[Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah] Pendahuluan
Penulis: Abu Yasin
Tsaqafah (kebudayaan) suatu umat merupakan tulang punggung keberadaan dan keberlangsungan umat tersebut. Di atas tsaqafah dibangun peradaban umat dan ditentukan target dan tujuannya, serta dibezakan corak kehidupannya. Dengan tsaqafah ini individu-individu melebur dalam satu wadah sehingga suatu umat dapat dibezakan dari umat-umat lain yang ada.
Tsaqafah mencakupi akidah dan segala sesuatu yang terpancar dari akidah, baik itu berupa hukum, berbagai solusi, sistem, serta ilmu pengetahuan yang dilandasi oleh akidah tadi, termasuk di dalamnya segala hal yang terjadi dan terkait dengan akidah tersebut, seperti riwayat-riwayat dan sejarah umat. Apabila tsaqafah ini terhapus, tamatlah umat tersebut sebagai umat yang berbeza. Lalu tujuan dan corak kehidupannya berganti, kesetiaannya berubah, dan riwayatnya tenggelam di belakang tsaqafah umat-umat lain.
Tsaqafah Islam adalah pengetahuan yang menempatkan akidah Islam sebagai induk pembahasan, baik untuk pengetahuan yang mengandung akidah Islam, seperti ilmu tauhid, mahupun pengetahuan yang dibangun di atas landasan akidah Islam, seperti ilmu fikih, tafsir, dan hadis, ataupun pengetahuan yang diperlukan untuk memahami hal yang terpancar dari akidah Islam, yang berupa hukum-hukum. Misalnya saja pengetahuan-pengetahuan yang perlu dimiliki untuk melakukan ijtihad, seperti ilmu bahasa Arab, musthalah hadis, dan ilmu usul. Semuanya merupakan tsaqafah Islam, kerana akidahlah yang menjadi induk dalam pembahasannya.
Sejarah umat Islam merupakan sebahagian dari tsaqafah umat Islam, memandangkan di dalamnya terdapat berbagai maklumat tentang peradaban umat Islam, para pelaku, para pemimpin dan para ulamanya. Tidak seperti sejarah Arab sebelum Islam, ia tidak termasuk tsaqafah Islam. Walau bagaimanapun, puisi Arab sebelum Islam dianggap tsaqafah selagi ia mengandungi petunjuk yang membantu memahami lafaz-lafaz dan struktur bahasa Arab yang dapat membantu dalam proses ijtihad, penafsiran Al-Quran, dan memahami hadis.
Tsaqafah umat merupakan pembentuk kepribadian individu-individu umat. Tsaqafah yang membentuk aqliah (pola fikir) seorang individu dan metode penetapan hukum atas suatu benda, perkataan, dan perbuatan. Tsaqafah juga membentuk kecenderungan seorang individu yang selanjutnya akan mempengaruhi pola fikir, jiwa, dan perilakunya. Oleh sebab itu, penjagaan dan penyebaran tsaqafah umat di tengah-tengah masyarakat adalah termasuk tanggungjawab yang utama bagi negara. Tidak menghairankan jika pada masa dahulu Kesatuan Soviet “menyusui anak-anaknya” dengan tsaqafah komunis, dan mencegah penyusupan pemikiran apa pun dari kapitalisme atau Islam ke dalam tsaqafah-nya.
Barat juga mendidik anak-anaknya dengan tsaqafah-nya, iaitu kapitalisme, yang berdiri di atas dasar pemisahan agama dari kehidupan. Mereka menjadikan hidupnya berdiri dan didasarkan atas tsaqafah tersebut, mewujudkan berbagai peperangan, dan akan senantiasa mencipta peperangan untuk mencegah penyusupan tsaqafah Islam ke dalam akidah dan tsaqafah-nya.
Negara Islam secara serius turut menanamkan tsaqafah ke dalam diri “anak-anaknya”, mencegah siapa saja yang menyerukan pemikiran selain yang didasarkan pada akidah Islam di dalam negeri, dan mengemban tsaqafah Islam ke negara-negara dan bangsa-bangsa lain melalui dakwah dan jihad. Fenomena seperti itu akan selalu terus berlangsung sampai akhir zaman.
Salah satu jaminan terpenting untuk menjaga tsaqafah suatu umat adalah dengan menjadikannya tersimpan di hati “anak-anaknya” dan di dalam tulisan buku-bukunya, membentuk negara untuk memerintah dan melayani urusan umat sesuai dengan yang terpancar dari akidah tsaqafah tersebut, yang berupa hukum-hukum dan perundang-undangan.
Pendidikan merupakan metode untuk menjaga tsaqafah umat di dalam hati anak-anaknya, termasuk di dalam tulisan buku-bukunya; baik pendidikan itu diatur secara formal mahupun tidak formal. Pendidikan formal adalah pendidikan yang diatur dengan sistem dan undang-undang yang ditetapkan oleh negara. Negara menjadi pihak yang bertanggungjawab atas pelaksanaannya, seperti menentukan had umur penerimaan siswa, bahan pelajaran, dan metode pengajaran.
Sementara itu, pendidikan tidak formal dilakukan dengan membiarkan kaum muslim mengikuti pendidikan di rumah-rumah, masjid-masjid, kelompok-kelompok, penerbitan media massa dan sebagainya, tanpa perlu mengikuti sistem dan peraturan pendidikan formal. Namun demikian, negara tetap bertanggungjawab atas kedua jenis pendidikan ini (formal dan tidak formal) agar berbagai pemikiran dan pengetahuan tetap terpancar dari akidah Islam atau didasarkan pada akidah Islam.
Buku kecil ini membahas landasan pendidikan formal di dalam Negara Khilafah.
Sumber: Abu Yasin, Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah (Strategi Pendidikan Negara Khilafah).