[Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah] Tujuan Pendidikan Tinggi
Penulis: Abu Yasin
Pendidikan tinggi adalah pendidikan yang sistematik setelah pendidikan sekolah. Tujuan pendidikan tinggi adalah:
- Penanaman dan pendalaman keperibadian Islam secara intensif pada diri mahasiswa institusi pengajian tinggi, bagi yang telah sempurna pembinaannya di tahap pendidikan sekolah. Peningkatan kualiti keperibadian ini ditujukan agar para mahasiswa boleh menjadi pemimpin dalam memantau permasalahan-permasalahan penting (qadhaya mashiriyah) bagi umat, termasuk kemampuan mengatasinya; iaitu permasalahan yang diharuskan dalam Islam atas kaum muslim untuk mengatasinya dengan risiko hidup atau mati.
Dengan tidak adanya penerapan hukum Islam seperti sistem pemerintahan di tengah-tengah kehidupan, bererti permasalahan penting bagi kaum muslim adalah mendirikan Negara Khilafah dan menegakkan hukum sesuai dengan apa yang Allah turunkan. Pada saat Negara Khilafah sudah ada maka yang menjadi permasalahan penting bagi umat adalah menjaga Negara Khilafah dan menjadikan Islam tetap hidup serta diterapkan di tengah-tengah umat, mengemban dakwah ke seluruh dunia, dan mencegah segala sesuatu yang dapat mengancam persatuan umat dan negara.
Agar permasalahan penting ini tetap hidup dan menjadi pusat perhatian di dalam benak dan perasaan umat maka perlu ada pendidikan tsaqafah Islam yang berkesinambungan dan berlanjutan yang akan membantu mengatasi permasalahan tersebut bagi seluruh mahasiswa di pengajian tinggi tanpa memandang pengkhususannya. Ini sebagai tambahan pendalaman dan pengkhususan dalam pendidikan tsaqafah Islam dengan seluruh cabang-cabangnya, seperti fikih, hadis, tafsir, usul fikih, dan lain-lain; berupa persiapan terhadap apa yang diperlukan para ulama, para mujtahid, para pemimpin, para pemikir, para qadhi (hakim), para ahli fikih, dan lain-lain sehingga hanya Islam yang tetap hidup di tengah-tengah umat untuk diterapkan, dijaga, dan diemban kepada seluruh umat manusia melalui jihad.
Rasulullah saw. Bersabda,
“Dua golongan manusia yang jika keduanya baik, akan baik manusia (masyarakat); dan jika keduanya rosak, akan rosak pula manusia (masyarakat): iaitu ulama dan para pemimpin.”
Rasulullah SAW bersabda,
“Janganlah kalian bertanya kepadaku tentang keburukan dan bertanyalah kepadaku tentang kebaikan. Beliau mengatakannya sebanyak tiga kali, kemudian beliau berkata, ‘Ketahuilah sesungguhnya seburuk-buruknya keburukan adalah buruknya ulama dan sebaik-baiknya kebaikan adalah baiknya ulama.’” (Riwayat Ad-Darimi dalam kitab Al-Muqaddimah).
Oleh kerana itu, membentuk sebaik-baik ulama perlu dijadikan sebagai sesuatu yang penting.
- Membentuk himpunan ulama yang mampu melayani kemaslahatan hidup umat dan mampu menyusun rencana jangka pendek mahupun jangka panjang (strategik). Kemaslahatan hidup adalah kepentingan demi menjaga kelestarian hidup umat, seperti keperluan terhadap ketenteraan yang kuat yang mampu melindungi umat, sanggup mempertahankan kemaslahatan umat, dan mampu melawan ideologi-ideologi kufur dengan perang dan pengembangan risalah Islam.
Termasuk dalam kemaslahatan hidup umat adalah terpenuhinya keperluan asasi seperti air, makanan, tempat tinggal, keamanan, dan perkhidmatan kesihatan. Pendidikan tinggi dituntut untuk melahirkan para penyelidik yang kompeten dalam ilmu dan praktikal untuk mencipta berbagai sarana dan teknik yang terus berkembang dalam bidang pertanian, pengairan, keamanan, dan kemaslahatan hidup lainnya, selagi hal itu membolehkan umat untuk senantiasa memiliki kawalan atas urusannya sendiri dengan penuh kesedaran dan kepuasan peribadi. Oleh sebab itu hendaklah dijauhkan agar tidak jatuh di bawah pengaruh negara- negara kafir dengan alasan kemaslahatan apa pun.
Allah SWT berfirman,
“Dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan (menguasai) orang- orang beriman.”(TMQ. An-Nisa [4]: 141)
Pengajian tinggi juga dituntut untuk melahirkan sekumpulan ahli politik, para pakar ilmu pengetahuan, dan orang-orang yang mampu memberikan pendidikan dan idea-idea yang ditujukan khusus untuk mengurus kemaslahatan hidup umat dan penyusunan rencana jangka panjang (strategik) yang diperlukan Negara Khilafah dalam melayani kemaslahatan tersebut.
- Mempersiapkan sekumpulan orang yang diperlukan dalam mengelola urusan umat, seperti para hakim (qadhi), para pakar fikih, doktor, jurutera, guru, penterjemah, pengurus, akauntan, jururawat, dan lain-lain. Negara berkewajipan untuk menerapkan hukum-hukum Islam dengan baik dan benar dalam bidang muamalah dan penerapan sistem hukuman, begitu juga negara berkewajipan menjamin segala hal yang diperlukan umat dalam hidupnya, seperti jalan raya, hospital/klinik, sekolah, dan lain-lain. Mempelajari pengkhususan bidang-bidang tersebut hukumnya fardhu kifayah bagi umat dan merupakan kewajipan bagi negara untuk mewujudkan apa yang diharuskan oleh hukum syarak.
Sumber: Abu Yasin, Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah (Strategi Pendidikan Negara Khilafah)