[Pemikiran Politik Islam] Politik Adalah Pemahaman tentang Berbagai Kemungkinan
Penulis: Syeikh Abdul Qadim Zallum
Politik adalah pemikiran-pemikiran yang berhubungan dengan pengurusan kepentingan umat. Pemikiran-pemikiran tersebut boleh saja berupa pedoman, keyakinan, perundangan, serta berbagai aktiviti yang telah, sedang, atau akan terjadi, mahupun berupa informasi-informasi.
Apabila pemikiran itu berhubungan dengan realiti yang sedang atau akan terjadi, maka pemikiran itu adalah politik. Apabila pemikiran tersebut berhubungan dengan realiti yang terjadi pada masa lalu, baik yang baru saja terjadi atau sudah lama sekali berlalu, maka pemikiran itu disebut sejarah.
Itulah sebabnya, sejarah pada awalnya adalah aktiviti politik, lalu aktiviti politik akan menjadi sejarah. Sejarah dapat berupa realiti yang tidak berubah mengikuti keadaan, atau boleh jadi merupakan realiti yang berubah mengikuti keadaan tertentu. Realiti yang tidak berubah mengikuti keadaan perlu dipelajari sebaik-baiknya.
Sebaliknya, realiti yang berubah mengikuti suatu keadaan atau keadaan tertentu tidak perlu dijadikan pedoman. Para pembaca hendaklah berwaspada terhadap sejarah jenis kedua ini agar mengadopsinya begitu sahaja, selain pada keadaan di mana realiti itu terjadi. Jika tidak, hal ini boleh mengakibatkan kesalahan dan menimbulkan bahaya.
Seseorang dilihat dari kedudukannya sebagai manusia atau individu yang hidup di dunia ini, merupakan seorang ahli politik, menyukai aktiviti politik, dan akan terlibat dalam politik. Hal ini disebabkan kerana dia beraktiviti mengurus kepentingannya, kepentingan orang-orang yang menjadi tanggungjawabnya, atau kepentingan umatnya, serta mengurusi kepentingan pemikiran-pemikiran dan ideologinya.
Namun demikian, hanya individu-individu, kelompok-kelompok, negara-negara, atau kerjasama sejumlah negara yang terjun mengurus kepentingan bangsa, negara, dan wilayahnya sajalah yang secara alamiah menjadi ahli politik. Ini disebabkan oleh pekerjaan, kehidupan, serta kebijakan mereka.
Oleh kerana itu, mereka menjadi ahli politik ulung dan layak menyandang sebutan ahli politik. Istilah ahli politik ini tidak ditujukan kepada individu biasa yang berfikir dan beraktiviti secara terbatas dalam rangka mengurus berbagai kepentingan dalam hidupnya. Pembahasan tentang politik hanya melibatkan para ahli politik, bukan semua individu.
Para pakar politik mendefinisikan politik sebagai seni memahami berbagai realiti yang mungkin terjadi (fannu mumkin). Definisi ini tidak salah, tetapi akan keliru apabila definisi ini hanya dibatasi untuk menyebut persoalan-persoalan atau realiti yang ada saat ini. Ini kerana, jika demikian bererti kenyataan (realisme) difahami dengan cara yang salah, iaitu hanya mengkaji realiti dan beraktiviti sesuai realiti yang ada.
Pemahaman ini merupakan pemahaman yang keliru. Kalau pemahaman ini benar, tentu tidak akan dikenal adanya sejarah mahupun kehidupan politik. Ini kerana sejarah menggambarkan perubahan suatu realiti, sedangkan kehidupan politik adalah bergantinya peristiwa menuju yang lain.
Oleh sebab itu, mendefinisikan politik sebagai seni memahami berbagai realiti yang mungkin, sebagaimana yang difahami kebanyakan orang dan ahli politik pada hari ini (yang dibatasi pada realiti yang ada saat ini) merupakan sebuah kekeliruan.
Namun demikian, sejauh kata “realiti yang mungkin” ini difahami sebagai lawan kata “realiti yang mustahil”, maka definisi ini tidaklah salah. Ini kerana politik bukanlah seni memahami realiti yang mustahil terjadi. Pemikiran-pemikiran yang tidak berkaitan dengan realiti bukanlah politik, tetapi semata-mata premis-premis logik dan utopia.
Sebuah pemikiran boleh digolongkan sebagai pemikiran politik jika berkaitan dengan realiti yang mungkin terjadi. Oleh kerana itu, politik adalah seni memaham realiti-realiti yang mungkin terjadi, bukan yang mustahil terjadi.
Politik tidak membahas realiti yang mustahil terjadi. Demikian pula, politik tidak terkait dengan pragmatikme kerana bertentangan dengan sejarah. Ini kerana tidak adanya perubahan realiti sama ertinya dengan tiadanya aktiviti politik, pun sejarah tidak akan ada.
Jadi, sejarah tidak lain adalah perubahan realiti menuju realiti lainnya. Dengan demikian, politik memang seni memahami realiti-realiti yang mungkin terjadi, bukan yang mustahil terjadi.
Rasulullah saw. turut memandang politik sebagai seni memahami realiti yang mungkin terjadi, bukan yang mustahil terjadi. Oleh sebab itu, beliau mengganti kemusyrikan dengan Islam, serta menjadikan pemikiran-pemikiran dan hukum-hukum Islam sebagai solusi permasalahan umat. Beliau saw. juga mengganti pemikiran-pemikiran yang syirik dan kufur.
Imperialisme, khususnya imperialisme Barat, sepenuhnya menyadari kekuatan Islam dan ancaman yang akan muncul jika Islam kembali ke kancah kehidupan. Oleh sebab itu, mereka memberikan pemahaman yang pragmatik tentang politik, lalu menyebarluaskannya kepada kaum muslim. Mereka juga menggunakannya sebagai dasar bagi aktiviti politik mereka.
Bagi mereka, politik merupakan seni memahami realiti yang mungkin terjadi, iaitu beraktiviti sesuai realiti yang ada saat ini. Mereka menyebut apa pun yang bukan bahagian dari realiti saat ini sebagai utopia dan angan-angan belaka. Ini semata-mata untuk menjauhkan kaum muslim dari Islam dan pemikiran Islam.
Pemahaman pragmatik yang tunduk pada realiti ini juga menyebabkan umat tidak berfikir untuk mengubah realiti. Oleh kerana itu, pemahaman politik ini mesti ditolak. Hendaklah pula difahami bahawa politik mempunyai makna mengurus dan memelihara kepentingan umat sesuai dengan hukum dan aturan Islam, bukan berdasarkan realiti atau keperluannya.
Sumber: Syeikh Abdul Qadim Zallum, Pemikiran Politik Islam, Upaya Membumikan Politik Sebagai Mainstream Gerakan.