Child Grooming, Buah Busuk Sistem Sekular Kapitalisme
Penulis: Ummu Nashir N.S.
Kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak melalui media sosial makin banyak diperbincangkan, bahkan sebahagian menilainya sebagai fenomena gunung ais. Lebih menyedihkan, kebelakangan ini, kes grooming atau child grooming (pengantunan kanak-kanak untuk tujuan seksual) sebagai sebahagian dari jenayah seksual, kembali menjadi buah mulut. Apakah yang sedang berlaku dalam masyarakat kita?
Jenayah Seksual
Grooming adalah proses manipulasi seksual orang dewasa terhadap calon mangsa usia kanak-kanak. Proses child grooming biasanya telah berlangsung cukup lama berdasarkan keakraban hubungan mangsa dengan pelaku jenayah.
Jika diperhatikan dengan saksama, kes child grooming bukan hal yang remeh, melainkan terkait masa depan generasi kita, masa depan bangsa ini. Oleh kerana itu, permasalahan ini memang perlu segera ditangani. Agar usaha penyelesaian yang cuba dilakukan berkesan, ada baiknya kita fahami terlebih dahulu maksud dari child grooming. Selanjutnya, fahami apa sebenarnya yang menjadi pemicunya sehingga kes ini berlaku dan terus berulang di mana-mana.
Apa itu Child Grooming?
Child grooming merupakan usaha menjalin hubungan, kepercayaan, mahupun ikatan emosional dengan kanak-kanak atau remaja di bawah umur sehingga mereka dapat memanipulasi atau mengeksploitasi kanak-kanak agar pelecehan seksual boleh berlaku.
Pelaku grooming—atau biasa disebut groomer—merupakan orang dewasa yang biasanya memiliki karisma dan autoriti yang lebih tinggi. Karisma dan autoriti ini mereka jadikan asas untuk mengawal mangsa sehingga patuh pada groomer. Selain itu, mereka dianggap memberikan kesan positif dan disenangi banyak orang, misalnya senior, guru, pegawai, agamawan, dan sebagainya. Namun sejatinya, groomer tidak mengenal latar belakang dan gender. Lalu bagaimana pelaku groomer menjalankan perancangannya?
Wisaqatul Arfia, mengungkap dalam tulisannya di laman sesawang Kumparan (Indonesia). Pertama, selecting (pemilihan). Dalam menjalankan perancangannya, groomer akan memulai dengan melakukan pemilihan terhadap calon mangsanya. Mangsa yang dipilih biasanya berdasarkan daya tarik fizikal yang mereka sukai, kemudahan akses kepada calon mangsa, hingga kerentanan mangsa. Seperti kurangnya rasa percaya diri kanak-kanak, memiliki masalah sesama rakan sebaya mahupun keluarga, serta jarang bersosial. Ibu bapa yang sibuk dan kurang mengawasi kanak-kanak akan membuatkab si anak menjadi sasaran mudah groomer.
Kedua, accessing atau melakukan penyaringan. Groomer memerlukan akses untuk dapat terus berhubungan dan dekat dengan mangsa. Misalnya, menjadi babysitter kanak-kanak ketika ibu bapa sedang sibuk, menjadi guru peribadi kanak-kanak, menawarkan untuk menjemput-menghantar kanak-kanak, atau menjadi “teman kanak-kanak” dengan modus sebagai teman bercerita mengenai hari-harinya di sekolah.
Ketiga, trust building atau membangun kepercayaan dan ikatan emosional dengan mangsa. Groomer akan mendekati mangsa dan memberikan perhatian lebih. Groomer akan memberikan hadiah-hadiah kecil dan mula memuji-muji kanak-kanak. Groomer juga akan berkongsi rahsia yang membuat kanak-kanak merasa istimewa. Dari sinilah kanak-kanak akan mula percaya kepada pelaku dan mulai termanipulasi.
Keempat, sexual stage. Setelah kanak-kanak percaya, maka groomer akan mula memperkenalkan topik pembahasan yang mengarah kepada seksualiti, bahkan mula menyentuh mangsa, memeluk, dan sebagainya.
Terakhir, maintaining control. Pelaku akan mempertahankan kawalan. Dalam tahapan ini, pelaku akan terus meyakinkan dan memanipulasi mangsa agar tetap tunduk kepadanya. Dalam tahapan ini, groomer akan melakukan emotional blackmailing. Groomer akan mengungkit betapa mereka telah hadir menjadi teman dan menemani mangsa ketika mereka kesepian dan dalam situasi yang buruk. Taktik ini juga digunakan agar mangsa tetap merahsiakan hal-hal yang sudah terjadi. Tidak hanya itu, groomer akan mengancam mangsa.
Kesan buruk child grooming begitu besar dan menakutkan. Diterbitkan dari National Society for the Prevention of Cruelty to Children, terdapat beberapa bahaya grooming yang berpotensi terjadi pada kanak-kanak. Di antaranya gangguan kebimbangan, kemurungan, kesukaran mengatasi tekanan, mencederakan diri sendiri, dan cenderung berfikir membunuh diri. Lebih parah lagi jika sudah sampai tahap terjadi pelecehan dan jenayah seksual, iaitu perzinaan yang menyebabkan adanya penyakit menular seksual atau kehamilan. Sungguh, betapa besar bahaya child grooming ini bagi masa depan generasi muda kita.
Buah Busuk Kapitalisme
Terus berulangnya jenayah seksual pada kanak-kanak, termasuk child grooming ini, tentu menyimpan tanda tanya besar dalam benak kita, mengapa boleh jadi begini? Jika kita cermati lebih dalam, sesungguhnya berulangnya fenomena ini bukan hanya kerana faktor ekonomi atau kurangnya perhatian ibu bapa/penjaga, tetapi juga tidak lepas dari gagalnya negara dalam melindungi rakyatnya dan menjamin keamanannya.
Ini tidak diragukan lagi kerana negara dalam sistem kapitalis tidak berfungsi sebagai pelayan untuk rakyatnya, melainkan lebih kepada regulator. Hanya membuat undang-undang, kemudian diserahkan kepada rakyat untuk menjalankannya. Lebih buruk lagi, dasar perundangan menggunakan aturan buatan manusia semata.
Sistem sekular kapitalisme dengan fahaman-fahaman yang lahir darinya yang batil—liberalisme dan materialisme—yang dianuti kebanyakan manusia pada hari ini menjadikan manusia bebas berbuat sekehendak hati tanpa peraturan yang tetap. Peraturan yang diterapkan di tengah-tengah masyarakat pada hari ini adalah peraturan buatan manusia yang serba lemah dan terbatas. Bagaimana mungkin ia dapat menjaga manusia agar berada dalam ketenteraman dan keberkahan?
Lebih-lebih lagi, pemahaman masyarakat terhadap ajaran Islam kaffah sangat lemah sehingga Islam telanjur difahami sebatas ritual (kerohanian) saja. Wajar jika tidak sedikit individu muslim yang mengalami disorientasi-hidup sehingga mudah menyerah pada keadaan, bahkan terjerumus dalam kemaksiatan.
Situasi ini diperburuk dengan makin mandulnya negara dalam menghentikan faktor-faktor pemicu maraknya jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Sepatutnya, negara dengan “tangannya” mampu mengendalikan (mengawal) dunia maya, termasuk mencegah masuknya konten-konten yang merosakkan. Akan tetapi, negara seolah santai dan tidak mampu mengambil tindakan pencegahan dan penerapan hukuman yang berat bagi pelakunya. Oleh sebab itu, perlu ada usaha sistemik dalam menyelesaikan persoalan ini, bukan hanya aspek individunya.
Jika sistem sekular kapitalisme yang mengusung liberalisme telah terbukti sebaliknya melahirkan banyaknya jenayah terhadap kanak-kanak, sudah selayaknya sistem ini kita buang jauh-jauh dari kehidupan umat yang majoriti muslim ini. Demikian halnya, berharap pada negara sekular agar dapat memfungsikan dirinya sebagai penaung dan pelindung kanak-kanak, hanyalah mimpi.
Saatnya untuk berubah! Saatnya kembali pada sistem yang mampu melindungi dan menaungi rakyat, iaitu Islam, sistem kehidupan yang datang dari Allah Taala, Al-Khalik Al-Mudabbir.
Hanya Sistem Islam yang Dapat Melindungi Kanak-kanak dari Child Grooming
Sebagai sistem kehidupan yang sangat sempurna, Islam telah memberikan tanggungjawab yang layak kepada kaum muslim, baik individu, keluarga, masyarakat, lebih-lebih lagi negara untuk melindungi rakyatnya.
Dalam keluarga, ayah bertanggungjawab memberi nafkah dan menjaga keamanan keluarga dari berbagai gangguan. Ibu bapa dan penjaga juga berperanan besar menanamkan pemahaman Islam yang kukuh kepada kanak-kanak; mengasuh dan mendidik anak-anak dengan syariat Islam. Hal yang penting juga adalah komunikasi berkesan dan bersahabat dengan anak-anak sehingga mereka menjadikan ibu bapa sebagai tempat curahan hatinya dan tidak mencari orang lain.
Pada level masyarakat, setiap anggotanya berkewajipan untuk saling melakukan amar makruf nahi mungkar dan saling menolong dalam kebaikan dan ketakwaan, termasuk membantu dalam kehidupan bermasyarakat dan menjamin rasa aman persekitaran. Ini kerana Islam sangat memperhatikan kesihatan masyarakat.
Sedangkan negara, ia adalah pihak yang bertanggungjawab penuh atas rakyatnya, setiap per-individunya. Dalam Islam, tanggungjawab negara diserahkan kepada ketua negara, iaitu khalifah sebagai imam atau pemimpin kaum muslim.
Sebagai raa’in, ketua negara perlu melindungi rakyatnya dari segala mara bahaya. Kelak pada Hari Kiamat dia akan dimintai pertanggungjawaban atas amanah kepemimpinannya itu. Rasulullah saw. bersabda, “Imam adalah raa’in atau penggembala dan dia bertanggung jawab atas rakyatnya.” (HR Bukhari).
Islam mewajibkan negara untuk menjamin kehidupan yang bersih dari berbagai kemungkinan berbuat dosa. Negara menjaga agama, moral, dan menghilangkan setiap hal yang dapat merosaknya, seperti perilaku lucah atau peredaran pornografi, minuman keras, penyalahgunaan dadah, dan sebagainya.
Terkait dengan child grooming yang mana interaksi kanak-kanak dengan internet cukup intensif, maka hanya negaralah yang mampu untuk mengawal penggunaan internet ini. Negara boleh memblok semua laman sesawang atau jaringan apa pun yang boleh membahayakan umatnya, lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak. Negara bertanggungjawab mengambil tindakan pencegahan dari berbagai ruang yang boleh membahayakan kanak-kanak.
Negara menjadi satu-satunya institusi yang mampu melindungi kanak-kanak dan mengatasi persoalan jenayah terhadap kanak-kanak secara sempurna. Imam adalah junnah (perisai). Sebagaimana layaknya perisai, ia bertanggungjawab penuh terhadap rakyatnya.
Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya al-imam (khalifah) itu perisai yang (orang-orang) akan berperang di belakangnya dan berlindung (dari musuh) dengan (kekuasaan)nya.” (HR Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Dawud).
Adanya seorang imam atau ketua negara atau khalifah yang menjadi junnah bagi orang yang dipimpinnya yang ia laksanakan penerapan hukum secara kaffah ini, maka ia akan menyelesaikan masalah jenayah terhadap kanak-kanak secara efisyen dan saksama. Kanak-kanak dapat tumbuh dengan aman, menjadi calon-calon pemimpin, calon-calon pejuang, dan calon generasi terbaik. Hanya saja, ini semua akan dapat direalisasikan dalam negara yang menerapkan sistem Islam secara keseluruhan, iaitu Daulah Khilafah Islamiah.
Dalam Islam, negara berperanan sebagai pelaksana utama diterapkannya seluruh syariat Islam. Tidak pandang bulu siapa pun pelaku jenayah, negara berkuasa memberikan hukuman sesuai ketetapan syariat Islam, termasuk bagi pelaku tindakan jenayah terhadap kanak-kanak. Hukuman yang diberikan sesuai dengan tindakan jenayah atau kesalahan yang dilakukan si pelaku. Jika si pelaku terbukti sampai melakukan tindak perkosaan, dia akan dijatuhi had zina, iaitu direjam jika pelakunya sudah menikah; dan dijilid (dicambuk) 100 kali dan diasingkan selama setahun jika belum pernah menikah.
Dalam Khilafah, jangankan nyawa dan kehormatan manusia, nasib seekor keldai pun amat diperhatikan oleh pemimpin, sebagaimana perkataan Khalifah Umar bin Khattab ra. yang masyhur, “Jika ada anak domba mati sia-sia di tepi Sungai Eufrat (di Irak), sungguh aku takut Allah akan mempertanyakan tentang hal itu.” (HR Adz-Dzahabi).
Jika nasib anak domba saja begitu dibimbangi oleh para khalifah, apalagi nasib anak-anak manusia? Demikianlah keunggulan sistem kehidupan Islam. Masihkah berharap pada sistem sekular kapitalisme yang sungguh telah gagal melindungi rakyatnya?
Diolah dari sumber asal: muslimahnews.net