[Ath-Thariq] Persyaratan Parti Berideologi (Bahagian 5/5)
Penulis: Syeikh Ahmad Athiyat
- Memahami dunia dan berbagai peristiwa yang terjadi secara politik dan mampu melihat berbagai indikasi politik.
Sesungguhnya aktiviti untuk mewujudkan Islam dalam kancah kehidupan dengan cara menegakkan negara Islam merupakan aktiviti politik dan menuntut pelaksanaan dari aktiviti politik tersebut. Lebih-lebih lagi di medan perjuangan politik yang memerlukan sesebuah parti untuk memahami sepenuhnya berbagai permainan antarabangsa dan para penguasa yang merencanakan langkah-langkah, tindakan politik, dan makar untuk memukul umat Islam dan menjauhkan umat dari agamanya itu.
Dengan demikian, sebuah parti hendaklah memahami politik dalam negeri yang didiaminya dan politik dunia antarabangsa. Hal itu tiada lain agar dapat memberikan perlawanan terhadap musuh-musuh ideologi. Ia juga perlu memahami politik negara-negara yang saat ini sedang mengatur halatuju dunia sehingga mengetahui tatacara hubungan dengan mereka, serta menggagalkan langkah-langkah mereka sebelum dan sesudah tegaknya negara Islam.
Pemahaman politik menuntut parti untuk memahami dan menyingkap permainan negara penjajah kafir, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan umat Islam dan harakah Islam. Hal ini penting sekali agar parti tidak terjerumus ke dalam perangkap (jerat) penjajahan dan para hambanya yang dengan berbagai cara berusaha untuk membinasakan umat, atau setidaknya membelokkan umat atau harakah Islam, serta menyimpangkan dan menjauhkan mereka dari niat dan tujuan asal.
Pemahaman politik menuntut parti agar memiliki pandangan politik yang spesifik (khusus) terhadap dunia dan berbagai peristiwa politik yang terjadi di sana. Pandangan ini perlu bermula dari ideologi Islam sehingga peristiwa politik dapat difahami serta ditetapkan status hukum syaraknya.
Akibat dari tiada pemahaman politik adalah timbulnya konsekuensi yang sukar, serta bahaya yang akan menghancurkan parti dan umat. Di antara beberapa langkah berbahaya tersebut adalah sikap menerima untuk bekerjasama dengan negara-negara kafir penjajah atau para pengekornya sehingga sikap tersebut mengakibatkan parti jatuh dalam cengkaman penjajah dan hilangnya kepercayaan umat terhadap parti tersebut.
Inilah syarat yang paling penting yang mesti dipenuhi sebuah parti berideologi sehingga ia mampu mencapai tujuan yang diinginkan. Bila syarat-syarat ini terpenuhi oleh sebuah parti, wajib bagi kaum muslim untuk menggabungkan diri ke dalam parti tersebut sebagai sambutan atas perintah Allah SWT.
Sumber artikel: Syeikh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)