[Ath-Thariq] Kuasa Politik Luar Negeri bagi Daulah Islam
Penulis: Syeikh Ahmad Athiyat
Politik luar negeri merupakan sistem yang menentukan hubungan daulah dengan negara-negara lain. Politik luar negeri daulah Islam ditegakkan di atas beberapa kaedah berikut:
- Islam menjadi asas dalam hubungan Daulah Islam dengan negara-negara lain. Oleh sebab itu, kepentingan, manfaat, atau kepatuhan tidak boleh menentukan hubungan tersebut. Dalil atas hal ini adalah berbagai risalah yang dikirimkan Rasulullah SAW melalui Abdullah bin Hudzafah pada Kisra dan Dahiyah al-Kalbi kepada Heraklius Romawi dan peperangan yang diikuti Rasulullah SAW dalam rangka menyebarkan Islam.
- Hubungan dengan negara-negara lain tidak boleh dilakukan kecuali oleh khalifah atau orang yang ditunjuknya, walau bagaimanapun juga parti atau individu tidak boleh membuat hubungan dengan negara lain dan para pemimpinnya. Dalil yang menunjukkan bahawa ini merupakan bidang kuasa dan kewajipan khalifah adalah hadis Rasulullah SAW ketika beliau bersabda,
“Seorang imam adalah pemimpin dan ia akan dimintai pertanggungjawaban atas rakyat yang dipimpinnya.”
Dengan demikian, tidak boleh seorang pun melakukan aktiviti yang menjadi bidnag kuasa dan kewajipan khalifah kecuali dengan izinnya.
- Hubungan dengan negara lain seluruhnya berdasarkan kedudukannya dengan Islam sehingga hubungan tersebut boleh berupa hubungan perang dengan negara kafir yang melakukan konfrontasi, atau hubungan atas dasar perjanjian yang bersifat darurat dengan negara yang tidak melakukan konfrontasi. Hal ini boleh dilihat jelas berdasarkan hubungan Rasulullah SAW, bahawasanya beliau membuat perjanjian dengan beberapa kabilah dan negara serta memerangi selainnya.
- Maneuver politik sangat diperlukan dalam politik luar negeri Daulah Islam dan kekuatannya terletak pada penzahiran berbagai kegiatan dan menyembunyikan tujuan. Maneuver-maneuver politik ini boleh dilihat dalam beberapa ekspedisi yang dikirim Rasulullah SAW pada awal-awal tahun kedua hijriah yang kelihatan seolah-olah akan memerangi Quraisy, padahal maksud sebenarnya menakuti-nakuti suku Quraisy saja.
- Daulah Islam tidak boleh menjadi anggota organisasi atau perjanjian yang ditegakkan di atas asas kekufuran atau yang beraktiviti untuk berkhidmat bagi bangsa kafir dan penjajah seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan cabang-cabangnya. Hal ini tidak lain kerana ketundukan kaum muslim kepada orang kafir itu tidak diperbolehkan. Allah SWT berfirman,
وَلَنْ يَّجْعَلَ اللّٰهُ لِلْكٰفِرِيْنَ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ سَبِيْلًا
“Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang mukmin.” (TMQ An-Nisa: 141).
Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya kita tidak akan pernah meminta bantuan pada api orang- orang musyrik.”
- Daulah Islam tidak boleh menerima idea “Tujuan menghalalkan segala cara” yang selama ini dijalankan negara-negara kafir dalam politiknya. Hal ini kerana sesuatu yang membawa kepada keharaman, maka hukumnya haram secara syarak dan pada dasarnya wasilah itu hendaklah berasal dari jenis tujuan itu sendiri.
- Islam menjadi paksi peredaran (orbit) politik luar negeri, ini bertujuan untuk memelihara tugas mengemban Islam ke seluruh alam dan menyebarkannya di antara manusia.
Tiada apa yang membuktikan kebenaran kaedah ini selain daripada tekad Nabi SAW untuk menghantar pasukan Usamah untuk memerangi Romawi, walaupun beliau SAW saat itu sedang sakit. Begitu juga berbagai risalah yang dikirimkannya kepada beberapa penguasa dan peperangan yang diikuti beliau SAW.
Ini merupakan contoh yang sekilas menggambarkan politik luar negeri Daulah Islam yang menjadikan politik luar negeri Islam ini berbeza dari politik luar negeri negara-negara lainnya. Inilah yang sepatutnya terlihat pada negara yang akan ditegakkan dan populariti politik luar negeri Islam itu sangat besar sehingga tidak pelu disebutkan lagi indikasinya.
Sumber artikel: Syeikh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)