Pengkhususan Al-Kitab (Bahagian 1)
Oleh: Ustaz Yahya Abdurrahman
Takhsîsh al-Quran dan as-Sunnah kadang terjadi dengan dalil yang independen (mustaqill[un]), yakni melalui kalimat sempurna yang terpisah dari kalimat sempurna, yang mencakup lafaz umum yang dikhususkan. Adakalanya dengan nas yang tidak independen (ghayru mustaqill[in]), yakni dengan lafaz yang masih menjadi bahagian dari kalimat yang mencakupi lafaz umum yang dikhususkan, dan ini selalu bersambung (muttashilun). Hal ini melalui empat jenis lafaz iaitu: sifat (ash-shifah), syarat (asy-syarthu), hitungan (al-‘adad) dan tujuan (al-ghâyah).
Takhsîsh dengan nas yang independen (mustaqill[un]), ini ada dalam dua bentuk: Pertama, bersifat mustaqill[un] muttashil[un], yakni kalimat sempurna yang mengkhususkan itu ada dalam dalil atau nas (ayat atau hadis) yang sama dan bahkan kadang datang langsung setelah yang dikhususkan. Kedua, dengan nas yang mustaqill[un] munfashil[un], yakni yang mengkhususkan itu ada pada dalil atau nas (ayat atau hadis) yang lain. Kedua bentuk ini dapat dinilai sebagai pengkhususan yang terpisah (munfashil[un]).
Takhsîsh dalil syariah, yakni dalam konteks hukum syariah, hanya terjadi melalui dalil syariah juga, iaitu al-Kitab, as-Sunnah, Ijmak Sahabat atau Qiyas yang ‘illat-nya ‘illat syar’ieah. Pengkhusuan itu hanya terhadap nas syariah yang memiliki dalaalah yang bersifat umum. Itu hanya nas yang berupa lafaz yakni al-Quran dan as-Sunnah. Adapun terhadap Ijmak Sahabat dan Qiyas maka tidak terjadi pengkhususan.
Takhsîsh al-Quran terjadi dengan al-Quran, as-Sunnah, Ijmak Sahabat atau Qiyas syar’ie. Takhsîsh as-Sunnah terjadi dengan al-Quran, as-Sunnah, Ijmak Sahabat atau Qiyas syar’ie. Takhsîsh itu boleh terjadi melalui dalaalah secara manthûq mahupun melalui mafhûm, termasuk mafhûm al-muwâfaqah mahupun mafhûm al-mukhâlafah.
Pengkhususan al-Quran dengan al-Quran
Takhsîsh al-Quran dengan al-Quran boleh terjadi. Hal itu kerana dua alasan. Pertama: Semua al-Quran, baik yang dikhususkan dan yang mengkhususkan sama-sama dibawa oleh wahyu secara makna dan lafaznya. Kerana itu yang satu boleh mengkhususkan yang lain. Kedua: Takhsîsh ayat al-Quran dengan ayat al-Quran itu benar-benar terjadi di dalam al-Quran. Ini menunjukkan bahawa pengkhususan ayat al-Quran dengan ayat al-Quran adalah boleh.
Adapun firman Allah SWT:
لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيۡهِمۡ ٤٤
”Agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka”. (TMQ an-Nahl [16]: 44).
Ayat ini tidak menghalang penjelasan al-Quran dengan al-Quran. Ayat ini menjelaskan bahawa penjelasan itu datang melalui Rasul SAW baik al-Quran mahupun as-Sunnah. Jadi al-Quran menjelaskan al-Quran kerana sama-sama dinyatakan melalui lisan Rasul SAW meski lafaznya dari Allah. Apalagi Allah SWT berfirman:
وَنَزَّلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ تِبۡيَٰنٗا لِّكُلِّ شَيۡءٖ ٨٩
”Kami telah menurunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu”. (TMQ an-Nahl [16]: 89).
Al-Quran termasuk dalam cakupan kata syay’[in]. Dengan begitu, al-Quran juga menjalaskan al-Quran. Takhshîsh itu termasuk penjelasan (al-bayân). Jadi al-Quran dapat dikhususkan oleh al-Quran.
Contoh Pengkhusan al-Quran dengan al-Quran
Takhsîsh al-Quran dengan al-Quran yang bersifat mustaqill[un] muttashil[un] (independen dan bersambung), yakni nas yang independent, tetapi masih dalam ayat yang sama. Contohnya selain dalam TMQ al-Baqarah [2]: 185, juga dalam firman Allah berikut:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قُمۡتُمۡ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغۡسِلُواْ وُجُوهَكُمۡ وَأَيۡدِيَكُمۡ إِلَى ٱلۡمَرَافِقِ وَٱمۡسَحُواْ بِرُءُوسِكُمۡ وَأَرۡجُلَكُمۡ إِلَى ٱلۡكَعۡبَيۡنِۚ وَإِن كُنتُمۡ جُنُبٗا فَٱطَّهَّرُواْۚ وَإِن كُنتُم مَّرۡضَىٰٓ أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوۡ جَآءَ أَحَدٞ مِّنكُم مِّنَ ٱلۡغَآئِطِ أَوۡ لَٰمَسۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمۡ تَجِدُواْ مَآءٗ فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدٗا طَيِّبٗا ٦
”Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu”. (TMQ al-Maidah [5]: 6).
Firman Allah “fa[a]ghsilû wujûhakum…ilâ al-ka’bayn” bersifat mustaqill[un] kerana merupakan kalimat sempurna. Firman Allah “fa in kuntum junuban fa[i]ththahharû” juga merupakan kalimat sempurna. Firman Allah berikutnya “wa in kuntum mardhâ … falam tajidû mâ`an fatayammamû sha’îdan thayyiban” juga mustaqill[un] kerana berupa kalimat sempurna. Ini sekaligus mengkhususkan dua kalimat sempurna sebelumnya. Maksudnya, orang yang ingin bersuci dari hadas kecil atau dari junub, tetapi tidak menemukan air, maka bertayamum. Jadi ini mengkhususkan perintah untuk berwudhuk atau bersuci dari junub menggunakan air, yang dinyatakan dalam dua kalimat sempurna sebelumnya di ayat yang sama.
Adapun takhsîsh al-Quran dengan ayat independen dan terpisah (mustaqill[un] munfashil[un]) maka banyak terjadi. Contohnya, Allah SWT berfirman:
وَٱلۡمُطَلَّقَٰتُ يَتَرَبَّصۡنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلَٰثَةَ قُرُوٓءٖۚ ٢٢٨
”Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quruu’” (TMQ al-Baqarah [2]: 228).
Ayat ini menyatakan, wanita yang ditalak masa iddahnya tiga quruu’, yakni yang raajih tiga kali haid. Ini bersifat umum untuk wanita yang ditalak apapun keadaannya. Hanya saja, ayat ini dikhususkan oleh firman Allah SWT:
وَٱلَّٰٓـِٔي يَئِسۡنَ مِنَ ٱلۡمَحِيضِ مِن نِّسَآئِكُمۡ إِنِ ٱرۡتَبۡتُمۡ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَٰثَةُ أَشۡهُرٖ وَٱلَّٰٓـِٔي لَمۡ يَحِضۡنَۚ وَأُوْلَٰتُ ٱلۡأَحۡمَالِ أَجَلُهُنَّ أَن يَضَعۡنَ حَمۡلَهُنَّۚ ٤
”Perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (monopause) di antara perempuan-perempuan kalian, jika kalian ragu-ragu (tentang masa iddahnya), maka masa iddah mereka adalah tiga bulan. Begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak haid. Perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya” (TMQ ath-Thalaq [65]: 4).
Ayat ini menyatakan, wanita yang ditalak dan dia sudah menopause atau dia tidak haid, masa ‘iddah-nya tiga bulan. Wanita yang ditalak dalam keadaan hamil, masa ‘iddah-nya adalah sampai dia melahirkan.
Surah al-Baqarah [2]: 228 itu juga dikhususkan oleh firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا نَكَحۡتُمُ ٱلۡمُؤۡمِنَٰتِ ثُمَّ طَلَّقۡتُمُوهُنَّ مِن قَبۡلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ فَمَا لَكُمۡ عَلَيۡهِنَّ مِنۡ عِدَّةٖ تَعۡتَدُّونَهَاۖ ٤٩
”Hai orang-orang yang beriman, jika kalian menikahi perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kalian menceraikan mereka sebelum kalian campuri, maka sekali-sekali tidak wajib atas mereka ‘iddah bagi kalian yang kalian minta menyempurnakan-nya.” (TMQ al-Ahzab [33]: 49).
Ayat ini menyatakan, wanita yang ditalak dan belum pernah dicampuri sejak dinikahi, maka tidak ada masa ‘iddah-nya.
Dengan demikian masa ‘iddah tiga kali quruu’, yakni tiga kali haid, hanya berlaku untuk wanita yang ditalak yang sudah pernah dicampuri, bukan dalam keadaan sudah menopause, atau tidak haid, atau sedang hamil.
Contoh lainnya, firman Allah SWT:
وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوۡنَ مِنكُمۡ وَيَذَرُونَ أَزۡوَٰجٗا يَتَرَبَّصۡنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرۡبَعَةَ أَشۡهُرٖ وَعَشۡرٗاۖ ٢٣٤
”Orang-orang yang meninggal dunia di antara kalian dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber’iddah) empat bulan sepuluh hari” (TMQ al-Baqarah [2]: 234).
Ayat ini dikhususkan oleh firman Allah SWT:
وَأُوْلَٰتُ ٱلۡأَحۡمَالِ أَجَلُهُنَّ أَن يَضَعۡنَ حَمۡلَهُنَّۚ ٤
”Perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya”. (TMQ ath-Thalaq [65]: 4).
Jadi tempoh ‘iddah seorang wanita yang ditinggalkan mati oleh suaminya dalam keadaan hamil, kemudian tempoh ‘iddah sehingga dia bersalin, tidak kiralah sama ada ia lebih pendek atau lebih lama daripada empat bulan sepuluh hari.
Contoh lainnya, firman Allah SWT:
وَٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ ٱلۡمُحۡصَنَٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَأۡتُواْ بِأَرۡبَعَةِ شُهَدَآءَ فَٱجۡلِدُوهُمۡ ثَمَٰنِينَ جَلۡدَةٗ وَلَا تَقۡبَلُواْ لَهُمۡ شَهَٰدَةً أَبَدٗاۚ ٤
”Orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera, dan janganlah kalian terima kesaksian mereka buat selama-lamanya” (TMQ an-Nur [24]: 4).
Ayat ini menyatakan orang yang menuduh wanita baik-baik (muhshanât) berzina, baik wanita yang sendiri (tidak punya suami), isteri orang lain mahupun isteri sendiri. Hanya saja, ayat ini dikhususkan oleh ayat tentang li’aan:
وَٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ أَزۡوَٰجَهُمۡ وَلَمۡ يَكُن لَّهُمۡ شُهَدَآءُ إِلَّآ أَنفُسُهُمۡ فَشَهَٰدَةُ أَحَدِهِمۡ أَرۡبَعُ شَهَٰدَٰتِۢ بِٱللَّهِ إِنَّهُۥ لَمِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ ٦ وَٱلۡخَٰمِسَةُ أَنَّ لَعۡنَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡهِ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡكَٰذِبِينَ ٧
”Orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar, dan (sumpah) yang kelima: bahawa laknat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta”. (TMQ an-Nur [24]: 6-7).
Jadi, ketentuan mesti mendatangkan empat orang saksi itu bagi orang yang menuduh wanita selain isterinya berzina. Adapun orang yang menuduh isterinya berzina, maka berlaku ayat li’aan ini jika tidak ada empat orang saksi.
Inilah takhsîsh al-Quran dengan al-Quran dan beberapa contohnya.
WalLâh a’lam wa ahkam.
Sumber : Alwaie