[Ath-Thariq] Menghuraikan Simpulan Besar dengan Pemikiran Cemerlang (Bahagian 4/4)
Penulis: Syekh Ahmad Athiyat
Manusia (al-insan) itu terbatas, kerana dengan segala sesuatu dalam dirinya tumbuh hingga tahap tertentu yang sama sekali tidak boleh dilampauinya. Ketika setiap individu manusia menggambarkan spesies manusia melalui sifat asasinya, sebagaimana sekeping emas merupakan spesies emas dan setitis minyak merupakan spesies minyak, dan bahawasanya individu manusia terbatas, maka jenis atau spesies manusia pun terbatas, yakni memiliki sifat kebermulaan dan keberakhiran. Kerana ia memiliki sifat ini, maka ia bersifat lemah, kerana ia tidak mampu menambah tingginya, umurnya atau apa pun yang lain dalam dirinya.
Manusia juga memiliki sifat kekurangan, kerana disebabkan berbagai hal atau sesuatu yang tidak boleh diperolehnya sendiri. Dia memerlukan sebagaimana keperluannya akan air, udara, dan makanan dan dia juga terbatas kerana memiliki sifat kebermulaan (hari kelahirannya) dan keberakhiran (hari kematiannya). Kerana seorang individu menggambarkan spesies manusia, sedangkan spesies manusia akan mati dan terbatas. Dengan kata lain, manusia merupakan makhluk kerana dia lemah, serba kekurangan, dan memerlukan sesuatu yang lain sehingga dia bukanlah khalik, kerana khalik tidak terbatas.
Begitu juga dengan alam semesta (al-kaun) bersifat terbatas kerana ia terbentuk dari kumpulan benda-benda angkasa yang setiap benda angkasa tersebut memiliki awal dan akhir, kumpulan benda-benda yang terbatas pasti memiliki sifat terbatas. Oleh kerana itu, alam semesta ini terbatas sehingga ia merupakan makhluk.
Dalam hal ini, kita boleh membezakan antara mahdud (terbatas) dengan ma’dud (terhitung). Mahdud merupakan sesuatu yang memiliki awal dan akhir, baik dari segi masa ataupun tempat, sedangkan ma’dud merupakan sesuatu yang boleh dihitung. Timbunan pasir yang besar, misalnya, sukar untuk dihitung, tetapi ia terbatas kerana memilki awal dan akhir sehingga menjadi makhluk. Begitu juga alam semesta yang terhampar luas hingga mencapai tahap yang sukar untuk dicapai oleh indera, tidaklah bererti tidak terbatas, tetapi sifat terbatasnya alam semesta tampak dari keterbatasan bahagian-bahagian atau individu-individu pembentuknya sehingga menjadikan alam semesta ini terbatas juga.
Adapun kehidupan (al-hayat), bukti yang terindera menunjukkan bahawa kehidupan itu dimulai dan berakhir pada sebuah atau seorang individu sehingga kehidupan itu terbatas. Ini kerana kehidupan individu menggambarkan al-jinsu (jenis atau golongan) kehidupan. Kerana gejala atau penampakan kehidupan itu ada dalam individu, maka boleh disimpulkan bahawa kehidupan itu berakhir pada organisme yang hidup. Dengan demikian, kehidupan juga bersifat terbatas dan menjadi makhluk.
Berdasarkan hal ini, alam semesta, manusia, dan kehidupan yang boleh diindera ini merupakan makhluk kerana bersifat terbatas. Dengan demikian, menescayakan keberadaan khalik yang telah menciptakan manusia, kehidupan, dan alam semesta yang sama sekali berbeza dengan ciptaannya dan tidak memiliki sifat terbatas dan memerlukan.
Inilah pemikiran cemerlang yang mengantarkan kita pada kesimpulan adanya pencipta yang telah menciptakan manusia, alam semesta, dan kehidupan. Ini jugalah solusi penghurai simpulan besar (al-uqdat al-kubra) yang sahih yang boleh menyampaikan kita pada kebangkitan yang sahih (benar) juga kerana solusi ini ditegakkan pada asas yang sahih dan memuaskan akal kerana dibangun di atas pemikiran dan selaras dengan fitrah kerana mengakui naluri beragama ketika menetapkan keberadaan pencipta yakni Allah SWT..
Berdasarkan tata cara ini, berbagai solusi yang disodorkan untuk menghuraikan simpulan besar boleh diteliti, dan kebenaran atau kerosakan asas landasan berbagai solusi tersebut boleh ditemukan dan difahami sehingga boleh dipastikan kemungkinan berjaya atau tidaknya meraih sebuah kebangkitan. Apa yang sesuai dengan solusi yang dibangun di atas pemikiran cemerlang ini merupakan solusi yang sahih yang memiliki landasan pemikiran atau akidah aqliah yang benar, sedangkan yang menyalahinya merupakan solusi yang gagal dan tidak bernilai.
Dengan demikian, berakhirlah perbahasan terkait topik ini, dan kami akan memaparkan, insyaallah, dalam bab seterusnya, beberapa solusi yang disodorkan untuk menghuraikan simpulan besar sehingga kita boleh memilih satu solusi yang benar yang akan mengantarkan kita pada kebangkitan yang didambakan. Insyaallah.
Sumber: Syekh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)