[Gaza Setahun Berlalu]
Kanak-Kanak Menjadi Yatim Piatu
7 Oktober 2024 menandakan peringatan pertama sejak setahun tragedi pembantaian rakyat Gaza. Namun, walaupun menjadi tragedi yang diketahui ramai, ini bukanlah satu-satunya ulang tahun peringatan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Palestin. Selama lebih 70 tahun, rakyat Palestin telah berdepan pembantaian demi pembantaian sementara dunia tetap buta terhadap penderitaan mereka. Selama lebih 70 tahun, kanak-kanak Palestin membesar sebagai yatim piatu dan menghadapi kekejaman rejim Zionis seorang diri.
Tidak terhitung banyaknya kanak-kanak yang terpaksa mendewasa dengan cepat setelah menyaksikan ibu bapa mereka gugur sebagai syuhada, dipenjarakan, atau hilang, meninggalkan mereka untuk berdikari. Dalam setahun terakhir, sekitar 18,000 kanak-kanak telah menjadi yatim piatu akibat genosid ini, banyak di antara mereka kini yang ditinggalkan tanpa keluarga.
Kanak-kanak menangis merindukan ibu bapa mereka, sementara yang lain tersenyum dalam kesedihan, meraikan ibu bapa mereka yang tidak lagi perlu menderita. Banyak kisah diceritakan tentang anak-anak yatim di Gaza, termasuk kisah seperti:
Nada berkata bahawa ayahnya adalah seorang lelaki yang hebat dan baik hati yang sangat menyayangi keluarganya.
“Dia tidak pernah membiarkan kami melakukan apa-apa yang sukar,” katanya. “Sekarang, semuanya menjadi sukar. Kami terpaksa mencari air dan melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh lelaki, tetapi kami tiada pilihan lain kerana kami telah kehilangan mereka.”
(Sumber: UNICEF)
#gaza1yearon #belagaza