[Ath-Thariq] Kapitalisme sebagai Sebuah Ideologi (Bahagian 2/2)
Penulis: Syekh Ahmad Athiyat
Akidah pemisahan agama dari kehidupan (sekularisme) mengakui dan menjamin sesuatu yang bernama ‘agama’ atau keberadaan pencipta yang telah menciptakan alam semesta, manusia, dan kehidupan, dan mengakui adanya hari ketika manusia akan dibangkitkan, dikumpulkan, dan dihisab, kerana ini semua adalah dasar agama, sedangkan makna kata al-din hanya mencakup makna-makna ini saja.
Pengakuan ini membentuk sebuah pemikiran menyeluruh tentang alam semesta, manusia, dan kehidupan yang seterusnya menentukan corak solusi penghurai simpulan besar atau permasalahan manusia (al-uqdat al-kubra). Walaupun kapitalisme mengakui keberadaan pencipta, sebenarnya kapitalisme mengabaikan peranan pencipta ketika ia menafikan peranan agama (yang secara pastinya berasal dari pencipta) dalam kehidupan. Mereka menjadikan aturan agama hanya terbatas dalam masalah ibadah (hubungan antara makhluk dengan khaliq-nya) saja, dan hubungan ini tidak akan kelihatan kecuali pada waktu dan tempat ketika ibadah tersebut dilaksanakan.
Ringkasnya, kapitalisme itu merupakan sebuah ideologi. Ia memiliki dasar pemikiran atau akidah yang akan menghuraikan simpulan besar (al-‘uqdat al-kubra) yang ada pada manusia dan dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan yang diajukan, asas tersebut adalah pemisahan agama dari kehidupan (sekularisme).
Terlahirlah dari asas tersebut berbagai macam solusi atau sistem aturan yang serupa dengannya yang menetapkan bahawa manusia sepenuhnya—dengan ijtihad dan akalnya—dapat memberikan solusi atas berbagai persolan yang dihadapinya. Seterusnya menetapkan bahawa manusia dapat memenuhi keperluan jasmani dan memuaskan naluri dengan cara yang dianggap sesuai untuk pemuasan itu. Dengan demikian, tampak jelaslah keselarasan antara sistem dengan asas pemikirannya, dan terlihat bahawa keduanya itu berasal dari satu corak dan satu watak yang akidahnya menyatakan ketiadaan campur tangan sang pencipta, dan sistemnya pun memberikan pernyataan yang sama.
Oleh kerana itulah, kapitalisme boleh disebut sebuah ideologi kerana ia merupakan pemikiran yang menyeluruh tentang alam semesta, manusia, dan kehidupan. Kapitalisme itu lahir dari akidah yang di dalamnya ada potensi yang dapat diyakini kerana ia merupakan sebuah pemikiran yang mendasar.
Kapitalisme juga disebut sebagai ideologi (al-mabda) kerana di dalamnya ada potensi yang boleh diterapkan (qabiliyat al-tathbiq). Didalamnya terdapat berbagai sistem aturan untuk memberikan solusi atas permasalahan manusia yang timbul akibat adanya keperluan jasmani (al-hajat al-’udhawiyah) dan naluri (gharizah).
Kapitalisme ini juga memiliki fikrah (idea) dan thariqah (metode). Adapun fikrahnya adalah akidah dan sistem aturan untuk memberikan solusi atas berbagai permasalahan manusia. Sedangkan thariqah-nya tampak dalam keberadaan tata cara untuk melaksanakan ideologi tersebut dan hal itu dilakukan dengan cara menerapkan aturan tersebut pada bangsa yang menganutnya. Indikasi yang paling tepat atas hal itu adalah ianya dapat diterapkan sistem ini. Kapitalisme telah menguasai sebahagian besar belahan dunia seperti Amerika dan Eropah Barat, hal itu terjadi dengan jalan tegaknya negara.
Dalam kapitalisme juga ada thariqah (metode) atau tata cara untuk menyebarkan ideologi dan mengembannya kepada bangsa-bangsa lain, dan metode tersebut adalah penjajahan. Hal ini telah dilakukan dengan nyata, negara-negara tersebut telah menjajah sebahagian besar negara-negara di dunia dalam kurun waktu yang cukup panjang. Sebagaimana hal itu telah terjadi di wilayah kita dan wilayah-wilayah lain di dunia ini, negara-negara kapitalis ini akan tetap berusaha melaksanakan penjajahan dalam rangka menyebarkan ideologi kapitalismenya kepada bangsa-bangsa lain dengan berbagai macam cara.
Dalam kapitalisme juga ada metode untuk memelihara dan mencegah kemusnahan ideologinya. Hal itu dilakukan dengan cara menjadikan ideologi ini dapat merealisasikan kepentingan dan kemaslahatan pada manusia, dan tidak bertentangan dengan kemaslahatan, kepentingan, dan keinginan manusia, bagaimanapun bentuknya. Inilah yang mendorong manusia untuk menjaga kelestariannya dan mencegah kehancurannya.
Dari paparan ini jelas bahawa kapitalisme merupakan sebuah ideologi yang di dalamnya ada kemungkinan untuk diterapkan dan dijadikan tonggak kebangkitan. Hal ini juga kelihatan juga dari realiti diterapkannya ideologi ini agar dapat membangkitkan bangsa-bangsa yang menganutnya dan mengubah diri sebuah bangsa dengan berlandaskan asasnya. Akan tetapi, kebenaran dan kerosakan kebangkitan ini menjadi sebuah perkara yang memerlukan penjelasan lagi. Inilah yang akan menjadi objek pembahasan fasal berikutnya. Insyaallah.
Sumber: Syekh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)