[Ath-Thariq] Sistem Ekonomi dalam Islam (Bahagian 3/3)
Penulis: Syeikh Ahmad Athiyat
Secara ringkasnya, politik ekonomi dalam Islam dapat dijelaskan seperti berikut:
- Wajib untuk memenuhi semua keperluan utama setiap individu dan berusaha untuk memenuhi keperluan sekunder dan tertier semaksimum yang mungkin. Allah SWT. berfirman,
وَاَطْعِمُوا الْبَاۤىِٕسَ الْفَقِيْرَ
“ dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.” [TMQ Al-Hajj (22): 28].
وَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ خَيْرٍ يُّوَفَّ اِلَيْكُمْ وَاَنْتُمْ لَا تُظْلَمُوْنَ. لِلْفُقَرَاۤءِ الَّذِيْنَ اُحْصِرُوْا فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ
“…dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan. Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam)…” [TMQ Al-Baqarah (2): 272-273]
اِنَّمَا الصَّدَقٰتُ لِلْفُقَرَاۤءِ وَالْمَسٰكِيْنِ وَالْعٰمِلِيْنَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوْبُهُمْ وَفِى الرِّقَابِ وَالْغٰرِمِيْنَ وَفِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ وَابْنِ السَّبِيْلِۗ
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan.” [TMQ At-Taubah (9): 60].
فَمَنْ لَّمْ يَسْتَطِعْ فَاِطْعَامُ سِتِّيْنَ مِسْكِيْنًاۗ
“ Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin.” [TMQ Al-Mujaadalah (58): 4]
وَعَلَى الَّذِيْنَ يُطِيْقُوْنَهٗ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِيْنٍۗ
“kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin” [TMQ Al-Baqarah (2): 184]
وَيُطْعِمُوْنَ الطَّعَامَ عَلٰى حُبِّهٖ مِسْكِيْنًا وَّيَتِيْمًا وَّاَسِيْرًا
“Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan.” [TMQ Al-Insaan (76): 8]
اَوْ اِطْعَامٌ فِيْ يَوْمٍ ذِيْ مَسْغَبَةٍۙ. يَّتِيْمًا ذَا مَقْرَبَةٍۙ. اَوْ مِسْكِيْنًا ذَا مَتْرَبَةٍۗ
“Atau memberi makan pada hari kelaparan, Kepada anak yatim dari kaum kerabat,, Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.” [TMQ Al-Balad (90): 14–16].
Nabi SAW. bersabda,
“Demi Allah, dia tidak beriman (diucapkan sampai tiga kali).” Kemudian ada yang bertanya, “Siapakah dia wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan kenyang, sedangkan tetangganya kelaparan.”
“Penduduk kampung mana pun, ketika pagi ada di antara mereka satu orang yang kelaparan, maka benar-benar telah lepas dari mereka perlindungan Allah Yang Maha Suci Lagi Maha Tinggi.” (HR Ahmad dari Ibnu Umar).
Dari semua ayat dan hadis ini, yang berkaitan dengan kepemilikan individu,
“…maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah) kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula.” [TMQ Al-Mulk (67): 15].
Jelaslah bahawa Islam memperhatikan berbagai permasalahan ekonomi, baik masalah kefakiran, atau peruntukan dan pembahagian yang buruk, tiada masalah pengeluaran atau ketiadaan harta kekayaan sehingga Islam mendorong kaum muslim untuk membahagiakan orang-orang fakir dan miskin agar semua itu memungkinkan mereka untuk dapat memenuhi seluruh keperluan utamanya dan mewajibkan negara untuk hal itu.
Islam memandang semua orang dalam masyarakat sebagai manusia, sebelum memandang dari sisi lain, sama ada dari segi agama atau warna kulit. Dan memandang pada setiap individu sebagai dia sendiri (in person) bukan pada kumpulan individu dalam masyarakat. Islam mendorong manusia untuk berusaha dalam mencari rezekinya. Allah SWT. berfirman,
فَامْشُوْا فِيْ مَنَاكِبِهَا وَكُلُوْا مِنْ رِّزْقِهٖۗ وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ
“…maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah) kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula.” [TMQ Al-Mulk (67): 15].
Nabi SAW. bersabda,
“Tidaklah seorang makan makanan yang lebih baik dari makan makanan hasil jerih payahnya sendiri.”
“Sesungguhnya dari berbagai dosa ada dosa yang tidak dapat dihapus oleh puasa dan juga tidak oleh solat.” Kemudian ada yang bertanya, “Apakah yang dapat menghapusnya wahai Rasulullah?” Rasululllah menjawab, “Kegelisahan dalam mencari rezeki.”
“Imam itu adalah (laksana) penggembala. Dan dia akan bertanggungjawab terhadap urusan rakyatnya.”
Demikian penjelasan ringkas mengenai sistem ekonomi dalam Islam. Jika kita mengkaji sejarah, kita akan dapati bahawa Negara Islam sebenarnya telah melaksanakan sistem ini ke atas rakyatnya dan mengumpul harta dari sumber seperti zakat, kharaj dan jizyah dan kemudian mengembalikan agihan tersebut kepada mereka yang berhak menerimanya. Negara Islam juga mengambil cukai kastam daripada orang bukan Islam dan ini termasuk juga bab muamalah.
Amat jelas dalam pembahagian harta yang pembahagiannya berlandaskan Islam. Negara telah melaksanakan undang-undang nafkah untuk yang lemah, melarang perbuatan bodoh dan membazir wang, dan menetapkannya sebagai perbuatan keji. Di sepanjang perjalanan haji, terdapat tempat-tempat awam di setiap bandar untuk memberi makan kepada orang-orang yang memerlukan, fakir miskin dan Ibn Sabil yang pengaruhnya kekal hingga ke hari ini, seperti yang berlaku di Kaherah dan Damsyik. Di peringkat global, pengurusan dan perbelanjaan aset dalam negara ketika itu adalah berlandaskan syariat Islam. Jika terdapat kekurangan tidak lain tidak bukan kerana kecuaian dan pelaksanaan Islam yang lemah.
Sumber artikel: Syeikh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)