[Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah] Strategi dan Sistem Pendidikan Negara Khilafah
Penulis: Abu Yasin
Sistem pendidikan Negara Khilafah disusun dari sekumpulan hukum-hukum syarak dan berbagai peraturan administrasi yang berkaitan dengan pendidikan formal. Hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan pendidikan formal terpancar dari akidah Islam dan mempunyai dalil-dalil syarie, seperti mengenai bahan pengajaran dan pemisahan antara murid lelaki dan perempuan.
Sedangkan berbagai peraturan administrasi di bidang pendidikan merupakan sarana dan cara yang diperbolehkan (hukumnya mubah) yang dipandang efektif oleh pemerintah dalam menjalankan sistem pendidikan dan merealisasikan tujuan pendidikan. Peraturan-peraturan administrasi di bidang pendidikan merupakan urusan (perkara) duniawi yang dapat dikembangkan dan diubah sesuai dengan keadaan. Begitu pula halnya dengan sarana pelaksanaan hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan pendidikan dan keperluan pokok bagi umat, sama dengan dibolehkannya mengambil apa pun yang pernah dihasilkan oleh umat-umat lain, berupa berbagai eksperimen, kepakaran, dan penyelidikan yang hukumnya mubah.
Sistem tersebut, dengan berbagai hukum syarak dan peraturan-peraturan administrasi, termasuk keperluan akan peralatan administrasi, memiliki kelayakan untuk mencapai tujuan asas pendidikan dalam Negara Khilafah, iaitu membangun keperibadian islami dengan cara menjalankan tahap pembinaan, pengaturan, dan pengawasan di seluruh aspek pendidikan melalui penyusunan kurikulum, pemilihan guru-guru yang berkelayakan, dan pemantauan prestasi anak didik serta usaha peningkatannya. Hal itu ditempuh juga dengan melengkapkan sekolah-sekolah, akademi-akademi, dan universiti-universiti dengan kelengkapan yang diperlukan, seperti laboratorium dan berbagai sarana pendidikan yang sesuai.
Berikut ini kami kutip sebahagian besar bahan strategi pendidikan yang terdapat di dalam Muqaddimah Dustur yang merupakan rancangan Undang-Undang Dasar Negara Islam:
Pasal 165
Kurikulum pendidikan wajib berlandaskan akidah Islam. Seluruh bahan pelajaran dan metode pengajaran dalam pendidikan disusun agar tidak menyimpang dari landasan tersebut.
Pasal 166
Strategi pendidikan adalah membentuk pola fikir islami (aqliah islamiah) dan jiwa yang Islami (nafsiyah islamiah). Seluruh bahan pelajaran yang akan diajarkan disusun atas dasar strategi tersebut.
Pasal 167
Tujuan pendidikan adalah membentuk kepribadian Islami (Syakhshiyah islamiah) dan membekalkannya dengan ilmu dan pengetahuan yang berhubungan dengan masalah kehidupan. Metode pendidikan dirancang untuk merealisasikan tujuan tersebut. Setiap metode yang berorientasi bukan kepada tujuan tersebut dilarang.
Pasal 169
Dalam pendidikan perlu dibezakan antara sains gunaan dan apa yang terkait dengannya, seperti matematik, dengan pengetahuan tsaqafah. Ilmu sains gunaan diajarkan sesuai dengan keperluan dan tidak terikat dengan tahapan mana pun dalam peringkat pendidikan. Pengetahuan tsaqafah yang diajarkan di seluruh peringkat pendidikan sebelum peringkat pendidikan tinggi disesuaikan dengan dasar tertentu yang tidak bertentangan dengan pemikiran dan hukum-hukum Islam. Pada peringkat pendidikan tinggi, pengetahuan tsaqafah diajarkan secara sepenuhnya seperti halnya ilmu pengetahuan lainnya, dengan syarat tidak mengarah kepada penyimpangan dari strategi dan tujuan pendidikan.
Pasal 170
Tsaqafah Islam hendaklah diajarkan di seluruh peringkat pendidikan. Pada peringkat pendidikan tinggi diadakan berbagai jurusan ilmu-ilmu keislaman, selain jurusan perubatan, kejuruteraan, sains, dan sebagainya.
Pasal 171
Kesenian dan kemahiran dapat digolongkan sebagai ilmu pengetahuan seperti perdagangan, pelayaran, dan pertanian yang boleh dipelajari tanpa terikat dengan syarat-syarat tertentu. Kesenian dan kemahiran juga dapat digolongkan sebagai tsaqafah jika dipengaruhi oleh pandangan hidup tertentu, seperti seni lukis dan seni pahat yang tidak boleh dipelajari apabila bertentangan dengan pandangan Islam.
Pasal 172
Kurikulum pendidikan hendaklah seragam. Tidak boleh menggunakan kurikulum pendidikan selain kurikulum pendidikan yang telah ditetapkan negara. Tidak ada larangan untuk mendirikan sekolah-sekolah swasta lokal selagi ianya mengikuti kurikulum pendidikan negara dan berdasarkan pada rencana pendidikan serta sejalan dengan strategi dan tujuan pendidikan. Dalam proses pembelajaran hendaklah tidak dicampur antara lelaki dan perempuan, baik di kalangan pelajar mahupun di kalangan pengajar, dan hendaklah tidak dibezakan berdasarkan kelompok, agama, mazhab, ras, dan warna kulit.
Pasal 173
Negara wajib menyelenggarakan pendidikan berdasarkan apa yang diperlukan manusia di dalam kancah kehidupan bagi setiap individu, baik lelaki mahupun perempuan dalam dua peringkat pendidikan; peringkat pendidikan dasar/rendah (ibtidaiah) dan peringkat pendidikan menengah (tsanawiah). Negara wajib menyelenggarakan pendidikan bagi seluruh rakyat secara percuma. Mereka diberi kesempatan seluas-luasnya untuk melanjutkan pendidikan tinggi secara percuma.
Pasal 174
Negara menyediakan perpustakaan, laboratorium, dan sarana ilmu pengetahuan lainnya, selain bangunan-bangunan sekolah, kampus-kampus, untuk memberi kesempatan bagi mereka yang ingin melanjutkan penyelidikan dalam berbagai cabang ilmu pengetahuan, seperti fikih, usul fikih, hadis, dan tafsir, termasuk dalam bidang pemikiran, perubatan, kejuruteraan, kimia, serta penemuan, inovasi dan lain-lain sehingga di tengah-tengah umat lahir sekelompok mujtahid, pereka-cipta, dan inovator.
‚
Sumber: Abu Yasin, Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah (Strategi Pendidikan Negara Khilafah).