PERJUANGAN UNTUK PALESTIN – BAHAGIAN 2
PERTUDUHAN ANTI-SEMITISME
6. BAGAIMANA PENJAJAHAN ZIONIS KE ATAS PALESTIN TETAP BERTERUSAN WALAUPUN SAIZ WILAYAHNYA KECIL?
Entiti haram itu dilahirkan oleh Britain dan bergantung sepenuhnya pada Britain untuk kelangsungan hidup. Peranan Britain kemudian digantikan oleh Amerika Syarikat, dan kebergantungan entiti haram ini terhadap kuasa besar tetap tidak berubah.
Peperangan terbaru ini telah menyingkap pekung di dada bahawa mereka tidak akan dapat bertahan walaupun seminggu tanpa bantuan kecemasan yang berterusan dari luar.
Pendudukan entiti haram ini juga dikuatkan oleh keterlibatan pemimpin-pemimpin Muslim di negara-negara sekitarnya. Mereka terus mengukuhkan lagi kedudukan entiti ini secara rahsia mahupun terang-terangan bahkan sanggup menggadaikan rakyat mereka sendiri.
Institusi-institusi antarabangsa yang juga ditubuhkan oleh negara yang melahirkan entiti haram ini, melindungi ‘anak’ mereka dari dikenakan hukuman.
Semua tindakan ini dan tindakan lainnya secara artifisial meningkatkan persepsi tentang kekuatan dan ketahanan entiti ini. Walaupun kenyataannya, entiti ini jauh lebih rapuh dari sarang labah-labah.