[Hukum Fikh] Apakah Hukum Jika Tanah Pertanian Disewa untuk Penternakan Beserta Ditanami Rumput Makanan Haiwannya?
Oleh: K.H. Shiddiq al-Jawi
Soalan:
Ustaz Shiddiq, ini ada pertanyaan terkait sewa tanah untuk pertanian. Pertanyaannya adalah: 1. Adakah memelihara haiwan (penternakan) termasuk dalam pertanian? 2. Jika tidak termasuk pertanian, bagaimana jika tanah sewa untuk penternakan tersebut disertai tanaman rumput makanan haiwannya. Jazakumullah khairan katsira.
Jawapan:
Memelihara haiwan atau penternakan menurut hukum Islam tidak termasuk pertanian (az-zirā’ah). Hal ini kerana definisi pertanian (az-zirā’ah) yang dimaksudkan dalam hadis-hadis Nabi saw. sudah seharusnya diertikan menurut pengertian lama dari pertanian, yakni hanya terbatas kegiatan penanaman (cultivation), iaitu penanaman benih tanaman ke tanah pertanian (tanah). Demikian menurut kamus Al-Mu’jam al-Muwahhad li Mushthalahāt ‘Ilmi al-Hayāt yang secara singkat mengertikan pertanian (az-zirā’ah) dengan erti cultivation (penanaman). Makna serupa terdapat dalam kitab Al-Mu’jam al-Wasīth, bahawa kata pertanian (az-zirā’ah) diterjemahkan sebagai hirfat az-zāri’ (pekerjaan seorang petani), atau ilmu fallāh al-ardhi (ilmu tentang penanaman [cultivation] pada tanah pertanian). (Al-Mu’jam al-Muwahhad li Mushthalahāt ‘Ilmi al-Hayāt, Tūnis: Al-Munazhzhamat Al-‘Arabiyyah li at-Tarbiyyah wa ats-Tsaqāfah wa al-‘Ulūm, 1993, hlm. 103; Al-Mu’jam Al-Wasīth, hlm. 392).
Oleh kerana itu, penternakan menurut hukum Islam tidaklah termasuk ke dalam pertanian, menurut makna bahasa (al-ma’na al-lughawi) untuk kata pertanian (az-zirā’ah) sebagaimana terdapat dalam kamus-kamus Bahasa Arab. Hal ini kerana makna syarie untuk kata pertanian (az-zirā’ah) tidak ada, demikian juga tidak ada makna ‘urfi-nya, iaitu makna menurut ‘urf (kebiasaan) di masa Nabi saw., maka kemungkinan pemaknaan yang ada adalah pemaknaan secara makna lughawi (makna kamus) sebagaimana dalam Ilmu usul fikh. Menurut ilmu usul fikh, urutan (tertib) pemaknaan istilah dalam nas-nas syarak, mengikut tertib (urutan) sebagai berikut:
“Makna suatu kata pada dasarnya adalah diertikan menurut makna syarie, kemudian jika tidak ada, diertikan menurut makna ‘urfi, iaitu makna menurut ‘urf (kebiasaan) pada masa Nabi saw., kemudian jika tidak ada, diertikan secara makna lughawi (makna kamus).” (Taqiyuddin An-Nabhani, Asy-Syakhshiyyah al-Islāmiyyah, 3/181).
Oleh kerana itu, makna bahasa itulah yang menjadi pegangan, bukan makna moden menurut ilmu pertanian bahawa penternakan termasuk ke dalam pertanian kerana pengertian pertanian dalam erti moden adalah segala kegiatan untuk memproduksi makanan bagi manusia, makanan bagi haiwan ternakan, dan serat (fiber), serta barang-barang lain melalui pengembangbiakan sistematik berbagai tanaman dan haiwan. (Lihat: https://ar.wikipedia.org/wiki/ زراعة).
Maka dari itu, jika seseorang menyewa tanah pertanian untuk kegiatan penternakan, hukumnya boleh, tidak haram kerana dalil-dalil syarie yang ada hanya melarang sewa tanah pertanian dengan tujuan menanami tanah pertanian itu dengan suatu komoditi pertanian, misalnya padi, jagung, dan sebagainya. Di antara dalil syarie tersebut, adalah hadis dari Jabir ra. sebagai berikut,
“Dari Jabir bin Abdullah ra. bahawa Nabi saw. telah melarang diambil dari tanah pertanian upah sewanya atau bagi hasilnya.” (HR Muslim, no. 1536).
Oleh kerana itu, menyewakan tanah pertanian, tetapi bukan untuk keperluan pertanian, hukumnya boleh, sebagaimana penjelasan Imam Taqiyuddin An-Nabhani sebagai berikut,
“Hanya saja, keharaman menyewakan tanah pertanian itu hanyalah jika penyewaannya untuk pertanian (tanah ditanami sesuatu). Adapun jika penyewaan tanah itu bukan untuk pertanian, hukumnya boleh, sebab seseorang itu boleh menyewa tanah untuk dijadikan tempat istirehat, tempat persinggahan, gudang untuk barang dagangannya, atau untuk pemanfaatan apa pun selain pertanian.” (Taqiyuddin An-Nabhani, An-Nizhâm al-Iqtishâdi fi al-Islâm, hlm. 141).
Kesimpulannya, jawapan untuk pertanyaan pertama, boleh hukumnya menyewakan tanah pertanian untuk keperluan penternakan kerana penternakan tidak termasuk ke dalam pengertian pertanian. Misalnya, di tanah pertanian dibina reban ayam untuk menternak ayam, atau seumpamanya.
Adapun jika tanah yang disewa untuk penternakan itu ditanami rumput untuk penternakan, hukumnya haram, berdasarkan kaedah fikh,
“Jika yang halal bertemu dengan yang haram, maka dimenangkan hukum haramnya.” (Imam Jalāluddīn as-Suyūṭiy, Al-Ashbāh wa an-Naẓā`ir, hlm. 105; Imam Ibnu Nujaym, Al-Ashbāh wa an-Naẓā`ir, hlm. 109; Muhammad Shidqiy al-Būrnū, Al-Wajīz fī Ῑḍāh Qawā’id al-Fiqh al-Kulliyyah, hlm. 209; ‘Aliy Aḥmad al-Nadwiy, Al-Qawā’id al-Fiqhiyyah, hlm. 309; Muhammad Shidqiy al-Būrnū, Mausū’ah al-Qawā’id al-Fiqhiyyah, 1/421).
Berdasarkan kaedah tersebut, bererti penanaman sebahagian tanah dengan rumput makanan bagi haiwan ternak, hukumnya haram, kerana sewa tanah untuk penternakan yang hukumnya halal telah bercampur dengan sewa tanah untuk pertanian (iaitu penanaman rumput bagi makanan haiwan ternak) yang hukumnya haram. Keadaan akhirnya adalah percampuran antara yang halal dengan yang haram maka sesuai kaedah fikh itu, hukum akhirnya adalah haram untuk aktiviti secara keseluruhan kerana hukum haram mengalahkan hukum halal jika halal dan haram bertemu.
Kesimpulannya, jawapan untuk pertanyaan kedua, tidak boleh (haram) hukumnya jika tanah pertanian disewakan untuk penternakan, tetapi ada sebahagian tanah itu yang ditanami rumput untuk makanan haiwannya. Wallahualam.