[Gaza Setahun Berlalu]
Para pemimpin boneka adalah penghalang terbesar dalam mencegah tentera berperang melawan Yahudi.
Para pemimpin boneka adalah pihak paling berpengaruh dalam menghalang tentera daripada berperang melawan Yahudi, demi melaksanakan arahan penjajah kafir dan menjaga sokongan kepada Yahudi serta memastikan kelangsungan entiti mereka.
أَلَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ
“Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu. [TMQ Surah An-Nahl: 59]
Ulasan:
Persekongkolan pemerintah negara-negara Islam sudah lama diketahui, sama ada negara-negara jiran Palestin seperti Jordan, Syria, Lubnan, Mesir dan Arab Saudi, mahupun negara-negara Islam yang lain. Diamnya mereka menunjukkan sifat pengecut dan ketundukan mereka kepada Barat. Hal ini telah membongkar keadaan sebenar mereka. Malah, ada di antara mereka yang berharap agar peperangan itu berakhir dengan kekalahan para Mujahidin, kemenangan bagi Yahudi, dan sebagai pengajaran kepada yang lain agar tiada siapa yang berani memikirkan Jihad lagi. Mereka mahu semua orang menerima penyelesaian yang dipaksakan oleh kuasa Barat, sama ada penyelesaian dua negara, pemindahan ke negara jiran sebagai tanah air pengganti, pampasan, atau beberapa penyelesaian politik lain yang bertujuan untuk mengekalkan entiti yang cacat itu, dan terus melemahkan umat Islam sambil mengekalkan perpecahan yang diwujudkan oleh sempadan Sykes-Picot.
#gaza1yearon #belagaza