[EKONOMI] Menyongsong Era Baru Ekonomi Global Di Bawah Naungan Khilafah
Oleh: Muis
Umat Islam telah diberkahi dengan kemuliaan oleh Allah SWT melalui ajaran Islam yang unik dan tidak dimiliki oleh umat lainnya. Salah satu bahagiannya adalah sistem pemerintahan yang diwariskan oleh Nabi Muhammad saw., iaitu Khilafah Islam. Ketika berada di bawah payung Negara Khilafah, umat Islam telah menjadi kekuatan berpengaruh di dunia, baik dalam aspek politik, tentera, ekonomi, hingga ilmu pengetahuan dan teknologi.
Kini, terjadi kemerosotan dan kemelesetan ekonomi, sosial dan politik negara-negara yang menerapkan sistem Kapitalisme. Saat demikian umat Islam mulai menyedari kewajipannya sekaligus sumber kekuatannya dengan berjuang—sembari mengharap pertolongan Allah SWT—untuk menegakkan kembali Khilafah Islam, institusi pelaksana dan pelindung ideologi Islam. Khilafah Islam akan menjadi negara super power, yang akan mewujudkan kemuliaan Islam dan umat Islam. Dari aspek ekonomi, negara tersebut memiliki banyak keunggulan yang tidak dimiliki oleh sistem ekonomi kapitalis.
- Aturan berteraskan akidah Islam, tidak dikendalikan oleh kepentingan pemodal (capitalist)
Falsafah ekonomi di dalam Islam mengatur kegiatan ekonomi agar sejalan dengan perintah dan larangan Allah, yang didasarkan pada pemahaman hubungan dengan Allah. Dengan kata lain, dasar pengaturan urusan dunia di masyarakat sehari-hari dalam aspek ekonomi diatur sesuai dengan ketentuan syariah. Dengan demikian pengelolaan urusan rakyat oleh negara dan kegiatan ekonomi semuanya terikat oleh ketentuan syariah.[1]
Hukum-hukum Islam yang berkaitan dengan ekonomi dibangun atas tiga prinsip, iaitu: kepemilikan, pengelolaan kepemilikan dan pengagihan kekayaan di antara masyarakat. Ketiga hal tersebut telah diatur baik secara garis-garis besar ataupun secara rinci. Dengan demikian persoalan-persoalan ekonomi yang baru sekalipun dapat digali hukumnya melalui proses ijtihad berdasarkan kaedah-kaedah tertentu dari dalil-dalil yang terperinci. Kerana itu aturan yang dibuat berdasarkan kepentingan para pemodal mahupun kepentingan asing tak ada tempatnya di dalam sistem Islam.
Kejelasan hukum dan konsistensi dalam penerapannya akan memberikan keyakinan kepada pelaku ekonomi, baik pengeluar, pengguna, ataupun pelabur, domestik mahupun asing, bahawa aturan dan ketentuan yang berlaku di negara Islam akan konsisten dan dapat dipercayai. Bahkan di dalam sistem kapitalisme sekalipun diakui bahawa kepastian, efisiensi dan kejelasan hukum muamalat akan lebih efektif dalam mendorong pertumbuhan dan pembangunan ekonomi.[2]
Parahnya, di dalam sistem Kapitalisme, peraturan atau perundangannya cenderung selari dengan kepentingan para pemodal. Di AS, misalnya, pengaturan pasaran modal dibuat oleh Kongres. Namun, mereka sangat dipengaruhi oleh kepentingan para pemodal atau para pelabur di pasaran modal. Penegakan undang-undang di negara itu juga relatif mahal dan berbelit-belit. Dalam permasalahan seputar perniagaan, kekuatan modal sangat berperanan dalam memastikan kekuatan dan kemenangan pihak-pihak yang terlibat dalam sistem Kapitalisme. AS saat ini memiliki biaya litigasi atau proses pembicaraan undang-undang di mahkamah. Britain merupakan negara Eropah yang paling mahal. Kos pembiayaan litigasi yang mahal menyebabkan sesebuah negara sukar untuk bersaing secara efektif di pasaran global.[3]
- Sistem yang mendukung perwujudan sumber daya manusia yang berkualiti.
Pertumbuhan penduduk di dalam Negara Khilafah diharapkan tetap positif, sesuai dengan ajaran Islam yang mendorong untuk memperbanyak keturunan. Hal ini diharapkan dapat menjaga ketersediaan Sumber Daya Manusia (SDM) produktif, yang menjadi tunjang utama dalam mendukung kemajuan ekonomi dan keunggulan ketenteraan negara. Sebaliknya, negara-negara Barat akan meneruskan tren pengurangan pertumbuhan penduduk. Pada tahun 2022, beberapa negara maju telah mengalami pertumbuhan penduduk negatif seperti Jepun (-0.4%), Itali (-0.3%), Britain (-0.1%), Korea Selatan (-0.2%), dan China (-0.0%). Pertumbuhan penduduk yang negatif berpotensi menimbulkan beban sosial dan ekonomi, terutama dengan meningkatnya ratio penduduk tua dibandingkan dengan usia produktif. Akibatnya, jumlah individu usia produktif yang dapat menampung penduduk tua yang tidak produktif semakin sedikit.
Pertumbuhan penduduk yang rendah dapat juga berdampak negatif terhadap produktiviti, mengehadkan tenaga kerja domestik, mengurangi jumlah tenaga buruh serta menurunkan permintaan produk dan perkhidmatan domestik. Hal ini dapat berpotensi menjejaskan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
Dari aspek ketenteraan, pertumbuhan penduduk yang negatif dapat mengakibatkan penurunan jumlah tentera aktif. Ini pada gilirannya dapat mengurangi kekuatan dan pengaruh geopolitik global sesebuah negara. Keadaan ini sedang menjadi ancaman serius bagi negara-negara kapitalis.
Khilafah Islam juga akan kembali menorehkan sejarah untuk menjadi pusat ilmu pengetahuan dan teknologi. Salah satunya melalui penerapan sistem pendidikan secara percuma. Dengan begitu setiap warganegara tanpa memandang status ekonomi dan sosialnya akan dapat menikmati pendidikan secara percuma hingga hingga ke tingkat perguruan tinggi. Perguruan tinggi diarahkan untuk menciptakan tenaga pakar di berbagai bidang seperti ulama, pakar ketenteraan, pakar sektor makanan, kedoktoran dan bidang sains. Tujuannya untuk menjaga urusan vital umat, melayani umat serta memajukan Negara Khilafah sehingga menjadi negara yang mampu mengawal urusannya sesuai dengan visinya serta mandiri tanpa perlu bergantung pada negara-negara kafir.[4]
Negara Khilafah juga mendorong pusat kajian dan penyelidikan serta pengembangan baik di bawah universiti, jabatan pemerintah, ataupun swasta.
Persekitaran yang kondusif untuk pelaburan, termasuk sistem cukai yang berbeza dengan negara-negara Kapitalisme, akan mendorong masuknya para imigran termasuk mereka yang berbakat, jurutera atau saintis serta para usahawan hebat dari berbagai negara untuk menjadi bahagian dari Negara Khilafah. Sejalan dengan penerapan hukum dan nilai-nilai Islam, etika dan budaya kerja yang baik akan tumbuh subur sehingga akan mendorong produktiviti, kreativiti dan inovasi.
Sebagai informasi, salah satu strategi Amerika Syarikat untuk mendapatkan sumber daya yang berkualiti adalah mendorong warga negara lain untuk meralisasi cita-cita mereka di AS. Menurut National Foundation for American Policy (NFAP), sejak tahun 2000, sebanyak 40% pemenang Nobel dalam bidang kimia, kedoktoran dan fizik adalah imigran.[5] Kemudian, pekerja imigran naik dari 15% pada tahun 2010 menjadi hampir 20% pada tahun 2023. Imigran adalah penduduk yang tinggal di AS, tetapi bukan warga AS yang lahir di AS.[6]
Kerana itu jika kehidupan di dalam Negara Khilafah lebih baik maka dorongan imigrasi ke negara tersebut, baik oleh pekerja yang unggul, para usahawan, dan para pakar dalam pelbagai bidang, akan sangat tinggi.
- Pengelolaan sumber daya alam yang melimpah oleh negara.
Negeri-negeri Muslim memiliki rizab sumber daya alam yang besar (minyak, gas, batu bara, mineral, dll). Sumber daya alam tersebut menjadi keunggulan keperluan tenaga dan bahan mentah industri dalam negeri. Kekayaan alam tersebut juga akan menjadi salah satu sumber devisa (alat pembayaran luar negeri yang boleh ditukar dengan wang luar negeri), yang diperlukan untuk membeli bahan mentah yang belum dapat diproduksi di dalam negeri. Sebagai contoh, berdasarkan data SESRIC (OKI) dan EIA, potensi rizab minyak mentah dan gas alam di negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam atau Organisation of Islamic Cooperation (OIC) per 2020 masing-masing sebesar 65% dan 57% dari jumlah rizab dunia. Dengan penyatuan negeri-negeri Muslim dalam satu institusi global, yakni Khilafah Islam, maka bekalan global dapat dikawal oleh kaum Muslim.
Meskipun demikian, sumber daya alam yang melimpah merupakan milik umum yang pengelolaannya diserahkan kepada negara bukan kepada pihak swasta apalagi pihak asing. Ia akan dikelola secara cermat, agar tidak menyebabkan terjadinya sumpahan sumber daya alam (resource curse). Sumpahan sumber daya alam adalah fenomena saat negara-negara yang kaya akan sumber daya alam menghadapi masalah pengembangan institusi dan tata kelola pemerintahan dan ekonomi yang efektif akibat korupsi, kurangnya pengembangan ekonomi, dan konflik internal.[7]
- Sistem yang menjamin pemenuhan keperluan dasar dan dorongan pengembangan kekayaan
Negara Khilafah memiliki metode pengagihan yang mampu menjamin setiap individu di dalam negara agar dapat memenuhi keperluan dasarnya. Islam mewajibkan negara untuk menjamin agar seluruh individu masyarakatnya mampu memenuhi keperluan dasar mereka, iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal serta penyediaan perkidmatan kesihatan, pendidikan dan keselamatan. Sistem ekonomi Islam tidak memandang pemenuhan keperluan dasar dan peningkatan standard kualiti hidup secara kolektif, namun dilihat secara individual. Hal ini berbeza dengan sistem Kapitalisme yang melihat perbaikan ekonomi secara agregat bukan pada peringkat individu.
Islam mewajibkan kaum lelaki yang sudah baligh dan memerlukan nafkah untuk diri atau keluarga yang wajib dia tanggung untuk bekerja. Jika mereka mampu bekerja, namun sukar untuk mendapatkan pekerjaan, maka negara akan membantu dirinya, seperti memberikan modal kerja. Negara akan membantu memenuhi keperluan dasar setiap individu yang tidak mampu ditanggung oleh keluarganya.
- Sistem yang mendukung pertumbuhan perniagaan dan investasi
Negara Khilafah Islam akan selalu menciptakan iklim investasi yang sihat yang tidak dimiliki oleh sistem Kapitalisme. Negara Khilafah, misalnya, akan menghapus cukai yang membebankan seperti cukai perniagaan. Dengan begitu pengusaha akan lebih aktif dalam berbelanja dan berinvestasi untuk meningkatkan perniagaan mereka. Dalam kitarannya, keadaan ini akan mendorong pertumbuhan ekonomi dan penciptaan lapangan kerja.
Individu yang memiliki kekayaan atau perniagaan akan disarankan untuk menggunakan atau menginvestasikan kekayaan dan pendapatan mereka. Jika tidak, mereka akan dikenakan zakat, dan ada potensi hukuman bagi mereka yang menimbun kekayaan tanpa alasan yang jelas.
Negara Khilafah juga akan mendorong agar kekayaan termasuk wang diinvestasikan ke sektor perniagaan dan melarang wang disimpan di sektor perbankan dan investasi portofolio yang bertujuan untuk mendapatkan bunga yang diperoleh tanpa bebas risiko. Kerana itu industri kewangan yang menjalankan usaha berbasis hutang bunga dan aktiviti berbasis spekulasi akan ditutup dan mendorong mereka untuk mengubah model perniagaan mereka untuk fokus pada model penyaluran dana investor berbasis modal venture (usaha sama) dan konsultasi. Beberapa model usaha sama yang diajarkan di dalam Islam, seperti syirkah (partnership) bagi hasil, yang berbahagi keunutngan dan risiko (kerugian) secara bertanggung jawab. Adapun aktiviti perniagaan yang haram atau yang merugikan masyarakat, seperti industri pornografi, alkohol dan perjudian akan dilarang.[8]
- Sistem yang mampu mewujudkan stabiliti sistem kewangan
Penerapan standard kewangan emas dan perak di dalam Negara Khilafah juga akan mendorong kemajuan ekonomi yang lebih baik dibandingkan dengan negara-negara kapitalis. Selain menjadi perintah syariah, standard ini memiliki berbagai keunggulan dibandingkan dengan standard mata wang kertas. Meskipun demikian individu dalam masyarakat tidak dilarang dalam menggunakan berbagai alat transaksi selain kedua komoditi itu. Standard emas dan perak memiliki nilai nominal dan nilai intrinsik atau nilai yang terdapat pada fizik wang itu sendiri. Kerana itu nilai wang menjadi lebih stabil. Sebabnya, nilainya tidak tunduk pada keputusan autoriti kewangan yang dapat mengatur jumlah wang beredar, melainkan pada nilai intrinsik kedua komoditi itu sendiri. Nilainya tidak turun atau naik lantaran negara mengalami defisit atau surplus neraca pembayaran.
Negara yang menerapkan standard kewangan emas juga akan memiliki kadar inflasi (monetary inflation) yang rendah dan nilai tukar yang stabil dan kompetitif. Dengan demikian ekonomi menjadi lebih stabil sehingga akan merangsang pertumbuhan ekonomi yang lebih baik dibandingkan dengan standard mata wang kertas (fiat money). Seperti diketahui, mata wang kertas tidak memiliki komoditi berharga sebagai sandarannya. Mata wang kertas, biaya bunga dan sistem fractional reserve banking, telah menjadi sarana negara-negara kolonial menyedut kekayaan dari negara-negara jajahan mereka termasuk dari negara-negara Muslim.[9]
- Kekayaan dalam negara yang mengoptimalkan pelayanan rakyat dan kekuatan negara
Dengan kekayaan sumber daya alam yang melimpah, Negara Khilafah akan memiliki aset yang besar, baik dalam bentuk aset umum yang tunduk pada prinsip syariah dan diawasi oleh pemerintah, mahupun dalam bentuk aset negara. Beberapa aset strategik, seperti sumber air, padang rumput, hutan, galian mineral, dan tenaga, akan menjadi sumber daya yang sangat besar untuk mendanai keperluan negara. Adapun pengelolaan dan penguasaan berbagai aset, termasuk infrastruktur penting seperti jalan, saluran air, fasiliti komunikasi, sekolah, dan hospital akan memperkuat peranan negara dalam menyediakan layanan masyarakat.
Pemerintah akan mengubah model penerimaan dengan menghimpun dana dari berbagai sumber syariah yang luas dan beragam, termasuk zakat, kharaj, jizyah dan pendapatan dari sektor pertambangan, serta penerapan cukai atas surplus kekayaan sebagai langkah darurat (last resort) jika diperlukan, yang dikenakan kepada masyarakat yang memiliki kekayaan berlebih.
Model pengeluaran dalam Khilafah Islam akan dioptimalkan untuk mendukung penyediaan layanan umum dan untuk mendukung kebijakan luar negeri dalam bentuk dakwah dan jihad fi sabilillah. Salah satu aspeknya adalah pengembangan industri yang berteraskan ketenteraan sehingga Negara Khilafah mampu mengatasi atau menggerunkan negara-negara lain yang mengancam eksistensinya atau menghambat kebijakan politik luar negerinya.
- Revolusi industri untuk melepaskan ketergantungan pada Dunia Barat
Negara Khilafah bertekad untuk menjadi negara industri yang mampu memproduksi barang-barang berteknologi tinggi, termasuk mesin-mesin yang dapat diproduksi secara mandiri di dalam negeri. Visi industri negara ini dilaksanakan melalui revolusi industri, tidak mengikuti arahan dan teori Barat yang cenderung mendorong negara-negara berkembang untuk fokus pada pengembangan industri barang pengguna, seperti makanan dan pakaian. Sebaliknya, Negara Khilafah berkomitmen untuk membangun industri barang-barang modal, seperti mesin-mesin yang mampu memproduksi barang berteknologi rendah hingga tinggi, termasuk peralatan ketenteraan yang mutakhir.
Oleh kerana itu, perkembangan menuju negara industri tidak akan ditentukan oleh keberadaan pasaran eksport atau keuntungan semata. Tujuan politik industri ini adalah agar Negara Islam dapat melepaskan diri dari metode kehidupan negara-negara Kapitalisme sekaligus mengakhiri ketergantungan pada negara-negara Barat.[10]
Ketergantungan pada produk-produk Barat seperti industri ketenteraan menjadikan negara-negara muslim hanya sebagai pasaran. Sebagai contoh, pada tempoh 2018-2022, sebanyak 31% dari jumlah persenjataan yang dihasilkan di seluruh dunia, didominasi oleh AS dan Rusia dengan masing-masing mencatat hasil jualan di pasaran sebesar 40% dan 16%, diarahkan ke Timur Tengah. Arab Saudi, dengan hasil jualan sebanyak 9.6%, menjadi pembeli senjata terbesar kedua di dunia setelah India, diikuti oleh Qatar (6.4%). Setelah China, Mesir (4.5%) dan Pakistan (3.7%), berada pada peringkat kelima dan ketujuh di peringkat global.[11]
Bagi mempercepat pertukaran teknologi dari negara-negara industri maju, Negara Khilafah akan mendatangkan tenaga pakar atau mengutus warga negara untuk belajar ke negara-negara industri. Salah satu strategi untuk mendatangkan, menahan dan memotivasi tenaga pakar ini adalah dengan memberikan berbagai insentif dan fasiliti yang lebih menarik dibandingkan dengan di negara mereka sebelumnya.
Hal-hal di atas hanya beberapa aspek dari sekian banyak keunggulan ideologi Islam dan potensi umat Islam yang dapat mendukung kesediaan Negara Khilafah Islam untuk menjadi negara yang kuat dan teguh dalam menerapkan dan menyebarluaskan ideologi Islam melalui dakwah dan jihad fi sabilillah.
WalLaahu a’lam bi ash-shawaab.