[Kenyataan Media] Satu Lagi Pembunuhan Beramai-ramai, dan Satu Lagi Ejekan Sinis bagi Rekod Tentera Muslim!
Entiti Yahudi melakukan satu lagi siri pembantaian baru di Semenanjung Gaza Selatan, kali ini di wilayah Mawasi sebelah barat Khan Younis, yang sebelumnya diklasifikasikan sebagai wilayah aman oleh pasukan pendudukan tersebut. Pembantaian ini mengakibatkan lebih dari 350 orang syahid dan mengalami kecederaan. Selain itu, pembantaian lain turut terjadi di sebuah masjid di Kamp Al-Shati’, yang memakan korban 17 orang syahid. Mayat para syuhada dan mangsa cedera parah bergelimpangan di jalananan akibat serangan bertalu-talu yang dilancarkan oleh entiti Yahudi, mensasarkan khemah-khemah pelarian. Kementerian Kesihatan di Gaza mengumumkan dalam sebuah kenyataan pada hari Sabtu, 13 Julai 2024 pukul 13.00, bahawa jumlah mangsa pembantaian mengerikan yang dilakukan oleh tentera pendudukan terhadap penduduk dan pelarian di daerah Mawasi di wilayah Khan Younis sehingga kini mencapai lebih dari 71 orang syahid, manakala 289 orang mengalami kecederaan, termasuk cedera parah. Jumlah syuhada semakin bertambah dan dijangka mencapai seratus nyawa kerana mayat-mayat terus dibawa ke hospital. Salah satu serangan udara mensasarkan krew pertahanan awam yang berusaha menyelamatkan mangsa, sekaligus mengakibatkan sebahagian mereka turut terkorban.
Sementara itu, Perdana Menteri entiti Yahudi, Benjamin Netanyahu, dalam sebuah sidang media, memuji situasi tersebut, sebuah operasi yang digambarkan sebagai Operasi Mawasi setelah menyampaikannya kepada Shin Bet. Dia mendakwa mengetahui bahawa tidak ada tahanan di sekitar lokasi serangan udara. Dia bahkan berkeras bahawa serangan tersebut bertujuan untuk melenyapkan para pemimpin Palestin, mengabaikan fakta bahawa sebaliknya orang awam yang tidak bersalah dan tidak bersenjata tewas dalam pembantaian tersebut. Tidakkah darah para perwira di Mesir dan Jordan mendidih mendengarkan hal ini!?
Entiti Yahudi gagal mencapai matlamatnya untuk memberantas gerakan perlawanan, dengan terlalu terlibat dalam perang ini dan tidak mampu menarik atau menghentikan para pejuang. Kekuatannya diperoleh dari dukungan internasional dan persekongkolan negara-negara tetangga serta negara-negara Muslim lainnya. Entiti ini telah memberikan legitimasi kepada dirinya sendiri untuk memusnahkan saudara kita di Tanah Suci tanpa berkedip atau mempertimbangkan siapa pun. Mereka memperhebatkan pembunuhan terhadap umat Islam di Gaza dan Tebing Barat dengan kezaliman dan kebiadaban yang belum pernah terjadi sebelumnya, bahkan melampaui pembunuhan terhadap haiwan liar. Mereka tanpa belas kasihan telah membantai orang tua mahupun muda, perempuan dan kanak-kanak, mensasarkan makhluk hidup apa pun, dan dengan sengaja mengebom tempat-tempat perkumpulan, tempat penampungan, hospital, dan point pertahanan awam. Mereka sengaja menyekat semua cara untuk penduduk terus bertahan hidup, dan sesiapa saja yang cuba membantu mereka agar tetap tabah (dengan keadaan ini).
Orang-orang Yahudi mengisolasi Semenanjung Gaza dan rakyatnya dengan cara yang memalukan dan merendahkan. Mereka adalah pasukan yang rapuh, lemah, dan pengecut yang dikhabarkan oleh Rabb Pemilik Kemuliaan:
﴿لا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعاً إِلَّا فِي قُرًى مُحَصَّنَةٍ أَوْ مِنْ وَرَاءِ جُدُرٍ بَأْسُهُمْ بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعاً وَقُلُوبُهُمْ شَتَّى ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَ﴾ “
“(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).“ (TMQ Al-Hasyr [59]:14)
Orang-orang ini adalah orang yang paling tamak dalam hidup. Bayangkan, wahai umat Islam, orang-orang paling hina ini memperparahkan situasi kelaparan dan pemusnahan kaum Muslim di Gaza dengan pembantaian demi pembantaian, dan memutuskan segala sarana kehidupan bagi mereka. Dan semua ini terjadi pada sebidang tanah kecil di jantung negeri kaum Muslim! Umat yang Rasulullah (saw) gambarkan sebagai satu tubuh, yang ketika salah satu bahagiannya sakit, maka bahagian tubuh yang lain akan merespon dengan demam dan kesulitan tidur.
﴿وَمَا لَكُمْ لَا تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيّاً وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيراً﴾ “
“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)”.” (TMQ An-Nisaa’ [4]:75)
Lantas bagaimana tanggapan anda, wahai umat Islam, terhadap bahagian tubuh umat ini? Apakah kita kehabisan senjata dan sumber manusia? Di manakah para ulama, pemimpin, dan orang-orang berpengaruh? Di mana kalian yang sepatutnya menyeret pasukan kalian untuk memaksa mereka mendukung saudara-saudara kita? Apakah kalian belum membaca biografi Al-Izz bin Abdussalam? Berapa lama lagi kalian akan berdiam diri, wahai tentera umat Islam, sementara Gaza sedang dibantai dan kaum Yahudi terus melakukan kezaliman mereka, memimpikan sebuah negara Yahudi di Tanah Suci? Apa yang kalian tunggu? Apakah kalian menunggu rakyat Palestin dimusnahkan dan melihat bendera Yahudi berkibar di Masjid Al-Aqsa atau tangan mereka mencengkam sekeliling Palestin?!
﴿وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْماً غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ﴾
“Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.” (TMQ Muhammad [47]:38)
Bahagian Muslimah
Pejabat Media Pusat
Hizb ut Tahrir