[Global] Sudah Saatnya untuk Menjadikan Aksi-Aksi Protes Ini Bermakna (Bahagian 1/2)
Penulis: Fatima Musab
Penterjemah: Suci Gizela Pertiwi
Sudah enam bulan lebih sejak peristiwa 7 Oktober 2023. Dunia merespon; dengan merebaknya berbagai protes di seluruh belahan dunia; juga menyerukan agar pengeboman berakhir, adanya gencatan senjata, serta hentikan pendudukan “Isra4l” di Gaza.
Namun, tidak ada apa satu pun yang berlaku. Seiring waktu, kekuatan “Isra4l” justeru makin angkuh dan secara terang mengungkapkan kebencian mereka terhadap Palestin. Bagaimana tidak? Mereka dengan jelas mendapat dukungan dari komuniti antarabangsa; dengan pemerintah-pemerintah di seluruh dunia yang tidak hanya membantu “Isra4l” dalam serangan terhadap Palestin, tetapi juga mengecam warganegaranya sendiri hingga menggunakan kekuatan dan kuasa untuk menghentikan berbagai aksi protes yang berlangsung di mana-mana.
—
Baru-baru ini, saluran berita dibanjiri berbagai laporan penangkapan brutal terhadap peserta demonstrasi pro Palestin di halaman Universiti Columbia di Amerika. Peristiwa serupa terjadi di Universiti Indiana dan Virginia Tech; para peserta ditangkap atas tuduhan pelanggaran undang-undang.
Demonstrasi juga dibubarkan di sekitar USC, Arizona State University, dan Universiti Washington di St. Louis. Dalam beberapa kes, sehingga pegawai polis menggunakan bahan kimia (yang merengsakan kulit) dan alat seperti renjatan elektrik bagi membubarkan mahasiswa.
Aksi solidariti terhadap orang-orang Palestin dilarang di sekurangnya 12 buah negara Eropah, termasuk UK, Perancis, Swiss, Jerman, Republik Czech, dan Austria. Di Mesir, ketika ratusan orang berkumpul di pusat Kota Kairo untuk menunjukkan solidariti terhadap Gaza, pegawai keamanan Mesir melakukan penangkapan. Pemerintah Jordan menangkap sekurangnya 1,500 orang sejak awal Oktober 2023. Moroko juga mengadili puluhan orang yang ditangkap saat aksi pro Palestin. Ini hanyalah beberapa, masih banyak yang lainnya.
Para peserta demonstrasi melakukan aksi berdasarkan fakta bahawa mereka mempunyai hak untuk memprotes di saat mereka menentang kebijakan pemerintah. Tambahan pula, bukankah itu adalah prinsip demokrasi, yakni memiliki pemerintah yang mendengarkan suara rakyatnya? Warganegara juga diajarkan bahawa menjadi aktivis adalah hak mereka (untuk memastikan pemerintah bertanggungjawab). Ini kerana pada dasarnya, akuntabiliti atau suara rakyat itulah yang membezakan antara negara demokratik dan negara autoritarian.
Namun, kita faham bahawa itu semua adalah dusta. Kita dapat melihatnya dengan jelas. Aksi protes dilarang atau dibubarkan secara paksa oleh penguasa. Pihak penganjur dan penyelenggara demonstrasi diganggu dan ditangkap, bahkan para mahasiswa digantung dari pengajian di kampus mereka.
“Hak untuk protes” juga merupakan kebohongan yang sentiasa disebarluas ke masyarakat sehingga mereka terus mencari solusi dari sistem yang ada. Akan tetapi, “solusi” ini hanya akan berhasil jika ahli-ahli politik bersedia mendengarkan; dan mereka hanya bersedia mendengarkan jika hal tersebut sesuai dengan agenda mereka.
Orang Amerika keturunan Afrika tidak mendapatkan hak mengundi di Amerika, hingga Presiden Kennedy memerlukan suara mereka untuk menang dalam pilihan raya umum. Para perempuan di negara-negara Barat tidak mendapat hak-hak mereka hingga pemerintah memerlukan mereka untuk memasuki dunia pekerjaan. Hal ini terlepas dari kenyataan bahawa setiap kelompok masyarakat telah melakukan protes selama beberapa abad demi mendapatkan hak-hak dasar dalam demokrasi.
Lalu, mengapa kita berharap pada ahli politik yang sama untuk peduli terhadap wanita dan kanak-kanak di Gaza? Mereka bahkan tidak peduli dengan kaum wanita dan kanak-kanak di negara mereka sendiri. Lihat saja keganasan bersenjata di Amerika atau tahap keganasan terhadap kaum wanita di negara-negara Barat.
—
Cuba perhatikan sejarah negara-negara itu, serta kematian dan kehancuran yang berlaku setelahnya. Amerika dibangun atas dasar kematian penduduk asli Amerika. Dunia Barat berkembang berkat bantuan para budak kulit hitam. Negara-negara Eropah berperang antara satu sama lain dalam upaya untuk mendominasi. Jerman membunuh orang-orang Yahudi.
Lalu perhatikanlah fakta bahawa ini bukanlah pertama kalinya pemerintah “mengarah” pegawai-pegawainya untuk membubarkan aksi protes. Lihatlah tanggapan mereka terhadap gerakan hak pilih di Barat. Lihatlah perlakuan mereka terhadap warga Amerika keturunan Afrika ketika mereka memprotes untuk hak-hak yang seharusnya mereka miliki selama ini.
Dalam demokrasi, Anda tidak akan diperlakukan secara hormat, kecuali pemerintah memutuskan untuk demikian terhadap Anda. Tentu saja, Anda juga tidak berhak memprotes, kecuali jika pemerintah berkepentingan untuk mengizinkannya. Sebaliknya, jika mereka tidak berkenan, Anda akan dicap sebagai subversif atau teroris.
Mereka mengatakan kepada kita bahawa mereka patuh pada hukum yang ada dan berharap agar orang lain melakukan hal yang sama. Ini juga jelas-jelas dusta. Buktinya, mereka terus saja mendukung “negara” yang secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa.
Disebutkan, “Aneksasi atau pendudukan wilayah dengan menggunakan keganasan atau ancaman, dilarang keras berdasarkan undang-undang antarabangsa. Ini merupakan tindakan ganas, kejahatan yang berada di bawah bidang kuasa Pengadilan Jenayah Antarabangsa, dan merupakan ancaman terhadap perdamaian dan keamanan antarabangsa. ‘Isra4l’ terus-menerus melakukan pendudukan di banyak bahagian wilayah Palestin yang diduduki. Selama lima abad terakhir, ‘Isra4l’ telah menyita atau mendukung penyitaan tanah dan sumber daya Palestin, mengakibatkan lebih dari 270 koloni menampung 750,000 pemukim ‘Isra4l’.” (ohchr[dot]org, 23-7-2023).
Lihatlah, bahkan mereka melanggar hukum mereka sendiri demi membantu “Isra4l” dalam melakukan genosid secara terang-terangan.
Dikatakan juga, “Mengirim senjata ke ‘Isra4l’ untuk melakukan pembantaian genosid terhadap warga Palestin di Gaza merupakan pelanggaran terhadap sekurangnya enam Undang-Undang (UU) AS mengenai bantuan luar negeri, senjata, dan aktiviti ketenteraan. …. Pengiriman senjata AS ke ‘Isra4l’ telah menunjukkan bahawa para pegawai terbabit telah melanggar UU tersebut. UU seperti Aturan Leahy (yang melarang Jabatan Luar Negeri dan Pertahanan memberikan bantuan dana atau pelatihan kepada unit pasukan keamanan asing jika terdapat informasi yang dipercayai mengenai pelanggaran HAM) dan UU Implementasi Konvensyen Genosid dengan mendukung upaya ‘Isra4l’ untuk melakukan genosid di Gaza.” (truthout[dot]org, 13-2-2024).
Juga, “Di peringkat antarabangsa, negara-negara yang mendukung ‘Isra4l’ dengan dukungan politik, kewangan, atau ketenteraan, mungkin menghadapi tanggungjawab negara atas kegagalan mencegah (Pasal I GC) atau keterlibatan dalam genosid (Pasal III (e) GC).” (verfassungsblog[dot]de, 21-2-2024).
Selain itu, terdapat fakta bahawa negara-negara Barat secara terang-terangan mensasarkan hak protes, yakni dengan memberlakukan UU yang mengabaikan hak ini ketika mereka perlu menekan gerakan-gerakan politik.
Di AS, Mahkamah Agung menolak mendengarkan petisyen untuk membatalkan keputusan Fifth Circuit (Mahkamah Rayuan peringkat KelimaSirkuit Kelima, penj.) dalam kes Mckesson v. Doe. Terlepas dari fakta bahawa putusan pengadilan yang lebih rendah menetapkan standard tanggungjawab yang melanggar Pindaan Pertama, menimbulkan beban tidak berpelembagaan terhadap hak kita untuk melakukan protes. (aclu[dot]org, 22-4-2024).
Pada dasarnya, keputusan pengadilan itu bererti bahawa pihak penganjur aksi protes dapat bertanggungjawab atas tindakan yang dilakukan oleh keberadaan orang luar pada protes tersebut terhadap orang lain. Ini bukan kerana pihak penganjur meminta atau bermaksud agar mereka melakukan hal tersebut, tetapi sekadar kerana sudah dapat dianggap bahawa mereka akan melakukan hal tersebut. Ertinya, tidak selamat lagi untuk menganjurkan aksi protes di Louisiana, Mississippi, atau Texas. (aclu[dot]org, 22-4-2024).
Pada 2022, di UK, mereka mengesahkan UU (Undang-undang) Polis, Jenayah, Hukuman, dan Pengadilan (PCSC). Hal ini memungkinkan pihak polis untuk menerapkan ketentuan baru dalam aksi protes di luar lokasi, waktu, dan jumlah peserta, sebagaimana diatur dalam UU Ketertiban Umum 1986. Hukuman penjara maksimum bagi seseorang yang merosakkan arca, dinaikkan menjadi 10 tahun. Had Menteri Dalam Negeri untuk melarang aksi protes dan aksi tunjuk perasaan atas alasan keamanan juga akan dikurangkan. Demikian usulan tersebut. Juga dikatakan bahawa UU yang mengagung-agungkan kelompok “teroris” terlarang (seperti Hamas) akan diperketat. (The Guardian, 13-11-2023).
—
Meskipun UU itu sudah ada sebelum kejadian di Gaza sebelum ini, UU ini memberi kita gambaran tentang negara-negara yang disebut “negara demokratik”. Mereka sanggup mengabaikan UU dan hak-hak yang ada yang pernah mereka anggap sebagai “sesuatu yang agung”, dan pada masa yang sama memberlakukan UU yang memungkinkan mereka untuk menghadkan pendapat masyarakat dalam dasar-dasar kebijakan pilihan mereka.
Jadi, mengapa kita masih berfikir bahawa aksi-aksi protes yang menyeru pada pemerintah-pemerintah sekarang, akan mengubah segalanya?
*Bersambung ke Bahagian 2/2