[Ath-Thariq] Amir Jihad dan Jihaz Idariy (Pegawai Pentadbiran)
Penulis: Syeikh Ahmad Athiyat
- Amir Jihad
Amir jihad menjadi orang yang bertanggungjawab atas empat jabatan dalam Daulah Islam dan setiap jabatan ini berhubungan dengan jihad sehingga semua jabatan dihubungan dengan Amir Jihad.
Adapun keempat-empat jabatan ini adalah:
- Jabatan Luar Negeri (da’irat al-kharijiyah), kerana hubungan antara Daulah Islam dengan negara-negara lain perlu berpijak pada asas jihad.
- Jabatan Perindustrian (da’irat al-shina’ah), Industri Daulah Islam perlu berpijak pada asas jihad dalam rangka menggentarkan negara musuh, khususnya industri peralatan perang dan industri berat, sehingga jabatan ini dihubungkan dengan Amir Jihad.
- Jabatan Keamanan Dalam Negeri (da’irat al-amni al-dakhiliy), jabatan ini juga memiliki kaitan dengan jihad.
- Jabatan Ketenteraan (da’irat al-harbiy), seorang Amir Jihad bertanggungjawab untuk menyiapkan dan melengkapkan keperluan ketenteraan Islam dalam rangka jihad. Adapun jihad tersebut menjadi metode Islam dalam menyebarkan ideologi dan mengembannya ke seluruh alam. Jihad itu hukumnya fardhu bagi kaum muslim, dan latihan ketenteraan menjadi sebuah kemestian bagi orang baligh dari kaum muslim, baik lelaki atau perempuan. Adapun pengambilan untuk perkhidmatan tentera (al-tajnid), hukumnya adalah fardhu kifayah.
Allah SWT telah berfirman,
وَقَاتِلُوْهُمْ حَتّٰى لَا تَكُوْنَ فِتْنَةٌ وَّيَكُوْنَ الدِّيْنُ كُلُّهٗ لِلّٰهِۚ فَاِنِ انْتَهَوْا فَاِنَّ اللّٰهَ بِمَا يَعْمَلُوْنَ بَصِيْرٌ
“Dan perangilah mereka itu, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah.”(TMQ Al-Anfal: 39).
Rasulullah SAW bersabda,
“Perangilah orang-orang musyrik itu, dengan harta benda, tangan, dan lisan kalian.”
Allah SWT berfirman,
وَاَعِدُّوْا لَهُمْ مَّا اسْتَطَعْتُمْ مِّنْ قُوَّةٍ وَّمِنْ رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُوْنَ بِهٖ عَدُوَّ اللّٰهِ وَعَدُوَّكُمْ وَاٰخَرِيْنَ مِنْ دُوْنِهِمْۚ لَا تَعْلَمُوْنَهُمْۚ اَللّٰهُ يَعْلَمُهُمْۗ
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kalian sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kalian menggentarkan musuh Allah, musuh kalian, dan orang-orang selain mereka, yang kalian tidak mengetahuinya; sedangkan Allah mengetahuinya.” (TMQ Al-Anfal: 60).
Oleh kerana itulah, seorang Amir Jihad menjadi orang yang bertanggungjawab untuk mengorganisasi angkatan bersenjata sehingga dapat melaksanakan kewajipan utamanya, yakni jihad, dengan sebaik mungkin.
Sedangkan angkatan bersenjata Islam itu terbahagi dua:
– pasukan cadangan, yakni kaum muslim seluruhnya, orang baligh, dan telah dilatih untuk memikul senjata.
– pasukan tetap (regular) dalam ketenteraan yang bersiaga di perbatasan atau menaklukkan negeri-negeri demi meninggikan kalimat Allah.
Adapun khalifah, dia menjadi pemimpin tertinggi angkatan bersenjata. Dialah yang mengangkat dan memberhentikan Amir Jihad. Amir Jihad menentukan ketua staf (ra’is al-arkan) dalam angkatan bersenjata dan menentukan amir untuk setiap bendera (liwa) dan ketua untuk setiap divisyen. Dalil atas hal ini adalah bahwasanya Rasulullah SAW memimpin langsung angkatan bersenjatanya atau menentukan para amirnya (panglima) sebagaimana dalam perang Badar al-Kubra dan Khandaq yang beliau memimpin langsung angkatan bersenjata, atau perang Mu’tah yang beliau menetapkan beberapa panglima yang akan memimpinnya.
- Jihaz Idariy(Pegawai Pentadbiran)
Jihaz idary adalah pegawai-pegawai yang terbentuk dari beberapa unit atau jawatan yang bertanggungjawab untuk mengurus kepentingan rakyat dalam setiap aspek kehidupannya. Hal ini diwakilkan dalam berbagai jabatan seperti jabatan kesihatan umum, jabatan pengeposan, jabatan pertanian, dan sebagainya.
Kegiatan administrasi atau pentadbiran bukanlah kegiatan pemerintahan sehingga syarat-syarat pegawai administrasi atau kaki tangannya berbeza dengan syarat pemerintahan. Dalam mengangkat seorang pegawai atau petugas administrasi tidak disyaratkan sesuatu pun kecuali kecekapan dan kemampuannya melaksanakan aktiviti administrasi sebaik mungkin. Dengan demikian, boleh bagi kaum wanita dan selain muslim diangkat sebagai pegawai administrasi di seluruh peringkat.
Strategi administrasi dalam Islam berlandaskan pada kesederhanaan, kemudahan, dan ketidak-rumitan serta kecepatan dalam beraktiviti (perkhidmatan). Rasulullah SAW bersabda,
“Ya Allah, barang siapa yang mempersulit umatku, maka persulitkanlah dia.”
Rasulullah juga bersabda,
“Tidaklah seseorang diminta oleh Allah untuk menjaga rakyatnya, kemudian dia mati pada saatnya dia harus mati, sedangkan dia dalam keadaan menipu rakyatnya, kecuali Allah mengharamkan syurga baginya”.
Oleh kerana itu, Daulah Islam dituntut untuk mengumpulkan berbagai jabatan yang berkaitan dengan kemaslahatan manusia dalam satu tempat atau tempat-tempat yang berdekatan di setiap negeri dan mengehadkan berbagai prosedur yang boleh mempersulitkan hal-hal yang berkaitan dengan kemaslahatan rakyat semaksima mungkin, dan memberikan hukuman seberat mungkin bagi pegawai yang mengabaikan kemaslahatan rakyat.
Sumber artikel: Syeikh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)