[Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah] Tujuan Umum Pendidikan Negara Khilafah
Penulis: Abu Yasin
Dalam menyusun kurikulum dan bahan pembelajaran terdapat dua tujuan pokok pendidikan yang mesti diperhatikan:
- Membangun keperibadian islami, pola fikir (aqliah) dan jiwa (nafsiyah) bagi umat, iaitu dengan cara menanamkan tsaqafah Islam berupa akidah, pemikiran, dan perilaku islami ke dalam akal dan jiwa anak didik. Oleh sebab itu, maka perlu disusun dan dilaksanakan kurikulum Negara Khilafah untuk merealisasikan tujuan tersebut.
- Mempersiapkan anak-anak kaum muslim agar di antara mereka menjadi ulama-ulama yang pakar dalam setiap aspek kehidupan, baik ilmu-ilmu keislaman (ijtihad, fikih, peradilan, dan lain-lain) mahupun ilmu-ilmu sains gunaan (kejuruteraan, kimia, fizik, perubatan, dan lain-lain). Ulama-ulama yang berkelayakan akan membawa Negara Islam dan umat Islam—melalui pundak mereka—untuk menempati kedudukan di puncak antara bangsa-bangsa dan negara-negara lain di dunia, bukan sebagai pengekor mahupun agen pemikiran dan ekonomi negara lain.
Sumber: Abu Yasin, Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah (Strategi Pendidikan Negara Khilafah).