[Ath-Thariq] Kapitalisme dalam Timbangan Akal dan Fitrah
Penulis: Syekh Ahmad Athiyat
Pada pembahasan yang lalu, kita menjelaskan bahawa yang menentukan kebenaran sesebuah ideologi itu adalah kebenaran asas berfikirnya, atau akidah aqliyah (keyakinan yang bersifat rasional)-nya atau landasan berfikirnya. Semua itu menjadi penghurai simpulan besar (al-uqdat al-qubra) yang menjadi permasalahan manusia.
Kami katakan bahawa terpuasnya akal dan keselarasannya dengan fitrah menjadi dua syarat yang mesti dipenuhi agar pemecahan yang diberikan menjadi pemecahan (solusi) yang benar yang boleh membawa pada kebangkitan. Dalam tulisan ini kami akan cuba menjelaskan kedudukan asas kapitalisme berdasarkan akal dan fitrah.
Kapitalisme dan Akal
Sesungguhnya akidah kapitalisme itu tidak memuaskan akal. Hal ini kerana sebab yang sederhana dan sangat jelas adanya. Kapitalisme tidak membahas masalah penghuraian simpulan besar (hall al-uqdat al-qubra) dan memang belum pernah memerhatikan masalah itu.
Yang telah dilakukannya adalah membahas cara menyelesaikan pertentangan yang ada di antara agamawan (rijal al-din) dan para raja di satu pihak, dengan kaum intelektual yang kafir dan atheis di pihak lain. Hal tersebut dilakukan tidak lain hanyalah untuk menyelesaikan pertentangan di antara dua pihak itu saja. Walaupun pembahasan ini mungkin menghasilkan sebuah pemecahan (solusi), tiada lain hanyalah menjadi solusi untuk masalah itu saja, bukan menjadi solusi atas masalah simpulan yang dituntut solusinya.
Ideologi kapitalisme ini telah tumbuh dan berpijak di atas idea sekularisme (pemisahan agama dari kehidupan), akibat adanya konflik berdarah yang sangat menakutkan di Eropah, antara kaum agamawan dan raja-raja di satu pihak dengan para ilmuwan dan ahli falsafah di pihak lain.
Masing-masing pihak bertegas bahawa pihaknyalah yang berhak untuk menetapkan hukum (sistem) yang akan mengatur kehidupan manusia. Pihak pertama bertegas bahawa merekalah yang memiliki hak itu berdasarkan teori-teori suci dan hak ketuhanan yang dianggap telah dianugerahkan oleh Tuhan pada mereka. Sedangkan pihak kedua berpandangan bahawa apa yang dianggap oleh mereka (pihak pertama) hanyalah bualan dan khayalan semata.
Pertentangan ini terus berlangsung di antara kedua belah pihak dalam jangka waktu yang lama sehingga para kaisar dan raja-raja menunggangi kaum agamawan untuk mengekalkan kekuasaan mereka atas bangsa-bangsa dan untuk menghisap darah dan mengeksploitasi mereka. Dan kaum agamawan melakukan hal itu dengan mengatasnamakan agama.
Para ahli falsafah pun terus melakukan penentangan untuk menghilangkan sama sekali segala sesuatu yang ada kaitannya dengan agama. Hal itu dilakukan sebagai reaksi atas kelakuan buruk kaum agamawan dan para raja yang tergambar dalam berbagai macam bentuk kerosakan, seperti pengampunan dosa dan undang-undang penyingkiran yang sebenarnya tidak ada kaitan sama sekali dengan agama sehingga hal itu mengakibatkan pembalikan gambaran agama yang sebenarnya.
Keadaan tersebut terus berlangsung hingga masuknya pihak ketiga untuk mendamaikan kedua belah pihak yang berseteru tersebut dan mengusulkan sebuah solusi atas permasalahan tersebut yakni ‘solusi jalan tengah’ yang melahirkan idea pemisahan agama dari kehidupan. Mereka yang menciptakan idea ini disebut ‘sekularis’, sedangkan idea mereka itu (pemisahan agama dari kehidupan) disebut sekularisme.
Akibat adanya peristiwa tersebut, timbul dan menyebarlah idea jalan tengah (solusi yang mengompromikan dua pandangan ekstrem), dan diputuskan untuk tidak membahas agama dari segi ada atau tiadanya, yakni dari sudut ada atau tidak adanya pencipta. Dengan kata lain, mereka memutuskan untuk tidak menghuraikan simpulan besar (al-uqdat al-qubra) dan membiarkan manusia dalam kesesatan, kesengsaraan, kebingungan, dan keraguan.
Dengan ini jelaslah bahawa solusi atau asas atau akidah yang menjadi landasan kapitalisme tidaklah dibangun di atas akal, yakni pembahasan yang rasional untuk mencapai solusi yang dapat menghuraikan simpulan besar. Kapitalisme semata dibangun di atas solusi jalan tengah, yakni mengompromikan berbagai sudut pandang yang ada tanpa membahas benar tidaknya pandangan-pandangan tersebut.
Jelas juga bahawa kapitalisme tidak membahas solusi yang dapat menghuraikan simpulan besar. Walaupun mungkin ia telah menghasilkan sebuah solusi atau pemikiran menyeluruh yang menjadi jawapan atas berbagai pertanyaan teka-teki/simpulan (al-uqdat) tersebut, sebenarnya jawapan tersebut bersifat terbatas dan spontan, serta tidak berlandaskan pada pembahasan realiti segala sesuatu agar sampai pada hakikat pembentukannya dan menghasilkan pandangan yang benar padanya.
Dengan demikian, kita telah sampai pada sebuah kesimpulan qath’ie bahawa asas kapitalisme itu rosak dan usang kerana ia tidak dibangun pada akal (rasional), walaupun mungkin asasnya itu dapat disebut rasional, dalam arti dapat difahami dan dicapai oleh akal. Akan tetapi, ia tidak dapat memecahkan simpulan besar (al-uqdat al-kubra) dengan pemecahan yang benar yang dapat memuaskan akal. Dengan demikian, asas tersebut rosak ditinjau dari sudut pandang akal dan tidak dapat menghasilkan sebuah kebangkitan yang benar, kukuh, dan kuat. Oleh kerana itu, kita hendaklah menolak ideologi yang asasnya rosak dari sudut pandang akal ini.
Kapitalisme dan Fitrah
Kami katakan bahawa maksud al-fitrah adalah keperluan jasmani dan naluri, juga telah kami jelaskan bahawa naluri beragama menjadi bahagian terpenting darinya, kerana naluri yang lain dihubungkan dan dikaitkan dengan naluri beragama tersebut, serta kita pun telah membahas idea jalan tengah atau pemisahan agama dari kehidupan (sekularisme), maka dapat kita simpulkan bahawa solusi (al-hallu) ini tidak sesuai dengan naluri beragama (gharizah al-tadayyun) kerana dengan keberadaan naluri beragama dalam fitrah manusia mengharuskan pemenuhan naluri tersebut berlandaskan pada aturan yang ditetapkan Sang Pencipta.
Tiada lain kerana cara memuaskannya adalah dengan menyembah Sang Pencipta untuk meraih keredhaan-Nya. Sedangkan Pencipta-lah yang lebih mengetahui apa yang diredhai-Nya dan manusia tidak akan dapat mengetahui apa yang diredhai Sang Pencipta, kecuali bila manusia diberitahu oleh-Nya.
Bahawasanya Sang Pencipta itu tidak boleh diindera oleh manusia dan dengan tidak adanya aturan ibadah dari Al-Khaliq yang dapat memuaskan naluri beragama dan membentuk hubungan antara pencipta dengan makhluk-Nya, akan mengakibatkan adanya cara pemuasan yang salah atau cacat, dan tidak membuat pemuasan yang benar yang dapat menciptakan kedamaian.
Jika pembuatan aturan tersebut diserahkan pada manusia, dia akan menempuh jalan yang salah dalam menyembah Sang Pencipta. Inilah yang menyebabkan adanya berbagai kebohongan, khurafat, penipuan, kesesatan, dan ketidaktenteraman.
Mengabaikan peranan Al-Khalik dalam kehidupan telah menyalahi fitrah beragama yang meyakini bahawa Sang Pencipta yang menguasai alam semesta ini, hanya Dia-lah yang paling mampu membuat aturan yang menjamin pemecahan segenap persoalan manusia dengan solusi yang benar, yang tentunya dapat merealisasikan ketenteraman, kedamaian, dan kebahagian manusia.
Bahawasanya kapitalisme, meskipun mengakui secara implisit keberadaan Al-Khalik, tetapi pengakuannya itu tidak berlandaskan pada asas yang kukuh, sebagaimana telah kami jelaskan. Bahkan beranggapan bahawa Al-Khalik itu hanya sebuah fikrah jamilah (idealisme), bukan substansi yang boleh dipastikan keberadaannya. Oleh kerana itulah, idea kapitalisme ini mudah goyah tatkala terjadi benturan pemikiran sehingga mengakibatkan hilangnya ketenteraman, sedangkan yang ada di atas solusi sementara ini, yakni idea kapitalisme, menafikan peranan Sang Pencipta.
Semua paparan ini menjelaskan kerosakan asas kapitalisme dari segi ketidaksesuaiannya dengan fitrah manusia. Kita dapat menyimpulkan bahawa kapitalisme itu tidak memuaskan akal dan tidak sesuai dengan fitrah sehingga ia menjadi sebuah ideologi yang rosak yang tidak layak dijadikan landasan kebangkitan yang sahih.
Dalam fasal berikutnya, insyaallah akan kami sodorkan beberapa konsep kapitalisme yang makin menguatkan kerosakan dan kebusukan ideologi ini.
Sumber: Syekh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)