[Nafsiyah] Thariqah yang Benar Adalah Jihad
Penulis: Ustaz Yuana Ryan Tresna
Semua mata tertuju ke Rafah
Semua doa dipanjatkan untuk Rafah
Semua tangisan mengalir kerana Rafah
Namun, mengapakah umat Islam G4z4 terus menderita dan penceroboh tidak kunjung kalah?
Jawapannya adalah kerana umat Islam meninggalkan thariqah (metod) untuk mengusir penceroboh yang membantai umat Islam. Apa thariqah tersebut? Jawapannya ialah jihad!
Tatapan mata dan tangisan menjadi tidak berguna kerana umat ini meninggalkan jihad. Doa-doa juga menjadi kosong kerana ianya tanpa seruan kepada penguasa untuk menggerakkan tenteranya menentang Isr43l. Kekuatan ketenteraan yang dimiliki oleh dunia Islam dan khususnya negara-negara Arab menjadi tidak bermakna tanpa wujudnya semangat jihad.
Rasulullah SAW bersabda,
الْخَيْلُ مَعْقُودٌ بِنَوَاصِيهَا الْخَيْرُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ الْأَجْرُ وَالْغَنِيمَةُ
“Kuda itu tertambat pada ubun-ubunnya kebaikan hingga hari kiamat, iaitu pahala dan ghanimah.” [HR Muslim dan Ahmad].
Baginda SAW juga bersabda,
لا تزال طائفة من أمتي يُقاتلون على الحق ظاهرين إلى يوم القيامة
“Akan senantiasa ada sekelompok umatku yang berperang di atas kebenaran, mereka menang sehingga hari kiamat.” [HR Muslim].