[Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah] Sekolah-Sekolah Negeri dan Sistem Fasa Persekolahan
Penulis: Abu Yasin
Agar hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan pendidikan dan pembinaan dari sisi perlakuan terhadap anak didik sesuai dengan usia mereka terlaksana maka pembahagian sekolah-sekolah negeri dilandasi atas dasar rata-rata usia anak didik, dan bukan berdasarkan tempoh atau fasa-fasa persekolahan. Sekolah dikelompokkan sesuai dengan kelompok usia menjadi tiga jenis, sebagaimana dijelaskan sebagai berikut:
- Sekolah tahap pertama (ibtidaiah): kelompok usia 6 sampai 10 tahun (tempoh persekolahan 1-16).
- Sekolah tahap kedua (mutawasitah): kelompok usia 10 sampai 14 tahun (tempoh persekolahan 13-23).
- Sekolah tahap pertama (sanawiah): kelompok usia 14 tahun sampai 10 berakhirnya tahapan sekolah (tempoh sekolah 25-36).
Sekolah tidak dikhususkan berdasarkan fasa atau tempoh persekolahan tertentu saja, tetapi bersifat terbuka agar sekolah pada peringkat atau tahapan sebelumnya dapat digunakan bersama-sama dengan sekolah di tahapan berikutnya pada beberapa fasa. Hal itu untuk menjamin dikelompokannya pelajar ke dalam tiga sekolah sesuai dengan kelompok usia.
Pendidikan sekolah tahap pertama dikhususkan untuk anak-anak yang belum berumur sepuluh tahun. Jumlah tempoh yang telah diselesaikan pelajar ketika berusia sepuluh tahun adalah dua belas fasa persekolahan (4 tahun x 3 tempoh dalam setahun = 12 fasa). Meski demikian, pelajar yang rajin dalam tahap tersebut boleh menyelesaikan 16 fasa persekolahan (4 tahun x 4 tempoh dalam setahun = 16 fasa).
Oleh sebab itu, di antara dua tahapan sekolah saling berhubungan dengan adanya proses belajar-mengajar pelajar yang usianya antara 13 tahun dan 16 tahun. Misalnya pelajar yang menyelesaikan fasa ke-27 pada saat berusia 15 tahun (27/3 + 6 = 15 tahun) perlu mengikuti fasa ke-28 di sekolah tahap ketiga (peringkat akhir) kerana usianya telah genap 15 tahun atau rata-rata usia baligh. Jika seorang pelajar telah menyelesaikan tahap kedua dan dia berusia 13 tahun (27/4 + 6 = 13 tahun) maka dia dimasukkan ke sekolah tahap kedua (tahapan sebelum usia baligh) dengan memperhatikan perbezaan individu di antara para pelajar pada tahun mereka menginjak baligh.
Sumber: Abu Yasin, Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah (Strategi Pendidikan Negara Khilafah)