[Global] Sudah Saatnya untuk Menjadikan Aksi-Aksi Protes Ini Bermakna (Bahagian 2/2)
Penulis: Fatima Musab
Penterjemah: Suci Gizela Pertiwi
Aksi protes bukanlah metode untuk perubahan. Ianya adalah alat yang dapat membawa kepada perubahan, tetapi hanya jika digunakan secara benar. Dengan menilai dari yang kita lihat pada para ahli politik dan elit politik pada umumnya, mengapa kita boleh berfikir bahawa memanfaatkan jalan demokrasi untuk melakukan perubahan dapat membantu orang-orang Palestin?
Sebagai rakyat, kita diajarkan untuk bergantung kepada cara-cara ini. Kita diberitahu bahawa jika ingin bersuara, turunlah ke jalan dan bersuaralah agar didengari. Hal demikian tidak salah, tetapi ini bukanlah metode untuk perubahan.
Orang-orang yang mendukung proses demokrasi akan menjawab, “Ya, itu benar. Ini bukanlah metode untuk melakukan perubahan. Ini adalah sebuah langkah menuju perubahan kerana merupakan cara untuk meningkatkan kesedaran.” Hal ini cukup adil. Namun, ketika Anda bermaksud meningkatkan kesedaran dalam demokrasi, tujuan Anda sudah pasti adalah agar suara Anda didengari para ahli politik, dan anggota komuniti antarabangsa.
Kemudian mereka semua menunjukkan kepada kita warna sebenar mereka. Banyak yang berharap agar PBB memberikan tanggapan, tetapi ternyata tidak. Masyarakat memandang ICJ sebagai badan yang menegakkan hukum antarabangsa, tetapi ternyata tidak. Orang-orang berharap pemerintah di seluruh dunia akan memberikan hukuman kepada “Isra4l”, tetapi kenyataannya tidak begitu.
Namun demikian, kita masih saja melihat aksi protes di negara-negara demokrasi sebagai metode yang bermakna menuju perubahan. Mengapa? Anda tentu tidak dapat mengatakan bahawa kita perlukan waktu. Ini kerana demokrasi sudah menjalani waktunya. Sudah lebih dari satu abad sejak demokrasi melanda seluruh dunia dan menuntut kita semua berpegang teguh pada harapan akan masa depan yang lebih baik. Sudah lebih dari 75 tahun sejak “Isra4l” didirikan di tanah Palestin dan peristiwa Nakba Pertama terjadi.
Jadi, apa yang sebenarnya yang kita tunggu? Entiti Yahudi menegaskan bahawa mereka tidak akan berhenti. AS juga menegaskan bahawa mereka akan terus memberikan bantuan kepada Isra4l. Dunia juga secara jelas menegaskan bahawa mereka akan mendukung pendirian ini.
Kini, seiring makin dekatnya pilihanraya umum di berbagai negara di dunia, terdapat banyak diskusi mengenai siapa sosok yang akan menduduki jabatan pemerintahan seterusnya. Namun, adakah kita perlu menggunakan pendekatan “siapa peduli?” kerana kita perlu sedar bahawa jika kita tidak peduli siapa pun yang berkuasa, kebijakan luar negeri tidak akan berubah. “Isra4l” akan terus ada dan akan terus mencari cara untuk menghina, menyeksa, dan membunuh orang-orang Palestin.
Semua ini (melakukan protes di bawah panji demokrasi, menggunakan pilihanraya umum untuk mendapatkan kebijakan yang lebih baik, memandang organisasi antarabangsa sebagai harapan) telah membatasi solusi kita pada pilihan yang diberikan demokrasi. Misalnya, dalam jangka pendek berupa gencatan senjata, serta memungkinkan para penguasa untuk terus membuat berbagai saranan dan dasar sesuka hati mereka.
Terus, apa yang kita perlu lakukan?
Ketika tentera entiti Yahudi melancarkan serangan terhadap rakyat Gaza, warga Palestin meminta bantuan dunia. Mereka menyeru agar tentera-tentera muslim untuk campur tangan dan mengusir para pengganas entiti Yahudi Isra4l.
Bukankah ini seruan yang sepatutnya digemakan oleh kita umat Islam seluruh dunia? Bukankah kita yang sepatutnya menuntut agar tentera-tentera muslim bertindak atas serangan angkatan bersenjata “Isra4l”? Akal sihat mengatakan pada kita bahawa ini bukanlah sesuatu yang boleh dipilih, melainkan ini adalah satu-satunya pilihan yang ada di hadapan kita.
Apabila kekuatan tentera menyerang orang awam, jawapan balas oleh tentera juga adalah satu-satunya jawapan. Ketika tentera mereka sendiri tidak mampu melindungi mereka, penduduk pun turun padang bagi membela diri. Hal ini memang masuk akal dan telah berlaku berulang kali. Tidak hanya pada masa lalu, tetapi juga pada masa kini.
Jadi, mengapa kita menganggap bahawa situasi Palestin berbeza? Adakah kerana itu yang dikatakan oleh para penguasa pengkhianat dan komuniti antarabangsa yang munafik pada kita? Adakah kerana “Isra4l” (“negara” yang sekitar 50—60% warganya bertugas sebagai tentera) mempunyai hak untuk membela diri? Kita semua tentu telah mendengar berbagai alasan “Isra4l” berhak untuk membela diri mereka sendiri sehingga tidak perlu lagi membahasnya secara terperinci di sini.
Namun, pertimbangkan sejenak hipokrasi dari situasi saat ini. Renungkan pula mengapa—dengan segala hal yang kita ketahui dan baca—kita meyakini bahawa kita ada pilihan lain, tetapi bukan dengan tindakan ketenteraan yang dilakukan oleh tentera umat Islam?
Adakah para lelaki, wanita, dan anak-anak Palestin bukan sekutu kita? Jika mereka adalah sekutu kita, mengapa kita tidak berupaya melindungi mereka? Mengapa kita membiarkan para penguasa dan komuniti anatarabangsa menyekat dan menghalang tindakan kita? Tidakkah kita tahu betapa pentingnya untuk menyerukan agar tentera-tentera muslim dapat bertindak dalam keadaan ini? Juga bagaimana kalau kita tidak melakukan hal tersebut, malah menyebabkan kita menjadi bidak catur dalam sistem demokrasi? Adakah kita takut akan kesannya?
Sungguh, situasi tersebut tidak akan menjadi lebih baik, malah akan menjadi lebih buruk. Jika para penguasa di seluruh dunia secara terang-terangan mengabaikan hukum mereka sendiri, di mana pengakhiran dari semua ini?