Pelaburan dan Pengurusan Modal Asing di Negara Khilafah
Oleh: Gus Syams
(Kajian Kitab Muqaddimah ad-Dustuur Perkara 164)
Kajian Kitab edisi kali ini membincangkan Perkara 165 mengenai larangan pelaburan dan pengurusan modal asing di negara Khilafah, termasuk larangan memberikan hak-hak istimewa kepada pihak asing. Redaksi perkara tersebut berbunyi:
يُمْنَعُ اِسْتِغْلاَلُ وَاسْتِثْمَارُ اْلأَمْوَالِ اْلأَجْنَبِيَّةِ فِي الْبِلاَدِ كَمَا يُمْنَعُ مَنْحُ اْلاِمْتِيَازَاتِ لِأَيِّ أَجْنَبِّيٍ .
Pelaburan dan pengurusan modal asing di semua negara adalah dilarang seperti pemberian hak istimewa kepada pihak asing juga dilarang.
Perkataan al-istitsmaar (pelaburan) dan kata al-istighlaal (pengurusan modal asing) merupakan dua perkataan yang berasal dari Barat. Kata istitsmaar bermaksud menjadikan aset menghasilkan keuntungan (pelaburan). Istitsmaar (pelaburan) ialah memberi harta dengan riba.
Adapun perkataan al-istighlaal (pengurusan modal asing) bermaksud mengurus aset dalam sektor perindustrian, pertanian dan perdagangan untuk mendapatkan keuntungan.
Berdasarkan definisi dan maksud tersebut, semua pelaburan adalah dilarang. Sebab, ia ialah riba, dan riba adalah haram. Ketetapan atas pelaburan asing semata-mata berdasarkan pada hukum syarak, iaitu haram bagi harbi (rakyat negara kafir harbi) menjalankan pengurusan modal yang disertai riba. Ketentuan ini sama dengan kafir zimmi dan muslim tanpa ada perbezaan. Ini berdasarkan keumuman firman Allah SWT.:
وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْۚ ٢٧٥
“Allah telah mengharamkan riba.” [TMQ al-Baqarah (2): 275].
Tidak ada satu nas pun yang sahih yang mengkhususkan ayat ini untuk riba tertentu. Dengan demikian, ia tetap pada keumumannya, baik riba yang diamalkan di negara Islam atau negara kafir.
Memang ada hadis Nabi SAW. berikut:
رِبَا بَيْنَ الْمُسْلِمِيْنَ وَأَهْلِ الْحَرْبِ فِي دَارِ الْحَرْبِ
“Tidak ada riba antara umat Islam dan penduduk negara kafir harbi di negara kafir harbi.”
Hadis ini telah mengkhususkan keumuman ayat-ayat yang mengharamkan riba secara umum. Sudah tentu tidak boleh dikatakan demikian, kerana hadis ini dhaif. Hadis ini mursal daripada Makhul. Imam Syafie menilai hadis ini dalam Kitab Al-Umm sebagai tidak tsaabit dan tidak boleh dijadikan hujah. Ibnu Muflih berkata bahawa hadis ini adalah khabar majhuul (tidak diketahui).
Maka, hadis ini tidak layak dijadikan hujah atas kebolehan riba. Hadis ini juga tidak mengkhususkan ayat tentang pengharaman riba. Keharaman riba tetap umum. Oleh itu, pelaburan modal asing yang berasaskan riba juga adalah haram. Sama seperti pelaburan modal yang dimiliki oleh rakyat dari kalangan umat Islam atau kafir zimmi tanpa sebarang perbezaan. Sebabnya, ia mengandungi riba, sedangkan riba itu haram.
Menguruskan modal asing juga haram. Sebabnya, ia boleh membawa kepada keharaman. Ini sesuai dengan kaedah:
اَلْوَسِيْلَةُ إِلَى اْلحَرَامِ حَرَامٌ
Sarana yang mengantarkan kepada keharaman adalah haram.
Dalam pengharamannya cukup dengan dugaan kuat. Jadi, bagaimanakah pengurusan modal asing boleh membawa kepada keharaman yang pasti? Bukti indera dan pelbagai maklumat yang boleh dipercayai kebenarannya menunjukkan bahawa pengurusan modal asing di sesebuah negara adalah jalan yang benar-benar luas untuk campur tangan orang kafir terhadap negara tersebut. Oleh itu, memberi laluan kepada campur tangan mereka adalah haram.
Mengenai hak istimewa (privileges), ia sebenarnya adalah istilah Barat. Ia mempunyai dua maksud: Pertama, ialah memberikan hak tertentu kepada negara asing dalam sesebuah negara yang berbeza dengan negara lain. Dengan mengandaikan ini adalah wajib diberikan oleh negara Islam kepada negara tersebut. Ini sama seperti hak istimewa yang diberikan oleh negara Islam pada abad ke-19 ketika negara Islam lemah. Contohnya, hak istimewa untuk England dan Perancis di Mesir. Contoh: warganegara asing dihukum dengan undang-undang negara mereka. Bukan dengan dengan undang-undang Islam. Akibatnya, negara Islam seperti tidak mempunyai kuasa ke atas orang asing (kafir).
Hak-hak Istimewa dengan maksud seperti ini adalah haram dari dua sudut:
(1) Hak-hak istimewa tersebut telah melanggar kedaulatan negara Islam dan menjadikan negara-negara kafir mempunyai kuasa ke atas negara Islam. Hal ini haram secara pasti.
(2) Hak-hak istimewa ini menghalang penerapan hukum Islam ke atas non-muslim dalam negara Islam dan menjadikan hukum kufur untuk diterapkan. Hal ini adalah haram secara pasti. Oleh itu, hak istimewa dengan makna seperti ini adalah dilarang.
Kedua, ialah memberi lesen pada satu perbuatan dari perbuatan yang mubah, dengan melarang selain orang yang diberi (lesen). Ini juga adalah haram. Ia sama seperti sama ada lesen itu diberikan kepada warga asing atau bukan warga asing. Sebab, semua yang mubah adalah mubah untuk semua orang. Mengkhususkan hanya kepada orang tertentu dan melarangnya kepada orang lain tertentu adalah tindakan mengharamkan yang mubah kepada manusia.
Benar. Negara boleh mengatur perkara mubah ini dengan uslub-uslub yang membolehkan manfaatnya secara terbaik. Cuma, peraturan tersebut tidak boleh mengharamkan yang mubah (halal) kepada seseorang.
Dengan demikian hak istimewa dengan maksud seperti ini juga haram, bagi orang asing atau tidak. Ia hanya disebutkan kepada orang asing kerana pemberian hak istimewa kepada mereka mendatangkan bahaya. Kerana, hal itu boleh menyebabkan mereka mempunyai dominasi dalam negara Islam. Ini sama seperti hak-hak istimewa ke atas minyak.
WalLaahu a’lam.
Sumber: Alwaie