[Nafsiyah] Selalu Berpihak pada Kebenaran
Penulis: Ustaz Arief B. Iskandar
Apakah perbezaan antara orang yang berakal (cerdik) dan orang yang bodoh? Salah satu perbezaan dapat dilihat pada sikap mereka terhadap kebenaran.
Menurut Ibnu Abdil Barr al-Maliki rahimahullah, “Orang bodoh selalu marah dan membenci kebenaran. Sebaliknya, orang berakal (cerdik) sering marah dan membenci kejahatan.” [Al-Qurthubi, Bahjah al-Majaalis, hlm. 584].
Seorang muslim yang berakal (cerdik) tentu akan selalu mencari kebenaran, bukan pembenaran. Dia sentiasa berpegang teguh, menyokong, dan berpihak pada kebenaran. Sudah tentu, asalkan kebenaran itu diukur dan ditimbang dengan al-Quran dan Sunnah, bukan dengan hawa nafsu.
Dalam hal ini, Imam Ibnu al-Qayyim rahimahullah berkata, “Ulama salaf berkata, ‘Hendaklah kamu tetap di atas jalan kebenaran dan jangan berpaling sedikit pun hanya kerana sedikit orang yang mengikuti jalan itu. Sebaliknya, hendaklah menjauhi jalan kejahatan dan jangan sekali-kali terpedaya kerana ramai orang yang menempuh jalan ini pasti akan mengalami kemusnahan.” [Ibnu al-Qayyim, Madaarij as-Saalikiin, 1/33].
Semoga kita menjadi sebahagian dari orang yang berakal (cerdik). Caranya ialah dengan sentiasa teguh berpegang kepada kebenaran. Sekaligus sentiasa menyokong dan berpihak pada kebenaran.
Wa maa tawfiiqii illaa billaah ‘alaihi tawakkaltu wa ilaihi uniib.
Sumber: ariefbiskandar[dot]com