[Gaza Setahun Berlalu]
Serangan yang Belum Pernah Terjadi dan Mengerikan Terhadap Wartawan dan Petugas Sukarelawan
Pasukan Israel telah mensasarkan fasiliti kesihatan, pasukan konvoi bantuan, dan ambulans dengan jelas tanpa sebarang hukuman. Kumpulan misi bantuan melaporkan bahawa mereka telah berkongsi koordinat GPS fasiliti dan konvoi mereka dengan pihak berkuasa Israel untuk mengelakkan serangan yang tidak disengajakan — satu strategi yang dikenali sebagai `deconfliction’—namun fasiliti bantuan terus menjadi sasaran.
“Terdapat pengabaian sepenuhnya terhadap norma-norma peperangan moden,” kata Bob Kitchen, Naib Presiden untuk Kecemasan dan Tindakan Kemanusiaan di Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa (IRC).
Sejak Oktober, IRC telah menghantar dua pasukan perubatan kecemasan ke Gaza, tetapi terpaksa menarik mereka keluar kerana bimbang terhadap keselamatan. “Sama ada disebabkan kecuaian atau dengan niat sengaja, [petugas sukarelawan bantuan] tidak mendapat perlindungan di Gaza,” tambah Kitchen.
(Sumber: The New Humanitarian)
#belagaza #gaza1yearon