[Sorotan Ketabahan Muslimah Palestin]
Muslimah Pemberani – Dr Amira Al-Assouli (Pakar Obstetrik dan Ginekologi)
Dr Amira adalah antara sosok muslimah Palestin yang berani dan telah mendapat perhatian media dan dunia sehingga beliau digelar ‘Wira Khan Younis’ dan ‘Wanita Besi’ oleh kebanyakan yang melihat keberaniannya menyelamatkan seorang pemuda yang disyaki ditembak di luar bangunan Hospital Nasser di Khan Younis.
Di saat itu, pengganas Israel sedang mengepung bangunan hospital tersebut. Namun, Dr Amira yang juga dikatakan kembali ke Gaza dari Mesir sejak 7 Oktober 2023 itu dengan beraninya, sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan pemuda tersebut.
____
Walaupun dalam keadaan genting, dalam keadaan nyawa yang bila-bila masa sahaja boleh terkorban, muslimah pemberani ini tidak gentar demi menyelamatkan satu nyawa manusia. Sudah pasti inshaAllah rasa berani itu hadir dengan sandaran keyakinannya hanya kepada Allah Swt. dia mendapat pertolongan dan perlindungan. Sifat berani ini wajar dicontohi khususnya oleh para muslimah di luar sana agar menjadi insan yang berani menghadapi apa jua cabaran dan rintangan dalam menghadapi kehidupan seharian serta meletakkan harapan dan keyakinan hanya kepada Allah Swt.
Sumber: WAFA (Palestine News & Info Agency)
#MuslimahIdeal