[Keteladanan Ulama dlm Politik Islam] Syaikh Yusuf an-Nabhani
Syaikh Yusuf an-Nabhani, seorang ulama muta’akhiriin, telah memberikan keteladanan yang luar biasa. Selama masa penjajahan British, beliau menolak menjadi mufti di Palestin kerana tidak diizinkan untuk berhukum dengan hukum Islam. Beliau juga dikenal sebagai pembela utama Khilafah Uthmaniyah, terutama pada masa Khalifah Abdul Hamid II bin Abdul Majid Khan al-Ghazi. Bahkan secara khusus beliau menulis kitab Al-Ahaadits al-Arba’iin fii Wujuub Thaa’ah Amir al-Mu‘miniin dan Khulaashah al-Bayaan fii Ba’dhi Ma’atsir Mawlanaa alh-Shulthaan ‘Abdil Hamiid ats-Tsani wa Ajdaadihi Ali Utsmaan serta karya-karya lainnya. Tujuannya adalah untuk meneguhkan kedudukan Khilafah dan mengajak umat Islam untuk membela dan mendukung Khilafah. Beliau juga mengajak umat agar mengemban Jihad fi Sabilillah dalam melawan kafir penjajah seperti British, Perancis dan Rusia. Kerana itu beliau menulis kitab Al-Ahaadits al-Arba’iin fii Fadhl al-Jihaad wa al-Mujaahidiin. Beliau aktif mengkritik berbagai pemikiran yang menyerang syariah Islam serta kesatuan umat dan Daulah Islam.
Sumber: Alwaie, “Ulama, Penegakan Khilafah dan Jebakan Penjajah”, Ustaz Yuana Ryan Tresna