[Tsaqafah] Benarkah Kita Sama?
Penulis: Halima Noer
Viral di salah satu platform media sosial, potongan video yang menampakkan Imam Besar Masjid Istiqlal Nasarudin Umar yang bertemu Paus beberapa hari yang lalu. Nasarudin mengatakan bahawa kemanusiaan itu adalah satu, tidak ada bezanya antara yang satu dan yang lain. Kemudian beliau memetik QS Al-Isra’ ayat 70, “Dan Sungguh Allah telah memuliakan bani Adam.”
Beliau menggunakan ayat tersebut sebagai dalil bagi menguatkan pernyataannya. “Allah memuliakan anak cucu Adam. Anak cucu Adam, apa pun agamanya, etniknya, warganegaranya, jenis kelaminnya, kita semuanya sama,” katanya.
Disebabkan Nasarudin beragama Islam, sedangkan Paus pula seorang Katolik, maka pernyataan “kita adalah sama” sudah pasti menimbulkan persoalan, benarkah muslim dan non-muslim adalah sama?
Memahami Tafsir QS Al-Isra’: 70
Pertamanya, kita perlu memahami tafsir dari surah Al-Isra’ ayat 70 terlebih dahulu kerana ayat inilah yang beliau pakai sebagai hujah lalu menyimpulkan bahawa muslim dan non-muslim adalah sama.
Allah SWT. berfirman, “Sungguh, Kami telah memuliakan anak cucu Adam dan Kami angkut mereka di darat dan di laut. Kami anugerahkan pula kepada mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna.” (TMQ Al-Isra’: 70).
Imam Ibnu Katsir menyatakan dalam tafsirnya, “Allah SWT. menyebutkan tentang penghormatan-Nya kepada Bani Adam dan kemuliaan yang diberikan-Nya kepada mereka bahawa Dia telah menciptakan mereka dalam bentuk yang paling baik dan paling sempurna di antara makhluk lainnya. Dalam ayat yang lain disebutkan oleh firman-Nya, ‘Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.’ (TMQ At-Tin: 4).”
Manusia berjalan pada dua kakinya dengan tegak dan makan dengan tangannya, sedangkan makhluk lainnya ada yang berjalan dengan keempat kakinya dan makan dengan mulutnya. Allah menjadikan pendengaran, penglihatan, dan hati bagi manusia, yang dengan semua itu manusia dapat memahami dan memperoleh banyak manfaat. Berkat hal tersebut pula, manusia dapat membezakan di antara segala sesuatu dan dapat mengetahui kegunaan, manfaat, serta bahayanya bagi urusan agama dan duniawinya.
Syeikh Wahbah az-Zuhaili dalam Kitab Tafsir Al-Munir Jilid XV hlm. 121 menjelaskan, manusia dimuliakan Allah dengan penciptaan dalam bentuk terbaik dan anugerah akal. Akal menjadi alat untuk memahami hakikat segala sesuatu, seperti cara berproduksi, bertani, berdagang, dan banyak lagi. Akal juga dijadikan sebagai alat untuk memahami bahasa, merenungkan berbagai anugerah Allah di bumi, memanfaatkan tenaga, serta menundukkan segala yang ada di langit dan bumi. Dengan akal, manusia mampu menciptakan berbagai sarana angkutan, sarana kehidupan dan penghidupan, serta membezakan hal-hal yang bermanfaat mahupun berbahaya bagi agama dan dunia.
Akal menjadi pembeza utama antara manusia dan makhluk lainnya. Kemampuan ini memungkinkan manusia untuk terus berkembang dan mencapai peradaban yang tinggi. Akal menjadi alat untuk mencapai kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Akal memungkinkan manusia untuk terus belajar, berkembang, dan berkarya. Dengan akal juga, manusia dapat menjalankan amanah sebagai khalifah di muka bumi. Pemberian akal ini merupakan bukti kemuliaan manusia di atas makhluk lain.
Kesimpulannya, ayat tersebut menjelaskan bahawa kemuliaan manusia terletak pada penciptaan manusia dalam bentuk terbaik dan dianugerahi akal. Akal menjadi alat untuk meraih ilmu, pengetahuan, kemajuan, dan peradaban. Penggunaan akal yang bijak dan bertanggungjawab adalah kunci bagi manusia untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
QS Al-Isra’ ayat 70 membicarakan kemuliaan manusia di hadapan Allah. Para ahli tafsir bersepakat bahawa manusia diciptakan dengan berbagai keistimewaan dibandingkan makhluk lain. Allah memberikan berbagai kelebihan kepada manusia, yakni akal untuk berfikir, fizikal yang tegap untuk beraktiviti, serta kebebasan dalam berkehendak. Manusia juga diberi kemudahan untuk hidup di bumi, di antaranya dengan tersedianya kenderaan untuk darat dan laut, rezeki yang lazat dan baik untuk dinikmati, dan yang lainnya.
Dengan demikian, tidaklah tepat pernyataan Nasarudin tadi yang menyamakan dirinya (muslim) dengan Paus (non-muslim). Sebab, konteks ayat tersebut bukan tentang muslim dan non-muslim, atau manusia dan manusia lainnya. Akan tetapi, konteksnya adalah perbandingan manusia dan makhluk selain manusia.
Perbandingan Muslim dan Non-Muslim
Adapun terkait perbandingan antara muslim dan non-muslim, maka ada nas lain yang menjelaskannya. Dalam Ali Imran ayat 19 Allah SWT. berfirman, “Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al-Kitab, kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.”
Dijelaskan di dalam Tafsir Ibnu Katsir terkait ayat ini, “Sebagai berita dari Allah SWT. yang menyatakan bahawa tidak ada agama yang diterima dari seseorang di sisi-Nya selain Islam, iaitu mengikuti para rasul yang diutus oleh Allah SWT. pada setiap masa, hingga diakhiri dengan Nabi Muhammad saw. yang membawa agama yang menutup semua jalan lain, kecuali hanya jalan yang telah ditempuhnya. Oleh kerana itu, barang siapa yang menghadap kepada Allah—sesudah Nabi Muhammad saw. diutus—dengan membawa agama yang bukan syariatnya, maka hal itu tidak diterima oleh Allah. Hal itu sebagaimana yang disebutkan dalam firman lainnya, iaitu, ‘Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) darinya.’ (TMQ Ali Imran: 85 hingga akhir ayat). Dalam ayat ini, Allah memberitakan terbatasnya agama yang diterima oleh Allah hanya pada Islam, ‘Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.’ (TMQ Ali Imran: 19).”
Ibnu Jarir meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas membaca firman-Nya, “Allah menyatakan sesungguhnya tiada Tuhan selain Dia, Yang Menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. bahawasanya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. (TMQ Ali Imran: 18—19). Dengan ‘innahu’ yang dikasrahkan dan ‘anna’ yang difathahkan, ertinya Allah telah menyatakan—begitu pula para malaikat dan orang-orang yang berilmu—bahawa agama yang diredhai di sisi Allah adalah Islam.”
Dari pembahasan nas-nas Al-Quran tersebut, jelaslah bahawa hanya Islam agama yang benar. Pendapat yang menyatakan bahawa semua agama benar, tentu saja bertentangan dengan nas-nas yang ada. Alhasil, kedudukan muslim dan non-muslim tentu berbeza. Muslim adalah penganut agama yang benar, sedangkan non-muslim adalah penganut agama yang salah.
Allah SWT. menyebut mereka (non-muslim) dengan “kafir” dan menjelaskan kedudukan mereka di akhirat kelak dalam banyak ayat Al-Quran, salah satunya QS Al-Bayyinah ayat 6, “Sungguh, orang-orang yang kafir dari golongan Ahli Kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) ke Neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka itu adalah sejahat-jahat makhluk.”
Berbeza Sesuai Ketakwaan
Sekalipun manusia diciptakan Allah dengan kesamaan, yakni dengan diberikannya sebaik-baik bentuk dan potensi akal, tetapi manusia akan memiliki kedudukan yang berbeza di sisi Allah tergantung ketakwaannya.
Firman-Nya dalam QS Al-Hujurat ayat 13, “Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.”
Ayat ini menjelaskan bahawa dari sisi darjat kemanusiaan, tidak ada perbezaan antara manusia dari satu suku dan suku lainnya, tidak ada juga perbezaan pada nilai kemanusiaan antara lelaki dan perempuan. Namun, bukan bererti semua manusia itu sama di hadapan Allah.
Orang yang bertakwa tentu memiliki kedudukan lebih tinggi daripada yang tidak bertakwa. Orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta tunduk patuh pada seluruh perintah dan larangan-Nya, pasti memiliki kedudukan lebih tinggi daripada orang yang ingkar (kufur) dan tidak mahu menyembah-Nya. Jelas sekali bahawa kedudukan muslim dan non-muslim di hadapan Allah adalah berbeza. Kedudukan muslim yang taat dan yang bermaksiat pun berbeza di sisi Allah Taala.
Alhasil, menghormati non-muslim, selama mereka tidak memusuhi dan menyerang umat Islam, tentu merupakan bahagian dari ajaran Islam. Namun, menghormati non-muslim tidak boleh dilakukan dengan menganggap muslim sama dengan mereka.
Khatimah
Sangat disayangkan, terlalu banyak toleransi ala moderasi beragama telah meracuni fikiran—bahkan—seorang imam besar hingga menjadikan agama sesuai prasangka dan perasaannya. Dia sesungguhnya telah larut pada perasaan yang jelas salah ketika menganggap Islam sama dengan agama lainnya, dan umat Islam sama dengan umat yang lain.
Sungguh, hanya Islam agama yang benar, yang diredhai Allah; dari sejak dahulu, sekarang, hingga akhir zaman nanti. Hanya umat Islam pulalah yang berhak mendapatkan redha dan jannah-Nya, insyaallah. Wallahualam bissawab.