[Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah] Pelbagai Jenis Pendidikan Tinggi
Penulis: Abu Yasin
Ada dua jenis pendidikan tinggi:
Pertama, pendidikan yang sifatnya menerima pelajaran (talaqqy) iaitu pembahagian aktiviti mendengar penyampaian pelajaran lebih besar daripada aktiviti penyelidikan iaitu pendidikan yang sistematik melalui kurikulum, kuliah, dan sukatan pelajaran di fakulti-fakulti atau universiti yang menawarkan peluang tersebut. Pendidikan ini diarahkan agar mahasiswa berjaya meraih ijazah pertama (sarjana muda) yang diiktiraf, baik pendidikan yang bersifat teknikal mahupun yang diterima-pakai (functional) yang pada saat ini disebut dengan ijazah “Diploma”. Selain itu, pendidikan tersebut juga boleh diarahkan untuk meraih ijazah kedua (sarjana), yang pada saat ini disebut dengan gelar “License (Lc)” atau “Sarjana” dalam bidang tertentu dari salah satu fakulti yang ada di universiti.
Kedua, pendidikan yang bersifat penyelidikan (bahtsy) iaitu pendidikan yang merupakan kesinambungan pendidikan yang bersifat menerima pelajaran (talaqqy). Pembahagian kursusnya melibatkan lebih banyak aktiviti penyelidikan dibandingkan dengan aktiviti menerima pelajaran. Pada peringkat pendidikan ini mahasiswa belajar berinovasi dalam penyelidikan ilmiah dan mengambil pengkhususan cabang tertentu dari tsaqafah atau ilmu pengetahuan. Dalam program ini hendaklah dilakukan penyelidikan-penyelidikan yang mendalam dan spesifik yang menghasilkan pemikiran atau penemuan baru yang belum pernah ada sebelumnya. Pada peringkat pendidikan ini juga mahasiswa diarahkan untuk meraih pengakuan ijazah kepakaran pertama atau pada saat ini disebut dengan gelaran “Magister”. Setelah itu diarahkan untuk meraih pengakuan ijazah kepakaran kedua dalam pembahasan tsaqafah atau ilmu pengetahuan, atau pada saat ini disebut dengan gelar “Doktor” yang akan diberi sijil kelayakan yang diberi nama “Sijil Kemahiran ” dalam bidang pertukangan kayu, besi, jahitan, dan lain-lain.
Sumber: Abu Yasin, Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah (Strategi Pendidikan Negara Khilafah)