[At-Thariq] Sosialisme dalam Pertimbangan Akal dan Fitrah (Bahagian 2/2)
Penulis: Syeikh Ahmad Athiyat
Apa yang dilakukan oleh sosialisme dalam proses penetapan hukum atas hakikat Pencipta dan kaitannya dengan alam semesta adalah ibarat mereka meletakkan kewujudan kereta setelah kuda (kata kiasan), bukan sebaliknya. Maksudnya, sosialisme menetapkan hukum terlebih dahulu kemudian mereka mencari alasan atau dalih untuk membenarkan sesuatu.
Sosialisme menyatakan bahawa Pencipta itu tidak ada -dengan kata lain, tidak ada Tuhan dan kehidupan hanyalah jirim belaka- seraya mula mencari alasan tentang kewujudan alam semesta, manusia dan kehidupan yang dapat membenarkan idea mereka.
Ketika melihat keberpihakan uslub seperti ini, adalah sangat pasti si pembahas itu akan tersesat dan sampai pada kesimpulan yang keliru. Ini kerana, pembahas yang berat sebelah (tidak adil) -seperti sosialisme dalam kes ini- biasanya akan berlindung dengan mengelakkan semua sebab yang bercanggah dengan kesimpulan yang telah ditetapkannya terlebih dahulu.
Tidak kira betapa kuat dan jelasnya hujah-hujah terhadap idea-ideanya, dia akan berlindung -daripada tunduk dan mengakui- di bawah pemikiran yang salah (paralogisme) dan kepandaian memutarbelitkan (sophisms) serta idea-idea linguistik dengan tujuan agar idea-ideanya dilihat benar.
Inilah yang dilakukan oleh sosialisme apabila ia menidakkan kewujudan Pencipta sebagai kesimpulan yang tidak disangkal dan mula menghapuskan segala yang bercanggah dengan akidahnya.
Oleh kerana itu, sebenarnya, apabila mereka bertembung dengan desakan maklumat awal (maklumat sabiqah) untuk berfikir, mereka sebaliknya berselindung di sebalik dalih yang dibuat-buat dan pelbagai khayalan serta bermain kata-kata, untuk menetapkan bahawa tidak perlu maklumat awal ini kerana pengakuan akan pentingnya maklumat awal akan menafikan dan menolak idea mereka dari akarnya.
Oleh kerana itu, sesungguhnya ketika mereka berbenturan dengan urgensi informasi awal (maklumat sabiqah) untuk berpikir, mereka malah berlindung di balik dalih yang dibuat-buat dan berbagai imajinasi serta permainan kata-kata, untuk menetapkan ketidakbutuhan akan informasi awal tersebut kerana pengakuan akan pentingnya informasi awal akan menafikan dan menegasikan ide mereka dari akarnya.
Oleh kerana itulah, mereka berkhayal bahawasanya manusia pertama itu memiliki akal yang berbeza dengan akal kita sekarang ini, walhal keadaan sebaliknyalah yang benar, kerana cara membuat kias (analogi) yang benar adalah dengan menganalogikan sesuatu yang tiada atas sesuatu yang ada, bukan sebaliknya.
Pada asasnya, definisi mestilah mengandungi sesuatu yang pasti (qath’iy)—seperti yang telah kita jelaskan sebelum ini—bukannya sesuatu yang boleh mengundang anggapan (zhanniy). Dengan demikian, semua penjelasan telah berjaya menjelaskan ketidaksesuaian sosialisme dengan akal.
Sosialisme dan Fitrah
Sebagaimana sosialisme telah melanggar dan tidak dapat memuaskan akal, begitu juga ia telah melanggar dan tidak sesuai dengan fitrah. Walaupun sosialisme telah menafikan unsur asas akal iaitu maklumat awal dan tidak mengiktiraf sesuatu yang semula jadi pada manusia secara mutlak, dan terdapat contoh-contoh yang jelas tentang penafian ini yang seterusnya menjadikan sosialisme bertentangan dengan fitrah. Tetapi saya hanya akan memberikan dua contoh pemikiran sosialisme yang bertentangan dengan alam semula jadi. Dua contoh ini adalah seperti berikut :
- Naluri Beragama
Komunisme telah menafikan kewujudan Pencipta. Marx telah menyatakan bahawa agama adalah candu manusia (bangsa) dan agama adalah kesedaran palsu tentang alam, kerana sebenarnya manusia yang membina agama itu, dan bukan sebaliknya sebagaimana kelemahan dan kejahilan adalah dua sumber akhlak dan agama. Agama ini tidak akan diikuti melainkan oleh mereka yang lemah akalnya, yang kemudiannya tidak sesuai dengan fitrah manusia.
Kecenderungan agama dalam diri manusia adalah sesuatu yang pasti wujud, dan ketiadaan pengakuan akan kewujudan naluri ini hanya akan melahirkan musibah dan kesengsaraan manusia. Sikap tidak mengiktiraf kewujudan naluri agama adalah seperti tidak menyedari hakikat bahawa manusia kehausan memerlukan air.
- Kepemilikan
Penganut komunisme menafikan keperluan manusia terhadap pemilikan dan mereka menganggapnya sebagai hasil daripada persekitaran dan sesuatu yang diperoleh daripada masyarakat. Antara matlamat mereka termasuklah penghapusan hak pemilikan manusia dan usaha untuk mewujudkan masyarakat di mana penduduk tidak mempunyai hak pemilikan. Mereka melakukan semua ini tanpa menyibukkan diri, walaupun untuk seketika, untuk membincangkan hakikat perkara itu. Sekiranya mereka mengambil perkara ini dengan cara yang mudah dan tanpa sebarang kerumitan, kemudian mereka cuba merampas sesuatu dari tangan anak kecil yang masih belum cukup mengetahui hakikatnya, dan tidak belajar apa-apa daripada persekitaran dan masyarakat, pasti mereka akan melihat betapa marahnya kanak-kanak itu dan dia akan cuba mempertahankan haknya Mereka akan mengembalikan diri mereka dan alam ini dari buih yang telah mereka tuangkan ke atas alam, sedangkan buih itu telah membawa kesengsaraan serta malapetaka bagi manusia.
Dari apa yang telah kami paparkan itu, tampak jelaslah kerosakan sosialisme yang bertentangan dengan akal dan fitrah ini.