[Ath-Thariq] Syarat Parti Berideologi (Bahagian 2/5)
Berikut ini adalah penjelasan empat syarat mendasar sebuah parti Islam berideologi, yakni:
- Memahami Islam secara sempurna, sebagai sebuah fikrah (idea) dan thariqah (metode), dan mengkaitkan keduanya.
Ketika tujuan yang berusaha diraih sebuah parti Islam berideologi itu disebut fikrah (mewujudkan ideologi Islam dalam kancah kehidupan untuk membangkitkan umat Islam secara mendasar), maka parti hendaklah memahami fikrah ini secara sempurna, dari segi persyaratan dan cara merealisasikan fikrah, serta berbagai kesukaran dan rintangan yang akan menghalangi jalan untuk meraihnya.
Pemahaman parti—yang berusaha untuk membangkitkan kaum muslim—secara sempurna atas fikrah yang wajib diwujudkan demi terealisasinya tujuan aktiviti parti, menjadi syarat yang mesti dipenuhi sebelum menjalankan aktivitinya. Hal ini tiada lain kerana ketidakfahaman atas fikrah pasti menyebabkan gagalnya aktiviti tersebut. Secara aksiomatik, seseorang yang tidak mengetahui apa yang diinginkan, pasti tidak akan sampai pada yang diinginkannya itu.
Berdasarkan hal itu, kami meneliti dan mencatat kegagalan berbagai parti, jemaah, dan harakah Islam dalam meraih kebangkitan. Sebab utama kegagalannya itu adalah ketidakfahaman mereka terhadap fikrah yang ada. Malangnya, daripada merujuk kepada ideologi mereka sendiri untuk mengetahui fikrah dan pelbagai aktiviti yang perlu dilakukan untuk merealisasikan fikrah dalam kehidupan, mereka sebaliknya menjalankan pelbagai aktiviti spontan (improvisasi) tanpa dikaji dan dikaji terlebih dahulu.
Sebahagian harakah tersebut menyeru kepada Islam dalam bentuk umum dan terbuka sehingga menyangka bahawa hal itu boleh menjamin terwujudnya Islam dalam realiti kehidupan. Sebahagian dari mereka ada yang menyeru kepada akhlak dan memusatkan segenap kemampuannya untuk melakukan nawafil (ibadah sunnah) dan ibadah lainnya, atau bahkan ada yang menjadikan misinya memerangi bidaah, kesesatan, dan sebagainya.
Seandainya harakah-harakah ini mempelajari ideologi Islam dengan baik dan benar, nescaya mereka akan mendapati bahawa aktiviti mewujudkan Islam dalam kancah kehidupan itu tidak akan dapat terlaksana kecuali dengan terwujudnya Daulah Islam yang akan menerapkan Islam di dalam negeri dan mengemban Islam ke luar negeri dengan metode jihad. Berdasarkan hal ini, sebuah parti perlulah memiliki karakter memahami ideologinya (Islam) dengan pemahaman yang cukup, dan juga perlu memahami tujuan yang ingin diraihnya secara sempurna.
Sebagaimana seorang muslim yang ingin melaksanakan ibadah haji, dia mesti memiliki pengetahuan yang sempurna tentang segala sesuatu yang berkaitan dengan haji. Begitu pula sebuah parti berideologi yang berusaha membangkitkan kaum muslim, parti tersebut mestilah memiliki pemahaman yang sempurna tentang fikrah yang mampu membangkitkan kaum muslim. Jika tidak, kegagalanlah yang akan menjadi buah (hasil) segala aktivitinya.
Adapun berkaitan dengan thariqah (metode), ia merupakan pengetahuan tentang tatacara aktiviti mewujudkan fikrah dalam realiti kehidupan. Setelah sebuah parti dapat memenuhi syarat memahami fikrah dengan pemahaman yang sempurna, maka parti tersebut perlu mengetahui (dengan bersumberkan ideologinya) cara mencapai tujuan tersebut. Dengan merujuk pada ideologi, kita mendapati bahawa fikrah kebangkitan memerlukan aktiviti yang boleh mewujudkan Daulah Islam, dan untuk mewujudkan Daulah Islam ini hanya ada satu jalan yang perlu diikuti, yakni thariqah Rasulullah SAW.
Bahawasanya setiap fikrah dari berbagai pemikiran ideologi memiliki metode tertentu untuk menerapkannya. Mengambil metode apa pun, selain metode ideologi, sebagai pelindung untuk merealisasikan fikrah ideologi akan dianggap sebagai penyimpangan dan pemberontakan terhadap ideologi, mengakibatkan aktivitinya menjadi aktiviti yang tidak berideologi lagi, atau malah menyalahi Islam. Contohnya, Allah SWT telah meminta kita untuk melaksanakan ibadah haji dengan firman-Nya,
وَلِلّٰهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ اِلَيْهِ سَبِيْلًا ۗ وَمَنْ كَفَرَ فَاِنَّ اللّٰهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعٰلَمِيْنَ
“Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barang siapa mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (TMQ Ali Imran: 97).
Ketika kita ingin melaksanakan fikrah ini, kita wajib mencari metode (thariqah) dari ideologi ini sendiri, kita tidak boleh menetapkan metodenya berdasarkan akal kita atau mengambil metode dari ideologi lain. Begitu juga dengan berbagai fikrah Islam lainnya yang salah satu di antaranya adalah fikrah beraktiviti mewujudkan negara Islam.
Dengan merujuk pada ideologi, kita mendapati bahawa Rasulullah SAW telah melakukan aktiviti untuk mewujudkan Daulah Islam sehingga kita wajib untuk mengikuti langkah Rasulullah SAW dalam hal itu.
وَمَآ اٰتٰىكُمُ الرَّسُوْلُ فَخُذُوْهُ وَمَا نَهٰىكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوْاۚ وَاتَّقُوا اللّٰهَ ۗاِنَّ اللّٰهَ شَدِيْدُ الْعِقَابِۘ
“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.” (TMQ Al-Hasyr: 7).
Nabi SAW bersabda,
“Barang siapa yang tidak menyukai sunnahku, maka dia tidak termasuk golonganku.”
Dengan berdasar pada hal ini, maka parti wajib mengambil fikrah dan thariqah dari ideologi (al-mabda’)-nya sendiri, yakni untuk menjamin keberhasilan sesuatu aktiviti dan terealisasinya sebuah tujuan, fikrah, dan thariqah mestilah bersumber dari ideologi itu sendiri. Parti wajib mengaitkan fikrah dengan thariqah ketika melaksanakan sesebuah aktiviti yang dilakukan demi terwujudnya Daulah Islam sehingga dapat mewujudkan ideologi Islam dalam kancah kehidupan dan merealisasikan kebangkitan yang benar bagi umat Islam.
Oleh kerana itu, aktiviti yang dilakukan untuk mewujudkan Islam dalam kehidupan atau untuk melanjutkan kehidupan Islam tidak boleh ditegakkan di atas asas pemikiran selain pemikiran (fikrah) mendirikan Daulah Islam. Aktiviti untuk mewujudkan Daulah Islam juga tidak boleh dilakukan kecuali dengan mengikuti dan tetap dengan metode yang telah dijalankan Rasulullah SAW,
قُلْ هٰذِهٖ سَبِيْلِيْٓ اَدْعُوْٓا اِلَى اللّٰهِ ۗعَلٰى بَصِيْرَةٍ اَنَا۠ وَمَنِ اتَّبَعَنِيْ ۗوَسُبْحٰنَ اللّٰهِ وَمَآ اَنَا۠ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ
“Katakanlah, ‘Inilah jalan (agama)-ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.” (TMQ Yusuf: 108).
Berbagai usaha harakah dan parti pada masa lalu telah menemui kegagalan, tiada lain kerana parti dan harakah tersebut tidak memahami fikrah dan thariqah yang dapat membawa pada kebangkitan. Berbagai harakah serta parti yang tidak diasaskan daripada Islam pasti akan menemui kegagalan, cepat atau lambat, kegagalan mereka itu akan terlihat jelas di hadapan mata.
Berdasarkan pemahaman atas aktiviti Rasulullah SAW , kita dapat menetapkan kekeliruan dan kegagalan mereka yang menyeru kepada Islam dalam bentuk yang terbuka (tidak fokus), yakni menyeru kepada Islam tanpa adanya kristalisasi pemikiran dan pemahaman. Mereka tidak menyeru kepada pemikiran dan pemahaman yang bisa merealisasikan kebangkitan.
Mereka malah menyeru kepada pemikiran lain, walaupun masih boleh dikategorikan sebagai pemikiran Islam, seperti idea memusatkan diri pada ibadah, solat – solat sunat, pemurnian hadis Nabi, memerangi bidaah, dan sebagainya. Idea-idea seperti ini, walaupun berasal dari Islam dan seorang muslim mesti memiliki ciri-ciri seperti itu, tetapi ketahuilah bahawa itu semua tidak akan pernah membawa kita pada kebangkitan, kerana idea-idea tadi merupakan idea-idea cabang (al-afkar al-far’iyyah), bukan idea mendasar (al-fikrah al-asasiyah). Selain itu, juga kerana idea-idea tersebut meliputi hubungan manusia dengan Tuhannya, dan tidak menggambarkan hubungan manusia dengan sesamanya.
Idea-idea seperti ini hanya menunjukkan ketidakfahaman mereka akan ideologi Islam, ketidaktahuan akan perjalanan hidup nabi (as-sirah an-nabawiyah) dengan segala aktivitinya, dan juga ketidakfahaman terhadap realiti masyarakat yang sebenarnya, yang terbentuk dari manusia, pemikiran, perasaan, dan sistem (peraturan) yang diterapkan.
Hal lain terlihat pada usaha untuk mewujudkan Islam dalam kehidupan melalui parlimen, kementerian, dan dewan dalam sistem demokrasi. Selain kerana haram, cara seperti itu juga menyalahi metode Rasulullah SAW. Rasulullah SAW menolak menerima kekuasaan yang ditawarkan kaum Quraisy kecuali secara menyeluruh dan bersifat revolusioner. Beliau tidak rela mendapatkan kekuasaan yang masih berada dalam naungan undang-undang kufur. Tawaran itu tidak mengurangkan serangan beliau terhadap akidah dan sesembahan mereka.
Ibnu Hisyam meriwayatkan dalam sirahnya bahawa beberapa pembesar Quraisy diutus kepada Nabi Muhammad SAW dan setelah berbicara panjang lebar, mereka mengatakan, “Seandainya engkau dengan perkataan yang engkau bawa ini hanya untuk mencari harta, akan kami kumpulkan harta-harta kami untuk diberikan kepadamu sehingga engkau menjadi orang yang terkaya, dan jika engkau ingin mendapatkan kemuliaan dalam pandangan kami, maka akan kami angkat engkau sebagai pemimpin kami, dan jika engkau ingin mendapat kekuasaan, akan kami jadikan engkau sebagai penguasa (raja) bagi kami … dan seterusnya.”
Rasulullah SAW menolak kekuasaan yang bersyarat. Dikatakan dalam sirah tersebut: Bahawasanya beliau mendatangi bani Amir bin Sha’sha’ah dan menyeru mereka untuk memeluk agama Allah dan dan menawarkan dirinya pada mereka. Berkatalah salah seorang dari mereka yang bernama Buhairah bin Faras, “Demi Allah seandainya aku mengambil pemuda ini dari orang Quraisy, nescaya aku dibinasakan bangsa Arab kerananya.” Kemudian dia bertanya, “Bagaimana pendapatmu bila kami bersumpah setia padamu dan membantu perkaramu itu kemudian Allah memenangkan kamu atas orang-orang yang menderhakaimu, apakah kekuasaan tersebut akan diserahkan kepada kami sepeninggalanmu?” Beliau bersabda bahawa kekuasaan itu semata milik Allah SWT yang akan ditetapkan pada siapa saja yang dikehendakinya. Orang itu pun berkata, “Apakah kami perlu mempertaruhkan batang leher ini pada orang Arab untuk melindungi kamu, sedangkan setelah Allah memenangkan kamu, maka kekuasaan itu tidak menjadi milik kami sepeninggalanmu? Kami tidak berhajat dengan urusanmu itu.” Mereka pun enggan menolong beliau.
Oleh kerana itu, sebuah parti berideologi tidak boleh sama sekali meminta atau berusaha meraih kekuasaan yang perlu dibahagi-bahagi atau bersyarat. Kerana semua ini—selain menjadi tindakan bunuh diri secara politik—haram hukumnya. Tindakan ini menyalahi metode yang telah ditempuh Rasulullah SAW.
Bermula dari pemahaman tentang fikrah (idea) dan thariqah (metode), sebuah parti mesti memahami bahawa iat tidak boleh menggunakan cara-cara yang bersifat fizikal seperti pembunuhan, pemberontakan, dan sebagainya. Ini tiada lain kerana Rasulullah SAW —selain kerana beliau tidak pernah melakukan hal itu—telah melarangnya dan memerintahkan untuk bersabar atas penderitaan dan seksaan yang menimpa.
Ibnu Hisyam berkata dalam sirahnya “Banu Makhzum mengeluarkan (membawa keluar) Ammar bin Yasir beserta ibu dan bapanya, mereka itu (Yasir) termasuk orang yang telah memeluk Islam. Jika hari telah panas (menjelang siang), mereka menyeksanya di daerah yang sangat panas dari Mekah. Rasulullah SAW lalu di hadapan mereka seraya berkata, “Bersabarlah wahai keluarga Yasir, sungguh tempat yang dijanjikan untuk kalian adalah syurga.”
Dikatakan pula dalam sirah terkait Baiat Aqabah Kedua: Abbas telah berkata kepada beliau tentang Ubadah bin Nashlah, “Demi Allah, Zat yang telah mengutusmu dengan membawa kebenaran, seandainya engkau inginkan, nescaya kami akan pergi memerangi penduduk Mina esok pagi,” maka Rasulullah SAW bersabda, ‘Kita belum diperintahkan untuk itu. Oleh kerana itu, kembalilah ke tempat tinggal kalian.”
Dua contoh ini menunjukkan dengan sangat terang dan jelas bahawasanya Rasulullah SAW dan partinya tidak pernah menggunakan cara-cara yang bersifat tindakan fizikal dalam menyebarkan dakwah sebelum tegaknya Negara Islam. Ada banyak dalil lain yang menunjukkan tidak boleh menggunakan cara fizikal tersebut. Beliau telah bersabda, “Kita belum diperintah untuk itu.”
Dalam pernyataan seperti ini, ada bantahan yang jelas atas orang-orang yang kadang menyangka bahawa Rasulullah SAW dan partinya tidak melakukan hal itu kerana adanya ketidakseimbangan kekuatan fizikal antara kekuatan Islam yang serba terbatas dengan kekuatan kafir yang begitu besar. Berdasarkan teks hadis ini, jelaslah bahawa semua itu kerana Rasulullah SAW —yang beliau tidaklah berbicara kecuali merupakan wahyu yang diberikan Allah kepadanya—belum mendapatkan perintah daripada Allah untuk melakukan berbagai aktiviti yang bersifat fizikal. Dengan demikian, turunnya ayat pertama yang mengizinkan aktiviti fizikal tersebut, yakni ayat,
اُذِنَ لِلَّذِيْنَ يُقَاتَلُوْنَ بِاَنَّهُمْ ظُلِمُوْاۗ وَاِنَّ اللّٰهَ عَلٰى نَصْرِهِمْ لَقَدِيْرٌ
“Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu.” (TMQ Al-Hajj: 39).
Hanya dengan satu ayat ini saja—ayat ini turun ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah dan menjadi ayat pertama tentang perang (al-qital)—Rasululllah kemudian membentuk tentara dan memerangi musuh-musuhnya, dan ini terjadi setelah tegaknya Daulah Islam, bukan sebelumnya.
Beberapa contoh dalam tulisan sebelumnya dan banyak lagi contoh lainnya menjadi dasar pendapat kami tentang tidak boleh sesebuah parti menggunakan cara-cara yang bersifat fizikal dalam mengemban dakwah untuk tegaknya daulah. Jika ditanyakan: Bagaimanakah anda memahami hadis yang mendorong kaum muslim menggunakan kekuatan dalam amar makruf nahi mungkar seperti, “Barang siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya (kekuatan),” dan hadis tentang penguasa yang menampakkan kekufuran yang nyata, “Kecuali apabila kalian melihat kekufuran yang nyata (kufran bawwahan).”
Jika pertanyaan seperti itu diajukan, jawapannya berbentuk dua cara:
Pertama, bahawasanya pembahasan kita itu berkaitan dengan spesifikasi parti berideologi dalam Islam, bukan tentang spesifikasi individu-individu muslim, atau tentang spesifikasi penguasa muslim, atau Daulah Islam, atau tentang persyarikatan dalam Islam. Oleh kerana itu, beberapa perkara ini mestilah boleh dibezakan agar tidak terjadi campur-aduk masalah.
Islam telah memerinci setiap perkara tadi dan menetapkan beberapa syarat dan spesifikasi tertentu untuk setiap perkara tersebut, baik yang berkaitan dengan perubahan (aktiviti mengubah, pen.), aktiviti untuk menghilangkan kemungkaran, atau lainnya. Begitu juga dengan parti. Parti memiliki hukum-hukum, kewajipan-kewajipan, dan spesifikasi yang tentunya berbeza dengan hukum, kewajipan, dan spesifikasi yang ada pada umat dan individunya.
Kadangkala terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh seorang bukan tentera, tetapi tidak boleh dilakukan oleh seorang anggota tentera. Begitu juga ada beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh individu umat ini, tetapi dilarang bagi parti berideologi.
Oleh kerana itu, penggunaan cara-cara fizikal dalam usaha perubahan hanya boleh bagi umat—bila mampu—mengubah realiti tersebut dengan kekuatan dan senjata.
Sedangkan parti berideologi tidak boleh melakukan hal tersebut, baik parti tersebut memiliki kekuatan atau tidak. Ini tiada lain kerana Rasulullah SAW —sebelum tegaknya negara Islam—tidak melakukan aktiviti tersebut, bahkan mencegahnya sebagaimana telah dipaparkan dalam pembahasan sebelumnya.
Dengan demikian, sebuah parti berideologi wajib mempelajari Islam dengan baik agar dapat mengetahui perkara-perkara yang baik dan yang buruk baginya serta mengetahui pula yang boleh dilakukan olehnya dan yang tidak boleh dilakukan. Kerana parti itu berbeza dengan individu, berbeza dengan negara, dan semua itu memiliki hukum spesifik tersendiri.
Sebagaimana juga dengan negara. Negara wajib mencambuk pezina dan peminum khamar, dan mesti memotong tangan pencuri serta menegakkan hukum hudud seluruhnya. Namun semua perkara ini tidak diwajibkan ke atas individu, bahkan diharamkan atas mereka. Selain negara tidak boleh melaksanakan hukum had, baik individu ataupun parti.
Begitu pula bahawasanya parti berbeza dengan individu. Parti tidak boleh melaksanakan perkara-perkara yang menjadi kewajipan negara atau kewajipan individu. Parti hanya boleh melaksanakan kewajipan parti saja.
Kedua: adalah benar bahawa Islam telah sempurna setelah wafatnya Rasulullah SAW dan belum sempurna sepanjang fasa di Mekah. Wajib bagi kaum muslim untuk berkomitmen dengan Islam sepenuhnya dan tidak boleh hanya ber-iltizam (berkomitmen) dengan perkara yang ada pada fasa Mekah. Walaupun hal itu benar, tetapi boleh dipastikan seorang muslim ketika ingin melaksanakan sesuatu aktiviti tertentu dari ajaran Islam, dia tidak perlu membahas Islam seluruhnya. Dia cukup membahas idea (fikrah) yang dicarinya dan thariqah-nya menurut syarak. Ketika membahas hukum jihad, contohnya, anda tidak perlu membahas zakat, solat, atau puasa. Begitu juga ketika membahas syarat parti, maka persyaratan terkait tentera Islam tidak perlu turut dibahas, begitu seterusnya.
Dengan merujuk kepada ideologi, kita mendapati bahawa persyaratan parti Islam itu telah ada secara sempurna sebelum berdirinya negara. Hal ini kerana tidak ada parti Islam yang berusaha mendirikan Daulah Islam setelah berdirinya Daulah Islam, kerana hal itu tidak perlu. Parti Islam yang ada selanjutnya menghadkan diri hanya menjadi parti yang bertugas untuk memuhasabah penguasa, tidak menjadi parti yang bertugas mendirikan negara. Keadaan ini terus berlangsung hingga runtuhnya Daulah Islam di Turki.
Idea penubuhan parti Islam untuk mendirikan negara sejak mula timbul sehingga parti-parti ini diwajibkan merujuk kepada kehendak parti ideologi seperti yang dipenuhi oleh parti Rasulullah SAW. Sebuah parti yang diasaskan oleh beliau dan digunakan untuk merealisasikan satu-satunya matlamat, iaitu untuk menubuhkan Negara Islam.
Dengan ini jelaslah kerosakan metode (thariqah) yang selama ini diikuti oleh sebahagian harakah Islam yang akibatnya membawa pada kegagalan harakah tersebut. Hal itu tiada lain kerana Rasulullah SAW dalam dakwahnya menggunakan perang pemikiran, bukan peperangan fizikal. Ketika Rasulullah SAW mempergunakan perjuangan politik, beliau dapat membongkar keburukan para pembesar Arab dan menyingkapkan kesalahan, tipu daya, dan rekayasa mereka, serta mencabar mereka dengan segenap kemampuan sehingga tercabutlah permaidani dari bawah kaki mereka.
Kita melihat sebahagian harakah telah dan sedang menjalani metode yang bertentangan dengan thariqah Rasulullah SAW. Mereka malah menggunakan strategi berpihak kepada penguasa, mencari muka dan bersikap munafik di depan mereka, padahal sikap seperti ini diharamkan kerana menyalahi metode Rasulullah SAW dan firman Allah SWT ,
وَدُّوْا لَوْ تُدْهِنُ فَيُدْهِنُوْنَۚ
“Maka mereka menginginkan susaha kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak (pula kepadamu).” (TMQ Al-Qalam: 9).
Ketika Rasulullah SAW beraktiviti mewujudkan Islam, kemudian memusatkan aktivitinya itu pada satu titik tertentu, kemudian bergerak ke seluruh dunia, ini berlaku ketika beliau mula-mula dapat mewujudkan Islam di Madinah, dan menjadikannya sebagai titik tumpu secara sempurna yang kemudiannya menjalar ke seluruh dunia. Namun, saat ini, kita malah melihat sebahagian harakah sebaliknya melakukan aktiviti yang bertentangan dengan aktiviti Rasulullah SAW.
Parti-parti ini menghantar para dai ke berbagai tempat yang disepakatinya dan mereka menyangka bahawa aktiviti tersebut merupakan khidmat terhadap Islam, padahal sebenarnya metode aktiviti seperti ini, selain bertentangan dengan metode Rasulullah SAW (terkait aktiviti kepartian -pen.), sesungguhnya bertentangan pula dengan kaedah pemikiran yang sehat.
Dengan demikian, sebuah parti mestilah mempelajari hukum-hukum Islam, memahami fikrah aktiviti yang dilakukan untuk membangkitkan umat dan fikrah menegakkan negara Islam, serta perlu mengaitkan fikrah yang murni dengan pelaksanaan aktiviti tersebut. Tanpa ini semua, teraihnya sebuah tujuan yang diinginkan nescaya menjadi sesuatu yang mustahil sehingga tidak akan pernah ada kebangkitan yang benar (an-nahdlah ash-shahih), dan tidak akan pernah tegak Daulah Islam sebagaimana yang dituntut oleh Islam, serta tidak akan pernah diperoleh apa yang disebut sebagai redha Allah SWT. Parti tersebut akan mengalami kebingungan dengan fikrahnya sendiri, melangkah tanpa arah dalam segala aktivitinya, serta berjalan menuju gerbang kegagalan yang tidak dapat dielakkan lagi.
[Bersambung ke bahagian 3/5]
Sumber artikel: Syeikh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)