Nasib Buruk Anak-Anak Akibat Konflik di Dunia
Konflik merebak di seluruh penjuru dunia dan mencatat angka tertinggi dalam 30 tahun terakhir. Selain serangan Zi*nis di Semenanjung Gaza, terdapat sekurangnya 100 konflik bersenjata lain di Asia, Afrika, Amerika Latin, dan Eropah. Di antara banyaknya konflik perang, Palestin paling banyak ditonjolkan kerana jumlah korban anak-anak adalah yang paling banyak.
Setahun genosid Gaza, korban anak-anak yang terbunuh akibat serangan brutal Zi*nis mencapai 16,500 jiwa. Pesuruhjaya Agung Agensi Batuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini mengatakan bahawa lebih banyak anak dilaporkan terbunuh dalam perang Gaza dibandingkan dengan empat tahun konflik di seluruh dunia yang jumlahnya mencapai 12,193 anak.
Laporan lembaga kemanusiaan Oxfam menyebut jumlah korban wanita dan anak yang tewas dalam keganasan tentera Zi*nis di Gaza lebih banyak dibandingkan seluruh konflik di dunia selama 20 tahun terakhir. Laporan tersebut juga menyebutkan bahawa lebih dari 25 ribu anak menjadi yatim atau yatim piatu, serta mengalami cacat kekal, kecemasan, dan trauma.
Dampak Konflik
Konflik perang memiliki dampak yang sangat besar terhadap anak-anak, baik secara fizikal, emosional, mahupun sosial. Berdasarkan laporan yang diterbitkan oleh Save the Children, pada 2022, lebih dari 142 juta anak di seluruh dunia, sebahagian besar dari negara-negara majoriti muslim, hidup di dalam zon konflik.
Di Yaman, sejak bermulanya konflik pada 2015, dianggarkan sebanyak 85,000 anak kecil meninggal dunia kerana kelaparan atau disebabkan penyakit yang dapat dicegah (laporan 2021). Sebahagian besar (70%) anak-anak di Yaman mengalami trauma psikologi akibat perang berlanjutan. Berdasarkan laporan WHO pada 2023, lebih dari 80% anak-anak Yaman memerlukan bantuan kemanusiaan segera dan lebih dari dua juta anak menderita malnutrisi dengan sekitar 400,000 anak di antaranya dalam keadaan yang mengancam nyawa.
Laporan Human Rights Watch yang diterbitkan pada 2022 mengatakan bahawa anak-anak di zon konflik seperti Gaza dan Syria ditangkap dengan sewenang-wenangnya, dikasari dan diseksa oleh pihak-pihak yang bertikai.
Di Syria, dianggarkan sebanyak 25,000 anak-anak dipaksa meninggalkan rumah mereka setiap bulan akibat pertempuran yang berlanjutan. Menurut laporan WHO pada 2022, konflik yang berlanjutan di Afghanistan dan Irak menyebabkan kadar kematian anak di bawah 5 tahun meningkat secara drastik. Di Afghanistan, angka kematian anak mencapai 58 dari 1,000 kelahiran (data 2022).
Sementara itu, laporan UNHCR pada 2023 menyebutkan dari 13.5 juta pelarian anak di seluruh dunia, sebahagian besar berasal dari negara-negara muslim seperti Syria, Afghanistan, dan Sudan Selatan.
Di Gaza, perang telah menyebabkan seramai 625,000 pelajar sekolah kehilangan kesempatan untuk mendapatkan satu tahun sesi pembelajaran penuh kerana kerosakan bangunan sekolah dan fasiliti pendidikan lainnya. Hampir 93% dari 564 buah sekolah di Gaza mengalami kemusnahan teruk, sekitar 85% sekolah perlu dibina semula.
Lebih dari separuh anak-anak di Timur Tengah buta huruf atau tidak memahami teks yang sesuai usia pada usia 10 tahun. Dianggarkan sebanyak 15 juta anak usia sekolah—dengan rentang usia lima hingga 14 tahun—tidak bersekolah dan 10 juta lainnya berisiko terputus dari pembelajaran di sekolah. Di luar kawasan Timur Tengah, korban anak-anak yang meninggal akibat perang Rusia-Ukraine mencapai 972 nyawa.
Data di atas menunjukkan betapa konflik di wilayah negeri umat Islam dan negeri lainnya sangat memberi kesan dan impak yang merugikan kepada anak-anak. Bermula dengan kehilangan orang tuibu bapa dan keluarga, hilang akses pendidikan, kesihatan, keamanan, trauma psikologi yang mendalam, hilang tempat tinggal, hingga diancam kelaparan dan malnutrisi.
Meskipun usaha pemulihan jangka panjang dan bantuan kemanusiaan dilakukan berbagai organisasi antarabngsa, data tersebut membuktikan bahawa peranan badan-badan antarabangsa yang ada saat ini mandul dan gagal mengatasi krisis serta gagal menghentikan konflik. Berbagai rundingan dan diplomasi tidak dapat menyelesaikan konflik. Ini kerana langkah-langkah tersebut hanya bersifat sementara dan tidak mengatasi akar permasalahannya.
Akar Masalah Konflik Dunia
Konflik sering kali dipicu oleh kepentingan ekonomi dan politik negara-negara kapitalis yang ingin memperluas pengaruh mereka. Kerakusan dalam mengejar sumber daya, pasaran baru, dan kawalan geopolitik dapat memicu ketegangan antara negara.
Hal ini tidak boleh dilepaskan dari ideologi kapitalisme dan metode penyebarannya. Barat mengimplementasikan ideologi kapitalisme dengan penjajahan (imperialisme), iaitu pemaksaan dominasi politik, budaya, dan ekonomi atas bangsa-bangsa yang dikuasai untuk dieksploitasi. Imperialisme sebagai thariqah (metode) ideologi kapitalisme bersifat tetap dan tidak berubah. Jika dahulu dikenal sebagai penjajahan gaya lama yang terpusat pada dominasi militer, kini berkembang menjadi penjajahan gaya baru (neoimperialisme) yang bertumpu pada aspek lain.
Contohnya AS yang bertumpu pada aspek ekonomi (hutang luar negeri) dan apa yang dinamakan dengan “rencana pembangunan”, di samping tekanan politik dan berbagai embargo. Selain itu, AS juga menggunakan cara dominasi militer atas berbagai bangsa dan umat untuk menundukkan mereka di bawah pengaruh dan kehendaknya.
Keterlibatan dan keaktifan negara-negara kapitalis Barat, seperti AS, Britain, dan Perancis selama beberapa dekad, mulai dari serangan ke atas Irak (memerangi ISIS), hingga pengiriman senjata ke Zi*nis dan Arab Saudi tidak lain bertujuan untuk:
Pertama, mengukuhkan penjajahan kapitalisme melalui eksploitasi minyak atau bahan mentah lainnya. Ini seperti yang AS lakukan terhadap kawasan Timur Tengah.
Kedua, mengamankan kepentingan AS dan Barat di kawasan yang dilanda konflik, seperti di Timur Tengah. Kawasan tersebut adalah pasaran penting bagi perekonomian AS dan sekutunya, khususnya perkakasan militer.
Berdasarkan laporan Institut Penelitian Perdamaian Internasional Stockholm, kawasan ini menerima eksport senjata AS terbanyak antara 2019 hingga 2023 sebanyak 38%. Di antara negara penerima bekalan senjata AS ialah Arab Saudi, Qatar, Kuwait, dan Zi*nis.
Begitu jug dengan perang Rusia-Ukraine. AS ikut campur dalam rangka memastikan kedudukannya sebagai negara adidaya dan pengemban ideologi kapitalisme tidak tergugat oleh pengaruh Rusia atau negara mana pun.
Dengan demikian, keterlibatan dan campur tangan AS dan negara kapitalis lain tidak lain untuk memastikan keselamatan kedudukan dan kepentingan mereka di kawasan konflik. Tidak dinafikan, konflik antara negara yang dilanda konflik perang berpanjangan seakan memang “dipelihara” demi menjaga kepentingan geopolitik Barat dan ideologi kapitalisme.
Mangsa terburuk akibat konflik ini sudah pasti anak-anak. Alhasil, bencana generasi menjadi ancaman nyata. Anak-anak yang menjadi mangsa ini kehilangan harapan membangun cita-cita dan masa depan yang cerah akibat konflik berpanjangan.
Pentingnya Menjaga Generasi
Melindungi anak dan generasi sangat penting dan vital bagi keberlangsungan umat. Anak memiliki peranan penting bagi sebuah peradaban. Sebuah negara hendaklah memiliki generasi masa depan yang berkualiti bagi membentuk peradaban unggul dan cemerlang. Lahirnya generasi unggul tidak akan terwujud di wilayah yang rentan dengan konflik dan peperangan.
Bagaimana tidak, konflik atau perang yang berlangsung lama akan menurunkan kualiti generasi, baik dari sudut fizikal mahupun psikik. Pertumbuhan tubuhnya terhambat disebabkan akses kepada makanan yang sukar dan tahap kebersihan yang buruk. Perkembangan mentalnya turut terganggu disebabkan situasi yang terus bergejolak tiada henti. Kecerdasan pemikirannya juga akan sukar berkembang kerana akses kepada pendidikan juga turut terputus akibat perang.
Di antara prasyarat agar sebuah peradaban mulia terwujud ialah dengan terpenuhinya hak-hak anak, mulai dari makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan, dan keselamatan.
Solusi Tuntas
Kepemimpinan ideologi kapitalisme dan imperialisme telah membawa masalah ini untuk satu tempoh yang panjang, iaitu anak-anak menghadapi krisis masa depan. Anak-anak dan umat manusia memerlukan solusi tuntas yang menjadikan dunia aman sehingga mereka dapat hidup berdampingan secara damai. Menciptakan persekitaran yang selamat dan mendukung bagi anak-anak di Kawasan konflik sangat adalah sangat penting untuk membantu mereka pulih dan membangun masa depan yang lebih baik. Masa depan tersebut mestilah dengan Islam. Mengapa mesti Islam? Berikut adalah alasannya:
Pertama, dakwah Islam sangat berbeza dengan imperialisme Barat. Dakwah Islam bertujuan menyebarluaskan Islam ke seluruh penjuru dunia dengan amar makruf nahi mungkar. Sedangkan penjajahan atau imperialisme adalah kemungkaran yang mesti dilawan dan dicegah. Ketika dakwah dan jihad masuk ke suatu negeri melalui penaklukan, Islam mampu menjaga dan melindungi orang awam, terutamanya wanita dan anak-anak. Tidak ada satu pun bukti sejarah yang menyebutkan terjadinya pembunuhan dan pembantaian penduduk non-muslim tatkala Islam menguasai suatu negeri. Yang terjadi justeru penduduk setempat berbondong-bondong masuk Islam tanpa dipaksa atau terpaksa.
Kedua, sistem Islam kaffah akan melindungi anak-anak dari berbagai ancaman. Dalam pandangan Islam, anak adalah generasi penerus yang mesti terpenuhi dan terjamin keperluannya. Islam tidak akan membiarkan bencana generasi terjadi. Dalam sistem Islam, negara akan memenuhi keperluan asasi anak-anak, seperti makanan bergizi, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, kesihatan, dan keselamatan.
Pada aspek keperluan asasi seperti makanan, pakaian dan termpat tinggal, negara akan memastikan setiap ketua keluarga dapat mencari nafkah untuk memenuhi keperluan asas keluarganya. Negara juga akan menyediakan sumber makanan dengan harga yang sesuai serta menawarkan rumah dan tanah dengan akses mudah. Dalam aspek pendidikan, kesihatan, dan keselamatan, negara akan memenuhinya secara percuma. Negara menerapkan kurikulum berbasakan akidah Islam sehingga anak memiliki keimanan kuat dan keperibadian Islam yang khas.
Tidak dimungkiri, dakwah dan jihad sebagai kebijakan luar negeri Khilafah pasti memerlukan peranan dan kontribusi setiap lelaki muslim untuk sentiasa bersedia berjuang di medan jihad dengan pelatihan dan pembekalan alat militer yang cukup. Persedian bagi jangkaan masa depan anak-anak yang kehilangan sosok ayah kerana berjihad, negara akan menjamin kemudahan keluarga memenuhi keperluannya dan memberikan pembinaan serta pemahaman perihal kemuliaan jihad dan orang-orang yang syahid di jalan-Nya. Dengan dukungan sistem pendidikan dan pembinaan dari negara, anak-anak akan tumbuh menjadi sosok peribadi yang kuat, termotivasi menjadi mujahid, dan terdorong meningkatkan kecerdasan dalam berbagai disiplin ilmu.
Ketiga, kehadiran negara Khilafah untuk menerapkan Islam secara menyeluruh. Dengan Khilafah, kehormatan kaum muslim di seluruh negeri Islam akan terlindungi sehingga tidak ada lagi konflik antara muslim atau penjajahan Barat atas negeri-negeri Islam. Khilafah akan menghilangkan sempadan-sempadan negara bangsa, suku, ras, dan kelompok.
Kehadiran khalifah sebagai perisai akan mewujudkan persatuan hakiki. Nabi ﷺ bersabda, “Sesungguhnya seorang imam itu [laksana] perisai. Dia akan dijadikan perisai yang orang akan berperang di belakangnya dan digunakan sebagai perisai. Jika dia memerintahkan takwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla, dan adil, dia akan mendapatkan pahala. Tetapi, jika dia memerintahkan yang lain, dia juga akan mendapatkan dosa/azab kerananya.” (HR Bukhari dan Muslim)
Oleh kerana itu, umat Islam hendaklah mengenali musuh yang berada bersama mereka, iaitu ideologi sekuler kapitalisme. Umat juga hendaklah memahami bahawa harapan perubahan besar mesti diletakkan pada Islam, bukan kapitalisme, PBB, Barat, serta kroni-kroninya. Perjuangan menegakkan Khilafah Islamiyah mesti menjadi agenda utama agar anak-anak mendapatkan kehidupan yang aman, sejahtera, dan terpenuhi hak-haknya.
Sumber: https://muslimahnews.net/2024/10/09/32507/