PERJUANGAN UNTUK PALESTIN – BAHAGIAN 2
PERTUDUHAN ANTI-SEMITISME
7. KENAPA MUSLIM DITUDUH ANTI-SEMITISME APABILA MEREKA MENYOKONG PALESTIN?
Tuduhan anti-semitisme adalah kiasan lama yang digunakan untuk menutup sebarang kritikan terhadap pendudukan Zion!s.
Ia adalah tuduhan yang dialu-alukan dan sangat menggembirakan Barat kerana ia menutup fakta bahawa anti-semitisme sebenarnya berakar dari sejarah mereka di Eropah.
Tuduhan anti-semitisme sengaja disalahertikan dengan menggabungkan Yahudi sebagai bangsa dan Yahudi sebagai entiti pendudukan. Yang bermasalah adalah sebagai entiti pendudukan, bukan kerana mereka adalah Yahudi, tetapi kerana mereka adalah entity pendudukan. Maka, yang dikritrik adalah pendudukannya, bukanlah identiti si penjajah.