Thalab An-Nushrah: Hakikat, Syubhat dan Halangan (Bahagian 1)
Oleh: Abu Nizar asy-Syami
Sesungguhnya, kita mendapati bahawa Rasulullah SAW., semasa bertungkus-lumus mendirikan Daulah Islam pertama, dengan sengaja melakukan usaha besar-besaran untuk menyeru pusat-pusat kekuasaan dalam pelbagai kabilah. Baginda berusaha dengan serius dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kepercayaan sebanyak mungkin daripada mereka. Jika tidak, apakah maksud doanya, “AlLâhumma unshur al-Islâm bi ahabbi al-‘umarayn ilayka (Ya Allah, tolonglah Islam dengan salah satu dari dua Umar yang lebih Engkau sukai).”
Apa yang istimewa tentang Saidina Umar ra. kecuali kekuatannya yang dengan itu Rasul kita bercita-cita untuk merekrut dirinya? Bahkan teguran Allah SWT kepada Rasulullah SAW. dalam surah ‘Abasa adalah kerana perhatiannya yang kuat terhadap sekelompok tokoh Quraisy dan pembuat keputusan serta pemilik kekuasaan Quraisy yang beliau berusaha yakinkan.
Kita tidak tahu bagaimana penyeru Islam hari ini melewati fakta bahawa Rasul kita mengunjungi lebih dari enam belas kabilah untuk mendapatkan kekuatan dan pertolongan mereka untuk risalah baginda, “Tu’minû bî … ta’ûwunî … tanshurunî –(Kalian beriman kepadaku… menyokong aku… menolong aku)”.
Malah kewajipan ini menjadi istilah syarie yang dinamakan “Thalab an-Nushrah (mencari pertolongan/dukungan)”. Pelakunya digelar Al-Ansar yang mencapai darjat tertinggi. Kita boleh mengatakan bahawa Negara Madinah didirikan dengan keputusan politik dan ketenteraan dari kaum Ansar yang diwakili oleh Saad bin Muadz dan Usayd bin al-Hudhair. Dua pemimpin kaum mereka. Semoga Allah meredhai mereka berdua.
Adakah Thalab an-Nushrah merupakan kewajipan syarie atau merupakan uslub dakwah yang dipilih oleh Nabi SAW. dan kita juga boleh memilih yang lain?
Pertama: Thalab an-Nushrah adalah kewajipan syarie dan metode wajib untuk mengambil pemerintahan. Hal ini dengan nas yang jelas secara manthuq dan mafhum. Dari Ibnu Abbas ra.: Ali bin Abi Thalib menceritakan kepadaku, dia berkata:
لَمَّا أَمَرَ الله رَسُوْلَه صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم أَنْ يَعْرِضَ نَفْسَهُ عَلَى قَبَائِلَ الْعَرَبِ، خَرَجَ وَأنا مَعَهُ، وَأَبُو بَكْرٍ إِلَى مِنَى
“Apabila Allah memerintahkan Rasul-Nya untuk menawarkan dirinya kepada kabilah-kabilah, beliau keluar ke Mina, aku dan Abu Bakar bersama beliau”. (Abu Nu’aim, Dalâ‘il an-Nubuwwah, di-hasan-kan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathu al-Bârî).
Kedua: Rasulullah SAW. tidak memilih metode yang lain walaupun penderitaan, darah dan pelbagai musibah menimpa beliau di jalan itu; juga walaupun berbagai jalan telah dijelaskan kepada beliau oleh Quraisy dan para sahabat beliau. Beliau ditawarkan jalan menyertai politik, jalan dakwah individu sloganistik, jalan konfrontasi fizikal bersenjata, dll. Namun, beliau menolak semua tawaran itu dan tetap berpegang dengan metode Thalab an-Nushrah untuk mendapatkan pemerintahan tanpa metode lain. Ini memberikan kesan tentang kewajipan metode ini dan kefardhuannya. Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh kaedah usul: Inna thalab al-fi’li wa thalab tikrârihi ma’a wujûd al-masyaqqah huwa qarînah min qarâ‘in al-jazmi fî khithâb at-taklîf (Tuntutan perbuatan dan tuntutan pengulangannya, yang disertai dengan adanya kesulitan, adalah indikasi ketegasan dalam khithaab at-takliif).
Ketiga: Daulah Islam tidak akan tertegak kecuali dengan pertolongan (sokongan) kaum Ansar. Ini merupakan sebab praktikal. Rasulullah SAW. mengunjungi lebih dari enam belas kabilah (negara); meminta dari mereka kekuatan dengan sangat jelas. Abu Bakar berkata kepada para pemimpin Bani Syaiban, “Kayfa al-man’ah? Kayfa al-harb? Kayfa as-silâh? (Bagaimana dengan kekuasaan? Bagaimana dengan peperangan? Bagaimana dengan senjata)? Hal ini didengari dan disetujui oleh Nabi SAW.
Keempat: Nabi SAW. meminta pertolongan di Mekah dan menghantar Mush’ab bin ‘Umair untuk memintanya daripada penduduk Madinah pada masa yang sama, iaitu berlaku dua kali dengan diketahui dan dipantau oleh Nabi SAW..
Ahlu an-Nushrah dalam al-Quran
Orang mukmin dari keluarga Firaun yang disebutkan oleh al-Quran dengan konteks pujian, merupakan tokoh dari kaum Firaun yang menyembunyikan keimanannya. Saidina Luth as. ketika dikepung oleh kaum kafir berkata:
قَالَ لَوۡ أَنَّ لِي بِكُمۡ قُوَّةً أَوۡ ءَاوِيٓ إِلَىٰ رُكۡنٖ شَدِيدٖ ٨٠
Luth berkata, “Sekiranya aku mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau jika aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku lakukan).” [TMQ Hud (11): 80].
Maksudnya, beliau tidak perlu mencari kekuatan untuk melindungi risalahnya.
Allah SWT berfirman:
وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٖ …. ٦٠
“Bersedialah untuk menghadapi mereka dengan segala kekuatan apa saja yang kalian sanggupi..” [TMQ al-Anfal (8): 60].
Tuntutan untuk menyediakan kekuasaan itu, melalui dalâlah al-iqtidhâ‘, mewajibkan persediaan pemilik kekuasaan itu. Ini sama dengan tuntutan mentaati ulil amri dan yang bermaksud mewajibkan mereka untuk menunaikan tuntutan (Lihat: QS an-Nisa’ [4]: 59).
Perkara Terpenting dan Kemuliaan Ahlu an-Nushrah
Pemilik kekuasaan (ahlu al-quwwah) datang meminta izin untuk menggunakan senjata sebelum datangnya kebenaran secara umum untuk semua. Baiat ‘Aqabah kedua disebut Baiat al-Harb (Baiat Perang). Berlaku kesepakatan di dalam perkara mengenai perang untuk mempertahankan Daulah Islam dalam bentuk perang fizikal. Ketika itu ayat-ayat dan nas yang turun untuk melarangnya dari semua orang. Seolah-olah seruan itu menegaskan bahawa kekuasaan dan penggunaannya diciptakan hanya untuk pemiliknya.
Di antara kesegeraan dan bahaya Thalab an-Nushrah daripada tentera ialah perang global yang dilancarkan terhadap orang-orang yang melakukan Thalab an-Nushrah. Laman web dan saluran media mereka ditutup secara meluas. Inilah yang berlaku kepada Hizbut Tahrir yang istimewa dengan seruan ini. HT menjalani kempen global sistematik untuk menutup akaun syabab yang menyerukan pengerahan tentera dan membantu rakyat Gaza.
Syubhat berkenaan Thalab an-Nushrah
- Negara Madinah tidak tegak melalui senjata dan rampasan kuasa. Kemudian mengapa kalian berkeras untuk menggunakan senjata?
Jawapan: Kaum Ansar yang menyambut Rasulullah SAW. ketika tiba di Madinah, mereka menyediakan senjata sekiranya berlaku penentangan terhadap beliau. Mereka bersedia sepenuhnya untuk menggunakan senjata apabila diperlukan. Kelahiran daulah adakalanya dengan kelahiran normal dan adakalanya melalui pembedahan Caesarean. Negara ini lahir secara normal di Madinah. Namun, kaum Ansar bersedia untuk pembedahan caesar.
Dalil hal ini seperti yang ada dalam Shahîh al-Bukhârî:
Umat Islam di Madinah mendengar pemergian Rasulullah SAW. dari Mekah. Mereka pergi setiap pagi ke al-Harrah untuk menunggu baginda sehingga matahari terik membuatkan mereka kembali. Kemudian pada suatu hari, mereka berpatah balik setelah sekian lama menunggu. Apabila mereka telah pulang ke rumah masing-masing, seorang lelaki Yahudi telah menunaikan salah satu tugas mereka untuk satu perkara yang perlu disiasat. Dia melihat Rasulullah SAW. dan sahabat beliau yang bersinar terang menghilangkan fatamorgana. Orang Yahudi itu tidak mempunyai kekuatan untuk berkata dengan suara yang tinggi: “Wahai orang-orang Arab, inilah datukmu yang kalian tunggu-tunggu.” Kemudian umat Islam menyandang senjata mereka dan bertemu dengan Rasulullah SAW.. Demikian kutipan dari Sahîh al-Bukhârî.
Dinyatakan di dalam As-Sîrah al-Halabiyah yang menegaskan pengetahuan kaum Ansar dengan apa yang diinginkan oleh Rasulullah SAW. daripada mereka, iaitu kekuatan. Lalu mereka menegaskan pemahaman mereka terhadap keinginan beliau itu. Kemudian baginda menunggang haiwan tunggangan beliau ke Madinah: Beliau melonggarkan tali kendali dan tidak menggerakkannya. Beliau memandang ke kanan dan kiri. Lalu Bani Sulaim bin Malik, Naufal bin Abdullah bin Malik dan ‘Ubadah bin ash-Samit bertanya kepada beliau. Mereka berkata:
يا رَسُوْلَ اللهِ،أَقِمْ عِنْدَ في الْعَدَد وَالْعِزَّةِ وَالْمَنْعَةِ [وَالثَّرْوَة] أَنْزِلْ فِيْنَا، فَإِنَّ فِيْنَا الْعَدَدُ وَالْعِدَّة [وَالْحَلِقَة] أَيُّ السِّلَاحُ وَنَحْنُ أَصْحَابُ الْحَدَائِقِ وَالدَّرْكِ، يا رَسُوْلَ اللهِ، كَانَ الرَّجُلُ مِنَ الْعَرَبِ يَدْخُلُ هَذِه الْبُحَيْرةَ خَائِفًا
فَيَلْجَأُ إِلَيْنَا ….. فَقَالَ لهم خَيْراً، وَقَا ل: خَلُّوْا سَبِيْلَهَا يَعْنِيْ ناقَتَهُ دَعُوْهَا فإن مَأْمُوْرَةٌ
“Ya Rasulullah, tinggallah bersama kami, kami mempunyai bilangan, kemuliaan, kekuatan dan harta. Tinggallah di kalangan kami kerana kami mempunyai bilangan, peralatan dan kekuatan, iaitu senjata, dan kami adalah pemilik kebun-kebun dan asas (kekuatan). Ya Rasulullah, suatu ketika dahulu seorang lelaki Arab memasuki ke tasik ini dalam keadaan ketakutan lalu dia berlindung kepada kami.” Beliau lalu mengatakan kebaikan kepada mereka dan beliau bersabda, “Biarkan dia pergi,” iaitu unta beliau, “Biarkan dia pergi kerana dia telah diperintahkan.”
- Adakah ahlu an-nushrah berhak menetapkan beberapa syarat kepada pengemban projek tersebut untuk mendapatkan pertolongan (sokongan) mereka?
Orang yang mengikuti sirah Rasulullah SAW. nescaya dia mendapati bahawa beliau menolak syarat-syarat ahlu al-quwwah untuk mengurangkan hukum-hukum syariah walaupun sedikit, seperti syura, contohnya, seperti yang berlaku dengan Kabilah Bani ‘Amir bin Sha’sha’ah. Baginda menolak pemilihan oleh ahlu an-nushrah, golongan tertentu yang tidak mereka perangi seperti yang berlaku pada Kabilah Bani Syaiban. Beliau menolak semua syarat. Beliau bersabda:
لَكِنَّ دِيْنَ اللهِ لَا يَقُوْمُ بِه إِلَّا مَنْ يَحُوْطُه مِنْ جَمِيْعِ زَوَاياه
”Akan tetapi, agama Allah tidak tertegak kecuali oleh orang yang meliputinya dari segenap penjuru.”
Namun, beliau hanya menerima satu syarat sahaja, iaitu syarat ahlu al-quwwah tempat perang seperti mewajibkan mereka untuk berperang di kawasan yang mereka membaiat dan mendirikan Daulah Islam sahaja, seperti yang berlaku kepada kaum Ansar. Jadi Ahlu an-Nushrah boleh menentukan tempat perang, tetapi tidak boleh memberi syarat jenis orang yang diperangi.
Sebahagian orang mengatakan: perang belum disyariatkan di Mekah. Mengenai perang telah disyariatkan maka wajib menggunakan perang untuk mendapatkan kekuasaan:
Jawapannya ialah perang di Mekah tidak benar. Sebabnya, perang belum disyariatkan malah dilarang. Sebelum menjelaskan dalilnya, di sini kita tidak membicarakan tentang perang defensif membela nyawa atau kehormatan atau untuk melawan musuh, kerana semua itu dibenarkan. Namun, kita membicarakan tentang apa yang dilarang, iaitu membina formasi tentera untuk melawan pihak berkuasa untuk menggulingkan kerajaan, selain operasi pembunuhan.
Dalil pertama: Tahanlah tangan kalian dan dirikanlah solat. Dari Ibnu Abbas bahawa Abdurrahman bin ‘Auf dan sahabat-sahabatnya pernah kepada datang Nabi SAW. di Mekah dan mereka berkata:
يا نَبِيَّ اللهِ، كُنَّا فِيْ عِزٍّ وَنَحْنُ مُشْرِكُوْنَ، فَلَمَّا آمَنَّا صَرْنا أَذِلَّةً قَال: إِنِيّْ أُمِرْتُ بالْعَفْوِ فَلَا تُقَاتِلُوْا الْقَوْمَ، فَكُفُّوْا. فَأَنْزَلَ اللهُ: أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِيْنَ قِيْلَ لَهُمْ كُفُّوْا أَيْدِيَّكُمْ وَأَقِيْمُوْا الصَّلَاة وَآتُوا الزَّكَاةَ … فَلَمَّا حَوَّلَه الله إِلَى الْمَدِيْنَةِ أَمَرَهُ بالْقِتَالِ
“Ya Nabiyullah, kami dahulu dalam kemuliaan, sedangkan kami adalah orang-orang musyrik. Lalu apabila kami beriman, kami menjadi rendah.” Baginda bersabda, “Sungguh aku diperintahkan untuk memaafkan. Kerana itu, kalian jangan memerangi kaum itu dan bertahanlah.” Kemudian Allah menurunkan wahyu-Nya (yang bermaksud): Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka, “Tahanlah tanganmu (dari berperang), dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat!” [TMQ an-Nisa (4): 7]…. Apabila Allah telah memindahkan beliau ke Madinah, Allah memerintahkan beliau untuk berperang.”
Allah SWT berfirman:
وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ٩٤
”Berpalinglah dari kaum musyrik.” [TMQ ar-Ra’du (15): 94].
“Lam nu`mar bi dzâlika (kita belum diperintahkan untuk itu (perang).” Demikianlah sabda Rasulullah SAW. kepada ahlu al-‘aqabah al-kubrâ (yang mengambil bahagian dalam Baiat al-‘Aqabah kedua) ketika mereka menawarkan kepada beliau untuk memerangi Quraisy.
Al-‘Abbas bin ‘Ubadah bin Nadhalah berkata, “Wa al-ladzî ba’atsaka bi al-haqqi la in syi’ta la namîlanna ‘alâ ahli minâ ghadan bi asyâfinâ (Demi Zat Yang mengutus kamu dengan membawa kebenaran, seandainya kamu mahu, nescaya esok kami akan memerangi penduduk Mina dengan pedang kami).” Rasulullah SAW. bersabda, “Lam numar bi dzâlika (Kita belum diperintahkan untuk itu).”
Ayat pertama yang diturunkan tentang kebolehan berperang adalah:
أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَٰتَلُونَ … ٣٩
“Telah diizinkan (berperang) untuk orang-orang yang diperangi…” [TMQ al-Hajj (22): 39].
Allah tidak berfirman “syuri’a (telah disyariatkan)”. Keizinan itu tidak berlaku kecuali setelah dilarang. Dari sini kami katakan bahawa Thalab an-Nushrah bukanlah suatu aib dan kekurangan, tetapi ia merupakan sunnah. [Bersambung]
Sumber:
Majalah al-Wa’ie (arab) no. 450-451-452 Tahun ke-38, Rajab-Sya’ban-Ramadhan 1445 H – Februari-Maret-April 2024 M https://www.al-waie.org/archives/article/19195