Tiada Kepedulian
Entiti Z!onis telah melakukan serangan demi serangan secara kejam dengan taktik murahan dan tidak berperikemanusiaan sebagai sikap ketidakpedulian mereka terhadap nyawa manusia, kali ini kepada saudara-saudari kita di Lubnan. Menurut PBB, kira-kira 90,000 orang telah kehilangan tempat tinggal sejak Isnin, ditambah dengan 110,000 yang terpaksa meninggalkan rumah mereka. Jurucakap Qatar, Majed al-Ansari, pula mengatakan bahawa negaranya telah menerima “laporan mengerikan dari Lubnan mengenai (serangan, pen.) menyasarkan seluruh keluarga, dengan cara yang serupa dengan kekejaman di Gaza”.
Minggu lalu, AS dan entiti Z!onis secara langsung bercanggah antara satu sama lain dalam kenyataan yang dibuat semasa perhimpunan agung PBB mengenai jenayah yang dilakukan oleh “Israel” di Lubnan, yang mana pembunuh Netanyahu menyatakan bahawa “Israel” “tidak akan berhenti” di Lubnan sehingga ia mencapai semua matlamatnya, “terutamanya mengembalikan penduduk utara dengan selamat ke rumah-rumah mereka” (Sumber: BBC).
AS hanya beberapa jam kemudian bercakap mengenai cadangan gencatan senjata yang dibincangkan dengan “Israel”. Hanya dalam minggu ini, “Israel” memulakan pencerobohan darat ke Lubnan, meneruskan pembantaian kejam mereka walaupun AS sebelum ini telah menyebut tentang usaha gencatan senjata tersebut. Tidak lama selepas Z!onis memulakan pencerobohan darat mereka, Setiausaha Pertahanan AS mengumumkan sokongan dan persetujuannya terhadap tindakan entiti pembunuh ini di Lubnan sebagai satu bentuk pertahanan diri terhadap Hezbollah.
Para pembunuh dan penjenayah ini serta penyokong mereka tidak pernah gagal untuk tetap konsisten dalam kemunafikan dan pembantaian terhadap umat Islam. Kami melihat tindakan yang dilakukan adalah sama dengan Gaza, di mana AS terus memberi amaran kepada entiti Z!onis untuk memperlahankan jenayahnya dan mereka tidak mengambil peduli. Ia kini melakukan perkara yang sama di Lubnan, semuanya demi beberapa kemudahan politik dalam kerajaan entiti Yahudi yang kian runtuh itu. Sebelum jenayah di Lubnan meningkat, Netanyahu telah bersedia untuk memecat Menteri Pertahanan Yoav Gallant dan menggantikannya dengan Gideon Sa’ar, sebuah keputusan yang berpotensi dikritik keras kerana kurangnya pengalaman Saars. Walau bagaimanapun, apabila pertempuran antara Hezbollah dan “Israel” memuncak, pemecatan Gallant telah ditangguhkan. Di samping semua ini, menurut BBC, “terdapat andaian yang meluas di kalangan kelas keselamatan negara di” Israel ” bahawa Netanyahu sedang memanjangkan perang di Gaza kerana dia tahu bahawa sebaik sahaja ia berakhir, dia akan menghadapi tekanan yang besar untuk mengadakan pilihan raya umum.”
Setelah menganalisa semua perkara di atas, sudah pasti kita akan teringat pada Ayat 14 dalam Surat Al Hashr:
“(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka)..”
Sungguh, entiti Z!onis sedang berusaha bermati-matian untuk meraih kemenangan di Lubnan yang tidak dapat mereka perolehi di Gaza. Mereka mencari-cari alasan untuk menghapuskan pasukan penentangan Hezbollah dengan melakukan satu lagi pembantaian ke atas saudara kita. Dan walaupun Hezbollah melakukan yang terbaik dengan keadaannya dan telah berjuang bersama Iran selama ini sejak 7 Oktober, Iran sekali lagi memberikan respons yang tidak mencukupi untuk mendukung umat Islam. Apabila Hezbollah meminta sokongan daripada sekutunya untuk melancarkan serangan terhadap “Israel” bagi menyokong usaha ketenteraannya terhadap entiti pembunuh itu, mereka membuat alasan yang menyedihkan bahawa presiden mereka berada di New York dan tangan mereka terikat dari segi kemampuan. untuk membalas dendam.
Menurut ThoughtSmash, “Kumpulan itu menyaksikan ramai komander tentera tertingginya terbunuh, dan sistem komunikasinya telah terjejas. Pegawai Israel melaporkan bahawa Israel memusnahkan sebahagian besar roket dan senjata peluru berpandu Hezbollah sejak beberapa hari lalu. Akhbar Lubnan menyatakan bahawa serangan udara Israel di Beirut membunuh lima orang, termasuk tokoh penting Hezbollah. Konflik itu juga memberi kesan buruk kepada Lubnan, dengan ratusan orang awam terbunuh dan ribuan cedera.” Dan semua yang Iran tawarkan hanyalah alasan kosong tentang masa yang tidak tepat. Kemunafikan Iran dalam situasi ini dan begitu banyak yang lain sepanjang pembantaian entiti Z!onis ke atas umat Islam Palestin, telah menguatkan bahawa ia benar-benar tidak berbeza dengan yang lainnya yang kini terbelengggu dan menyerahkan ummah kepada rejim-rejim penjajah. Mereka sentiasa mempunyai kekuatan dan sumber ketenteraan sejak awal untuk menghancurkan entiti Z!onis, tetapi mereka tidak pernah menggunakan sepenuhnya kuasa mereka, hanya memanfaatkannya untuk memanipulasi pasukan penentang lain di sekeliling mereka dan demi mendapatkan opini umum daripada kaum Muslim.
Semoga Allah mempercepat kembalinya perisai, perlindungan, dan kekuatan sejati kaum Muslim, Khilafah Rasyidah, yang didirikan berdasarkan metode kenabian, untuk membawa keadilan dan kemenangan bagi saudara-saudari kita di Lebanon, Palestina, dan di seluruh dunia.