[Gaza Setahun Berlalu]
Babak baru pengkhianatan Pemerintah Jordan
Selepas mesyuarat yang digelar “Jawatankuasa Menteri Arab-Islam yang ditugaskan dengan tindakan antarabangsa untuk menghentikan perang ke atas Gaza,” Menteri Luar Jordan Ayman Safadi membuat satu kenyataan memalukan kepada para wartawan. Kenyataannya berbunyi, “Kami tidak percaya bahawa pembatalan perjanjian damai akan memberi manfaat kepada Jordan dan Palestin, dan kami menggunakan perjanjian itu untuk melindungi kepentingan Jordan dan untuk berkhidmat kepada rakyat Palestin.”
Menteri Luar Jordan mempertahankan perjanjian pengkhianatan memalukan yang telah dilakukan dengan entiti Yahudi, dan mendakwa bahawa perjanjian itu adalah demi kepentingan Jordan dan rakyat Palestin. Kenyataan ini telah merendahkan pemikiran rakyat, kerana mereka tahu dengan pasti bahawa melindungi kepentingan Jordan dan rakyat Palestin adalah dengan menghapuskan penjajahan dan menghilangkannya dari kewujudan, bukan dengan membuat perjanjian dengan entitI tersebut, melindungi serta memastikan kelangsungan penjajahannya.
[الَّذِينَ عَاهَدتَّ مِنْهُمْ ثُمَّ يَنقُضُونَ عَهْدَهُمْ فِي كُلِّ مَرَّةٍ وَهُمْ لاَ يَتَّقُونَ]
“(Iaitu) orang-orang yang engkau telah mengikat perjanjian setia dengan mereka, kemudian mereka mencabuli perjanjian setianya pada tiap-tiap kali, sedang mereka tidak mahu memelihara dirinya (dari keaiban mencabuli perjanjian itu).” [TMQ Al-Anfal (8): 56]
#belagaza #gaza1yearon