[Ath-Thariq] Pentingnya Aktiviti Merealisasikan Islam Menurut Pertimbangan Akal dan Wajibnya Aktiviti Tersebut Menurut Hukum Syarak (Bahagian 2/2)
Penulis: Syeikh Ahmad Athiyat
Tulisan sebelumnya pada bahagian 1/2 membahas dari segi kewajipan agar ideologi Islam dijadikan sebagai pemimpin (hakim) dalam realiti kehidupan. Selanjutnya, bagaimana dengan aktiviti demi mewujudkan atau merealisasikan hal itu? Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu mengingat kembali pembahasan yang telah kami paparkan seputar realiti ideologi ini.
Dalam pembahasan terdahulu, kami katakan bahawa ideologi itu adalah sebuah istilah (al-‘ibarah) tentang keyakinan yang berdasarkan pemikiran (akidah aqliyah) yang melahirkan sistem untuk memecahkan masalah-masalah kehidupan manusia, atau tatacara tertentu untuk memenuhi keperluan jasmani dan naluri manusia.
Kami turut menyatakan bahawa sebuah ideologi agar layak untuk diterapkan, mestilah menjadi sebuah istilah yang terdiri dari fikrah (pemikiran) dan thariqah (metode), yakni agar meliputi—sebagai tambahan pada akidah dan nidzam—tatacara yang menjelaskan metode pelaksanaan (at-tanfidz) atau penerapan ideologi pada umat yang meyakininya, metode dalam mengemban (al-haml) dan menyebarkan ideologi ke seluruh dunia, dan juga metode untuk melindungi (al-muhafadhah) ideologi dari kehancuran.
Terkait dengan pembahasan ideologi Islam dari segi tatacara pelaksanaannya (al-tanfidz)–yakni menjadikan Islam sebagai pimpinan (hakim) dalam kancah kehidupan—kami dapati bahawa Negara Islam (ad-daulah al-Islamiyah) menjadi satu-satunya cara untuk melaksanakan ideologi tersebut. Dalil-dalil yang menunjukkan hal itu sangat banyak.
Allah SWT berfirman,
وَمَآ اٰتٰىكُمُ الرَّسُوْلُ فَخُذُوْهُ وَمَا نَهٰىكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوْاۚ وَاتَّقُوا اللّٰهَ ۗاِنَّ اللّٰهَ شَدِيْدُ الْعِقَابِۘ
“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah; dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.” (TMQ Al-Hasyr: 7).
Ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW telah menjelaskan tatacara untuk merealisasikan idea-idea dan menetapkan metodenya pada kita.
Allah SWT berfirman,
وَلِلّٰهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ اِلَيْهِ سَبِيْلًا ۗ وَمَنْ كَفَرَ فَاِنَّ اللّٰهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعٰلَمِيْنَ
“Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barang siapa mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (TMQ Ali Imran: 97).
Pada saat hukum berhaji ini turun, kaum muslim belum mengenal cara melakukan ibadah haji. Oleh kerananya, Rasulullah SAW mengajarkan mereka tatacara ibadah haji tersebut dengan mengatakan, “Ambillah dariku cara-cara pelaksanaan (manasik) haji kalian.”
Begitu pula dengan perintah solat,
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.”
Berdasarkan hal ini, untuk mengetahui jawapan segala pertanyaan dan memecahkan permasalahan kita, maka kita mesti merujuk pada Rasulullah SAW pada saat beliau masih ada di antara kita (hidup) dan merujuk pada sunnahnya setelah beliau SAW meninggal dunia. Rasulullah SAW bersabda, “Aku telah meninggalkan dua perkara bagi kalian semua sehingga jika kalian berpegang teguh padanya, kalian tidak akan tersesat selamanya, Al-Quran dan sunnahku”
Dengan merujuk pada sirah dan sunnah Rasulullah SAW, kita dapati bahawa Rasulullah SAW telah menegakkan daulah untuk menerapkan Islam dan memerintahkan pada kita untuk menegakkan daulah tersebut pada saat negara itu tidak ada. Adapun hadis-hadis yang berkaitan dengan perintah tersebut sangat banyak, di antaranya:
Dalam sahihnya, Muslim telah meriwayatkan dari Abu Hazim, dia berkata: aku telah duduk bersama (mengikuti majlis) Abu Hurairah selam lima tahun, aku pernah mendengar dia menceritakan Rasulullah SAW bahawasanya beliau telah bersabda, “Dahulu, Bani Israel telah diurus oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi meninggal, maka akan digantikan oleh nabi yang lain dan sesungguhnya tidak akan ada nabi setelahku. Sedangkan nanti akan ada para khalifah dengan jumlah yang banyak.” Para sahabat berkata, “Apa yang engkau perintahkan pada kami?” Beliau SAW bersabda, “Penuhilah baiat yang pertama dan hanya baiat yang pertama, dan berikanlah pada mereka haknya kerana sesungguhnya Allah SWT akan meminta pertanggungjawapan mereka atas urusan yang dibebankan pada mereka.”
Muslim juga telah meriwayatkan dari Abu Said al-Khudri ra. dia berkata: telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika telah dibaiat dua orang khalifah, bunuhlah salah satu dari keduanya.”
Dalil-dalil ini dan masih banyak lagi dalil yang lain telah menunjukkan dalam bentuk yang qath’i bahawa Daulah Islam menjadi satu-satunya cara untuk merealisasikan Islam dalam kancah kehidupan, agar kebangkitan dapat diraih di atas asasnya. Kemudian bagaimanakah kita mesti beraktiviti untuk merealisasikan negara Islam ini? Masalah ini akan kami jawab dalam bab selanjutnya. InsyaAllah.
Sumber artikel: Syeikh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)