amerika di rantau tersebut, serta kapal induk mereka.
Sehingga kini, kelebihan semakin memihak kepada Iran, di mana ia berjaya mengukuhkan pengaruhnya ke atas Selat Hormuz dan mula mengancam tindakan lanjut.
Keyakinan pun mula menyebar secara global mengenai ketidakupayaan Amerika dan sekutunya serta keterlibatan mereka dalam situasi yang sukar. Amerika bahkan meminta bantuan daripada sekutu-sekutu lamanya, malah daripada pihak lawannya, untuk menghentikan perang demi menjaga pengaruhnya di rantau dan posisinya di dunia.
Komentar:
Walaupun kesombongan dan pembohongan Trump kini tidak lagi tersembunyi, serta pelbagai pembunuhan dan kemusnahan di Iran akibat peperangan ini, perkembangan semasa setakat ini dilihat lebih menguntungkan Iran.
Hal ini jelas dari kegagalan Amerika—negara terkuat di dunia—bersama tentera Yahudi yang selama ini terbiasa bebas bergerak dengan pesawat dan tenteranya di kawasan untuk membunuh dan menghancurkan sesuka hati, namun kini gagal mencapai matlamat mereka.
Malah, keselamatan entiti Yahudi kini menjadi sejarah, dan kewujudannya dipersoalkan.
Pengaruh Amerika pula terus merosot, dan Selat Hormuz menjadi simbol utama dari perubahan ini di serantau dan dunia. Kemerosotan ini akan semakin besar jika Iran berjaya melaksanakan dasar-dasarnya ke atas Selat Bab al-Mandab.
Sekiranya perang berterusan seperti sekarang, maka ketidakpuasan para sekutu dan agen Amerika akan meningkat, yang pada akhirnya akan menggugat posisi antarabangsanya.
Sebelum terjun ke dalam petualangan perang ini, Amerika sebenarnya sudah berada dalam krisis besar, akibat kegagalannya dalam pelbagai isu yang ditangani oleh Trump. Strateginya di rantau menjadi beku kerana ketegasan Iran dalam menghadapi projek Amerika dan entiti Yahudi yang dikenali sebagai “Timur Tengah Baharu”, yang bertujuan menciptakan dominasi eksklusif Amerika di rantau tersebut.
Dalam projek ini, dominasi tersebut hampir menyamai bentuk imperialisme yang menyamai perhambaan, dengan entiti Yahudi sebagai polis rantau dan penguasa atas perintah Amerika.
Penolakan Iran terhadap projek ini sangat tegas, walau apa pun harga yang perlu dibayar. Kerana Iran memahami bahawa projek ini akan menjadikannya negara bawahan, di samping menghancurkan projek politiknya untuk membina kekuasaan pemerintahan “Islam” berdasarkan konsep Wilayatul Faqih yang telah dipersiapkan selama setengah abad, dengan membina kekuatan militernya dan memperluas pengaruhnya.
Kerana itu, Iran mula menghadapi projek Amerika sejak tahun 2018, ketika Trump mula mencuba menjalankannya. Iran berusaha meyakinkan Amerika untuk tetap mempertahankan hubungan “kerjasama di belakang tabir” demi menjaga kepentingan bersama.
Namun Amerika menolak hal itu kerana beberapa alasan, termasuk bangkitnya Islam politik yang sukar dikendalikan dan dianggap mengancam pengaruhnya.
Sejak itu, konflik strategik antara Amerika dan Iran semakin memburuk sehingga menjadi konflik yang tidak dapat diselesaikan, kerana ia merupakan pertembungan antara dua projek besar: Projek Timur Tengah Baharu versi Amerika dan projek Wilayatul Faqih Iran.
Akhirnya, konflik ini meletus menjadi peperangan, di mana kedua-dua pihak pihak enggan mengalah kecuali dengan kekalahan besar yang akan mengubah tatanan rantau dan dunia mengikut kepentingan pihak pemenang.
Sekiranya Amerika dan sekutunya menang—na‘udzubillah—maka kemungkinan besar projek Timur Tengah Baharu akan dilaksanakan, disertai perang besar terhadap kaum Muslimin, serta pelaksanaan strategi penyesatan, kerosakan moral, dan pembodohan, dengan dukungan Barat secara keseluruhan dan dilaksanakan oleh entiti Yahudi.
Keadaan ini juga akan memberi peluang kepada Amerika untuk mengukuhkan kembali dominasinya ke atas pesaing seperti China dan Rusia.
Namun, jika keadaan perang berterusan seperti sekarang, maka kemungkinan besar pengaruh Amerika akan semakin melemah secara beransur-ansur, dan rantau akan didominasi oleh Iran dan Turki, yang berpotensi muncul sebagai kuasa besar dunia.
Nasib entiti Yahudi dijangka semakin lemah, putus asa, dan akhirnya lenyap. Amerika akan meninggalkan kekosongan global yang akan bakal diisi oleh kuasa lain, terutama Rusia dan China.
Kekosongan di rantau akan diisi oleh Iran dan Turki—dan hanya Allah yang mengetahui adakah kedua-duanya akan bekerjasama atau bersaing.
Manakala kekosongan global akan diisi oleh China dan Rusia.
Berdasarkan hal tersebut, peperangan ini merupakan peperangan yang bersifat penentu dan eksistensial:
- Penentu bagi Iran dan Amerika
- Eksistensial bagi entiti Yahudi
- Dan juga penentu bagi rantau dan kaum Muslimin
Kepentingan Islam dan kaum Muslimin, tanpa diragukan, adalah pada kekalahan Amerika dan Yahudi, serta hilangnya pengaruh Barat dari negeri-negeri umat Islam.
Namun begitu, keadaan baharu yang muncul tetap mempunyai risiko, kerana sistem seperti Iran dan Turki bukanlah sistem ideal bagi umat Islam, dan Rusia serta China juga memusuhi Islam sebagaimana negara-negara Barat.
Walau bagaimanapun, ancaman mereka masih lebih ringan berbanding kewujudan entiti Yahudi di jantung dunia Islam dan dominasi Amerika serta Barat yang telah lama berakar di negeri-negeri umat Islam.
Penutup: Tiga poin penting
- Tidak boleh bagi seorang Muslim mengatakan bahawa perang ini tidak ada hubungannya dengan kita dengan alasan, ia adalah perang antara dua pihak zalim. Ini kerana ia melibatkan perang antara kaum Muslimin dengan pihak kafir yang menyerang, dan kesannya sangat besar bagi umat Islam.
- Keputusan perang bukan di tangan manusia, melainkan di tangan Allah semata-mata. Oleh itu, umat Islam hendaklah berusaha dan berdoa untuk mencapai
- Sesiapa yang ingin membebaskan umat dan mengembalikan kejayaan Islam hendaklah mengambil kira kemungkinan hasil dari peperangan ini, serta menyusun strategi demi kemaslahatan umat, termasuk mendorong persatuan dan mencegah konflik dalaman seperti antara Sunni dan Syiah atau antara Turki dan Iran.
“Dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertakwa.” (Surah At-Taubah: 36)
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh:
Dr. Mahmoud Abdul Hadi