[Ath-Thariq] Berbagai Macam Kesukaran yang Merintangi Parti Berideologi (Bahagian 2/4)
Penulis: Syeikh Ahmad Athiyat
Adanya ujian pada anggota parti itu merupakan sesuatu yang alamiah dan gugurnya sebahagian anggota parti akibat adanya ujian itu sehingga parti atau anggota lainnya tidak mampu menolongnya menjadi perkara yang juga alamiah. Ketahuilah, seksaan atas keluarga Yasir dan Muhammad SAW tidak mampu memberikan bantuan apa pun kecuali ucapan, “Bersabarlah wahai keluarga Yasir, sungguh tempat yang dijanjikan kepada kalian adalah syurga.”
Hal ini boleh difahami dan bersifat alamiah. Kemudian Ammar mengucapkan kata yang menunjukkan kekufuran (kalimat al-kufr) dan bersikap seolah-olah telah murtad yang diakibatkan adanya seksaan yang begitu pedih, maka hal ini juga boleh difahami.
Adapun keteguhan Bilal ketika ditindih batu oleh Umayyah dengan seksaan yang tidak berkesudahan, hal itu menjadi perkara yang tidak dapat difahami dan tidak masuk akal sehingga sosok seperti Abu Bakar atau mereka yang semisal Abu Bakar perlu bergerak dengan atau tanpa perintah Rasulullah SAW untuk menolongnya, selagi emas yang tersedia di genggaman Abu Bakar atau yang lainnya dapat meluluhkan hati si kafir.
Begitu juga keadaannya dengan parti dan para anggotanya. Seorang anggota parti ditahan dan perlu merasakan berbagai macam seksaan maka hal itu dapat difahami. Seandainya dia meneguhkan hati dan penuh keyakinan bahawa hati setiap anggota parti (syabab) tetap bersamanya kerana mereka tidak mampu memberikan bantuan apa pun, hal itu juga boleh difahami. Dan jika dia jatuh kerana tidak dapat bertahan, maka itu juga menjadi perkara logik yang boleh difahami.
Adapun seorang anggota parti yang meninggalkan partinya, disebabkan oleh perkara-perkara yang sebenarnya boleh diatasi oleh parti dan para syabab-nya, ini bukanlah kesukaran yang menghalang parti, sebaliknya, hal tersebut menunjukkan kebodohan kepimpinan, buruknya pengurusan, kacaunya pengawasan, serta ketidaksediaan. Atau boleh jadi juga kerana ketidakikhlasan dan ketidaktakwaan. Wallahualam.
Dengan demikian, sebutan “bertentangan ideologi parti dengan sistem yang ada” dengan adanya kesukaran (hambatan) adalah penamaan suatu perkara ditinjau dari karakter realitinya, bukan dari keputusasaan akan keberadaannya. Ini kerana pada hakikatnya di sebalik jubah penyeksaan terdapat kenikmatan, selain kerana hal itu menjadi perkara alamiah yang tidak dapat dihindari. Adanya berbagai kesukaran itu memberikan makna penting dan sesuatu yang tidak ternilai pada parti.
Sebuah parti yang tidak menceburkan diri dalam perang pemikiran dan konflik politik terhadap sistem yang berkuasa dalam masyarakat, tidak berhak dan tidak layak untuk disebut sebagai parti dan mencegah anda untuk menyebutnya parti berideologi. Wajarlah jika parti tersebut mati kerana tidak seorang pun merasakan apa-apa dengan kematiannya. Sebuah parti berideologi hendaklah mewaspadai perbaikan (reconciliation) atau perdamaian, dan pujuk rayu atau sikap persahabatan.
“Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu)..”(TMQ Al-Qalam: 9).
Contoh-contoh (sikap) tersebut jika mula dilakukan sebuah parti akan menjadi satu penjamin yang memastikan kematian parti dengan kematian yang tidak disesali seorang pun atau membawa parti pada kehancurannya setelah ia mengalami kemajuan pesat dalam perjalanan.
Untuk mengatasi kesukaran ini, kita mesti merenungkan parti-parti terdahulu yang telah melalui konflik dengan sistem yang memusuhi mereka, baik terhadap parti yang telah berjaya dalam perjuangan mereka ataupun yang telah gagal. Sebuah parti berideologi dan para mas’ul-nya (pengurus) hendaklah berusaha mengamati seteliti mungkin pengalaman parti-parti tersebut dan mengambil kesimpulan daripada kaedah mereka dalam melawan musuh-musuhnya, dan membekalkan seluruh anggotanya dengan intipati pengajaran tersebut kerana orang yang bijaksana adalah seseorang yang mahu mengambil nasihat dan pelajaran dari orang lain.
Menurut pendapat saya, pengalaman penting pada masa lalu adalah pengalaman Rasulullah SAW maka kita hendaknlah membaca sirah Nabi secara mendalam dan teliti dan menarik kesimpulan berharga daripada pelajaran yang dicontohkannya. Ingatlah bahawa dalam diri Rasulullah SAW terdapat uswatun-hasanah (suri teladan yang baik) bagi siapa saja yang mengharapkan redha Allah SWT dan kebahagiaan yang berkekalan pada hari akhir.
[Bersambung ke bahagian 3/4]
Sumber artikel: Syeikh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)