[Pemikiran Politik Islam] Konsep-Konsep Politik
Penulis: Syeikh Abdul Qadim Zallum
Pemahaman terhadap politik luar negeri merupakan suatu keperluan penting untuk melindungi keberadaan negara dan umat. Pemahaman ini juga merupakan pra-syarat utama untuk dapat menyampaikan dakwah ke seluruh dunia dan suatu langkah penting dalam menjalin hubungan baik antara umat dengan bangsa lain.
Umat Islam diwajibkan untuk menyampaikan dakwah kepada seluruh umat manusia. Oleh sebab itu, umat Islam perlu berinteraksi, peduli, dan memahami permasalahan mereka, serta mengetahui motivasi setiap negara dan bangsa. Umat Islam juga hendaklah mengikuti setiap peristiwa politik di dunia, serta mengamati gaya berpolitik setiap negara dan perilaku mereka dalam berhubungan dengan negara lain, termasuk juga memahami manuver-manuver politik yang mereka lakukan.
Oleh sebab itu, merupakan suatu kemestian bagi kaum muslim untuk menyedari realiti dunia Islam dalam situasi politik internasional. Ini dimaksudkan untuk mengetahui aktiviti dan gaya politik yang diperlukan untuk menegakkan Negara Islam dan menyampaikan dakwah ke seluruh dunia.
Dengan demikian, sangat penting bagi kaum muslim untuk memahami dengan sebaik-baiknya situasi internasional dan selok-beloknya. Mereka juga wajib memahami kedudukan negara-negara di dunia yang berpengaruh pada situasi politik internasional.
Pada saat ini, semua negara di dunia merupakan musuh Islam. Ini kerana mereka (negara-negara ini) memeluk agama dan ideologi lain yang bertentangan dengan Islam, serta menggunakan sudut pandang yang bertentangan secara diametral dengan sudut pandang Islam. Negara-negara adidaya lebih dari sekadar musuh Islam kerana mereka mempunyai kepentingan dengan wilayah negeri-negeri Islam.
Oleh kerana itulah, mereka melenyapkan Negara Islam untuk menghancurkan umat Islam. Mereka menyiapkan rencana jangka panjang untuk mencegah kembalinya negara Islam agar umat Islam tidak dapat mengembalikan kejayaannya di antara umat-umat lainnya. Mereka sibuk merancang rencana dan berusaha membuai umat Islam sebelum umat berjuang untuk kebangkitannya.
Mereka akan meneruskan usahanya menentang umat Islam beserta eksistensi dan kekuatannya, selama Negara Islam masih tegak berdiri atau selagi mereka memiliki kekuatan, baik sebagai negara, bangsa, atau bahkan sebagai individu. Kebijakan atau dasar politik setiap negara merupakan perkara pokok yang perlu difahami oleh setiap politisi muslim. Oleh kerana itu, pengetahuan tentang berbagai sifat, rahasia, rencana, gaya, dan kemampuan negara-negara adidaya merupakan hal yang sangat penting bagi setiap muslim.
Rincian dan pengetahuan praktis mengenai hal ini, perubahan yang terjadi setiap hari, alasan yang mendasari, serta asas kebijakan negara-negara adidaya merupakan pengetahuan pokok bagi ahli politik dan pemikir muslim. Pemahaman dan pengetahuan tersebut berguna untuk melindungi umat, mengamankan negara dan umat Islam, serta menyampaikan dakwah Islam ke seluruh dunia.
Sumber: Syeikh Abdul Qadim Zallum, Pemikiran Politik Islam, Upaya Membumikan Politik Sebagai Mainstream Gerakan.