Bahaya Kehadiran AS di Kawasan bagi Masa Kini dan Masa Depan
Penulis: Asad Mansour
Setelah Perang Dunia II, Amerika Syarikat (AS) mula mendirikan pangkalan militer dan NATO pada 1949 yang mana Turki turut bergabung di dalamnya. Para penguasa sekular yang dipengaruhi oleh Barat mengizinkan AS untuk mendirikan sembilan pangkalan militer, seperti di Kota Incirlik, yang mana selepas diberikan izin oleh Erdogan, ia menjadi pangkalan terpenting yang digunakan AS untuk menyerang umat Islam di Syria dan Iraq.
Al-Hurra American Channel melaporkan, “Harus diingatkan bahawa di dalamnya terdapat sekitar kira-kira 50 bom AS yang mewakili satu pertiga daripada pasukan nuklear AS di Eropah; dan kira-kira 40,000 hingga 60,000 tentera AS dikerahkan dalam jangkauan Komando Pusat A.S. yang tersebar di 21 negara Timur Tengah, dari Mesir di barat hingga ke Kazakhstan di timur laut. AS dapat mengekalkan kekuatannya di Timur Tengah sejak penubuhan Armada Kelima.”.1
Mereka menempatkan sekurang-kurangnya dua kapal induk pengangkut pesawat tempur dan beribu-ribu kakitangan di dalamnya, serta 18 kapal dan 3 pemusnah peluru berpandu. Pangkalan terbesar AS terdapat di Qatar, yakni Pangkalan Al-Udeid; serta Markas Besar Armada Kelima di Bahrain yang mengandungi kumpulan tempur kapal induk, kapal selam, dan pasukan amfibia; Pangkalan Udara Syeikh Issa di selatan Manama juga menerima pesawat militer AS; dan sekitar 10 ribu tentera ditempatkan pada 3 pangkalan yang berlokasi di Kuwait.
Terdapat 2,500 tentera di 9 pangkalan di Iraq; 900 tentera di 6 pangkalan di Syria; utusan militer AS yang mengawasi pelaksanaan kesepakatan Kem David di Mesir; Pangkalan Machayim yang berlokasi di Padang Pasir Negev, Israel; Pangkalan Raja Faisal di Jordan; serta Pangkalan Al-Dhafra di UEA. (Al-Hurra American Channel).
Pada 31 Januari 2021, Raja Jordan, Abdullah II, menandatangani perjanjian militer dengan AS untuk menyediakan 15 lapangan militer. AS juga memiliki enam pangkalan di Djibouti, satu pangkalan di Somalia dan dua pangkalan di Nigeria. Ia juga memiliki militer di Libya dan sebuah pangkalan dron di Tunisia. Belum lagi Britain, Perancis, dan Rusia yang mempunyai banyak pangkalan di negeri-negeri Muslim. Semua ini menunjukkan betapa pentingnya kedudukan Timur Tengah dan bahaya yang akan ditimbulkan jika ia terlepas dari genggaman mereka.
Idea untuk membentuk NATO Arab sebenarnya pernah dinyatakan apabila bekas Presiden AS, Donald Trump, menggesa pembentukan strategi perjanjian melawan Iran. Walau bagaimanapun, selepas penyingkiran Trump dan peralihan tumpuan Biden terhadap China dan Rusia, akhirnya menyebabkan idea tersebut hilang.
AS sedang berusaha untuk memulihkan hubungannya dengan Iran, dan sebenarnya, ia tidak pernah menjauhkan diri dari Iran. Oleh itu, perbincangan mula menghidupkan semula perjanjian nuklear yang telah dipersetujui pada tahun 2015. Perdamaian antara Arab Saudi, Iran, dan negara-negara Teluk yang lain turut direalisasikan.
AS memprovokasi Rusia dengan menggunakan Ukraine untuk memicu peperangan Rusia-Ukraine. AS juga menjauhkan Rusia dari China dan Eropah yang mula mengukuhkannya dan mencegah ketidak-patuhannya terhadap Amerika. Kekuatan tiga negara ini dapat menimbulkan bahaya bagi AS kerana mereka berpotensi menyaingi AS di kancah global.
Belum lagi Timur Tengah yang dapat menimbulkan bahaya terpendam jika umat Islam berada di ambang penubuhan Daulah Khilafah dan penggulingan agen-agen murahan Barat yang telah menjual agama, bangsa, dan negaranya demi kepentingan peribadi melalui kedudukan palsu mereka serta mencuri kekayaan negara.
Apabila AS telah menyelamatkan dirinya daripada bahaya China dengan menghalangnya daripada bersekutu dengan Rusia, menyokongnya dalam perang Ukraine, mengancamnya jika ia menyerang Taiwan, menghampirinya dengan penghargaan antarabangsa yang terhad, berjaya memicu pertempuran yang berterusan di Ukraine, dan menenggelamkan Eropah dalam kemusnahan; AS sekali lagi menyibukkan dirinya dengan Timur Tengah. Hal ini demi melaksanakan projek Solusi Dua Negara yang memerlukan pemerintah Yahudi, Netanyahu, untuk tunduk pada projek tersebut atau risikonya adalah digulingkan. Oleh kerana itu, AS pun menggunakan beberapa cara dan kaedah internal dalam entiti Yahudi dan di rantau tersebut.
Serangan Mujahidin Gaza pada 7 Oktober 2023 dan keagresifan kejam Yahudi di Semenanjung Gaza membuatnya fokus untuk mengelola perang ini. Ini kerana gagalnya Solusi Dua Negara ini akhirnya mendedahkan kegagalan Amerika 60 tahun silam, kejatuhan negara-negara sebab gagalnya berbagai projek dan ketidak-mampuan mereka untuk mengimplementasikannya.
Britain tersingkir dari Timur Tengah ketika projeknya tentang negara demokratik sekular Palestin yang menyatukan umat Islam, Kristian, dan Yahudi (yang mirip dengan Lebanon) telah gagal. Perancis jatuh kerana tidak mampu memunculkan solusi, begitu juga Rusia. Sebaliknya, negara-negara ini mengadopsi projek Solusi Dua Negara dan bersegera menjadi agen Amerika supaya tidak kehilangan pengaruh antarabangsa dan mendapat sisa keuntungan dari wilayah tersebut.
AS tidak memercayai kestabilan rejim-rejim ini ketika mereka sedang goyah. Revolusi yang tercetus pada 2011 adalah bukti terbaik akan hal ini. Mereka boleh jatuh pada bila-bila masa saja dan kerjasama persekutuan ini akan runtuh jika terbentuk, sebagaimana yang terjadi pada pakta yang dibentuk Britain yang terdiri dari Turki, Iraq, Iran, dan Pakistan pada 1955.
Awalnya, Britain (UK) menamakannya sebagai Organisasi Pakatan Timur Tengah, kemudian diganti dengan nama Pakatan Baghdad. Lalu organisasi ini jatuh seiring jatuhnya monarki Iraq yang berafiliasi dengannya pada 1958, kemudian diubah kembali menjadi “Pakatan Santo”. Ketika rejim Iran yang berafiliasi dengannya jatuh pada 1979, Pakatan Santo pun jatuh. Akhirnya, pengaruh Britain memudar dengan hilangnya sekutu-sekutunya.
Persoalan saat ini adalah AS merasa mempunyai hak untuk mengendalikan wilayah mana pun—khususnya kawasan Timur Tengah—sekaligus merampas kekayaan negara tersebut dengan berbagai dalih. AS membunuh, menculik, menyiksa, memenjarakan orang tidak bersalah selama puluhan tahun tanpa pengadilan, juga tanpa adanya hak untuk untuk menolak atau melawan. Jikapun ada, ia akan dianggap AS sebagai pengganas, penjahat, atau pelanggar undang-undang antarabangsa yang juga merupakan tatanan dunia.
Seluruh pihak yang meyakini hal ini merasa puas dengan penerapannya, demi adanya perdamaian, keamanan, dan kestabilan di dalam negeri mereka. Khususnya para penguasa negara muslim, juga setiap orang yang turut bergabung dan membukakan akses jalan darat, udara, dan perairan kepada mereka. Mereka mulai membela kepentingan hal ini, serta mendukung bahwasanya dunia memerlukan kekuatan. Mereka akan menganggapi pihak-pihak yang menolak kebijakan AS, sama sebagaimana cara AS menganggapi kelompok-kelompok tersebut.
Demikianlah perasaan mereka, perasaan sebagai hamba terhina yang senantiasa perlu/bergantung pada tuan yang memperhambakan mereka sehingga mereka senantiasa membela sang tuan dan berjuang di jalannya atas nama aliansi dan perjanjian antarabangsa.
Harga diri, kehormatan, kesetiaan terhadap umat, keluhuran, serta martabat mereka telah hilang. Mereka menunggu-nunggu pujian dari AS sebagai imbalan kerana telah memerangi bangsa sendiri, atas nama perang melawan pengganas dan ekstremisme. Mereka melambung kegirangan jika presiden atau pegawai AS mana pun berbicara dengan salah seorang dari mereka ketika laporan tahunan mengenai sikap baik rejim.
Jelasnya, hal itu sebaliknya membuat mereka makin terhina. Ini kerana pada dasarnya, memberikan pangkalan militer kepada negara-negara kafir merupakan sebahagian dari perbuatan haram, juga pengkhianatan terbesar kepada Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang beriman kerana dapat menjadikan orang-orang kafir menguasai umat Islam, mengawal negara, kekayaan, serta menghalangi mereka dari pembebasan dan kebangkitan.
Melalui ayat-ayat muhkam yang jelas, Allah melarang orang-orang kafir memiliki kesempatan untuk menguasai ataupun menyakiti umat Islam. Allah mewajibkan penerapan seluruh hukum-Nya dan penyampaian risalah-Nya ke seluruh dunia.
Pangkalan-pangkalan asing ini menimbulkan bahaya bagi umat Islam ketika Daulah Khilafah didirikan, dan sangat mungkin dimanfaatkan untuk melawan Khilafah sebagaimana yang mereka manfaatkan untuk melawan umat di Afghanistan, Iraq, dan Syria atas nama peperangan terhadap terorisme dan ekstremisme.
Itulah sebabnya, ketika berupaya mendirikan Khilafah, umat Islam perlu mewujudkan opini awam yang menentang keberadaan pangkalan-pangkalan asing dan menjenayahkan sistem yang membolehkan tegaknya pangkalan-pangkalan tersebut.
Sumber artikel: Media Muslim Timur Tengah, Surat Khabar Al-Rayah, edisi 488
- Armada bernombor angkatan laut AS yang bertanggungjawab pada wilayah Teluk Parsi, Laut Merah, Laut Arab, dan sebahagian Lautan Hindi.