[Kaedah-Kaedah Taklid] Definisi Tarjih
Penulis: Syamsuddin Ramadhan an-Nawiy dan M. Haris Adiningrat
Secara literal, tarjih adalah pembentukan dari perkataan “rajaha” yang bermaksud al-mizaan yarjuhu —boleh juga dibaca yarjahu—(lebih berat hingga cenderung ke salah satu sisinya). Adapun makna tarjih adalah itsbaat al-fadll fi ahad jaanibaiy al-mutaqaabilain au ja’ala al-syai’ raajihan (menetapkan salah satu yang lebih utama/kuat di antara dua perkara yang bertentangan atau menjadikan perkara itu lebih kuat).
Menurut Imam Al-Amidi, tarjih bermakna iqtiraan ahad al-shaalihain li dalaalat ‘ala al-mathluub, ma’a ta’arudlihimaa bimaa yuujibu al-‘amal bihi wa ihmaal al-aakhir (memilih/membandingkan salah satu hal yang soleh/baik agar diketahui salah satu perkara yang dituntut, beserta pertentangan keduanya yang menescayakan untuk beramal dengan salah satunya dan mengabaikan yang lain).
Menurut Imam Syaukani, secara istilah, tarjih memiliki makna iqtiraan al-imaarah bima taqwiy bihaa ‘ala mu’aridlatihaa (memilih/membandingkan satu imarah/indikasi yang boleh menguatkan dirinya atas pertentangan keduanya).
Dalam kitab Al-Mahshuul dituturkan bahawa tarjih adalah menguatkan salah satu sisi atas sisi yang lain hingga diketahui bahawa salah satu sisi itu lebih kuat dibandingkan sisi yang lain, lalu dia beramal dengan hukum yang terkuat itu dan meninggalkan yang lainnya.
Dari huraian di atas, dapat disimpulkan bahawa tarjih adalah menetapkan hukum yang lebih kuat di antara dua hukum yang saling bertentangan. Setelah diketahui hukum yang lebih kuat (rajih), seorang muslim dituntut untuk berbuat (bersikap) dengan hukum tersebut dan meninggalkan hukum yang dia lemahkan (al-marjuh).
Pembahasan sebelumnya: “Taklid dan Implikasinya terhadap Kemunduran Berfikir Umat Islam”
Sumber: Syamsuddin Ramadhan an-Nawiy dan M. Haris Adiningrat, Kaedah-Kaedah Taklid, Tuntunan Islam dalam Memilih dan Mengikuti Pendapat