[Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah] Kalendar Persekolahan
Penulis: Abu Yasin
Sistem (waktu standard) untuk bekerja dan takwim dalam Negara Khilafah adalah kalendar hijriah. Satu tahun hijriah terdiri dari 354 hari, dikurangkan tiga hari untuk hari raya Aidilfitri dan tujuh hari untuk hari raya Aidiladha maka bakinya tinggal 344 hari dalam setahun, diperuntukkan untuk tujuh fasa pembelajaran, sebagaimana dijelaskan sebagai berikut:
- Fasa Pertama: 1 Muharam—25 Rabiulawal.
Hari Cuti: 25, 26, 27 Rabiulawal.
- Fasa Kedua: 28 Rabiulawal—22 Jumadilakhir.
Hari Cuti: 22, 23, 24 Jumadilakhir
- Fasa Ketiga: 25 Jumadilakhir—20 Ramadhan.
Hari Cuti: 20, 21, 22 Ramadhan.
- Fasa Keempat: 23 Ramadhan—27 Zulhijjah.
Hari Cuti:
– Cuti Aidilfitri: 1—3 Syawal.
– Cuti Aidiladha: 8—15 Zulhijjah.
Fasa pertama persekolahan setiap tahun dimulai pada permulaan bulan Muharam untuk jangka waktu 83 (lapan puluh tiga) hari. Ini termasuk hari-hari Jumaat yang ada pada tempoh tersebut dan juga termasuk masa ujian akhir untuk tempoh tersebut. Dengan kata lain, tempoh pembelajaran akan berakhir setelah melalui 83 hari dari permulaannya. Kemudian dimulai fasa berikutnya setelah tiga hari cuti dari akhir tempoh sebelumnya.
Fasa pembelajaran yang keempat dalam setahun merupakan tempoh yang berbeza dengan fasa lainnya kerana di dalamnya terdapat bulan Ramadhan, juga ada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, iaitu hari yang diberkati. Bagi sebahagian pelajar ataupun pengajar boleh mengambil cuti selama tempoh tersebut untuk menunaikan kewajipan haji atau umrah, atau untuk bermusafir; adakalanya sebahagian dari mereka menunaikan kewajipan haji pada masa cuti Aidiladha lebih dari tujuh hari.
Sumber: Abu Yasin, Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah (Strategi Pendidikan Negara Khilafah)