[Gaza Setahun Berlalu]
Khilafah Rasyidah Kedua: Jalan Keselamatan dan Keamanan untuk Seluruh Manusia
Kerana keselamatan yang hakiki bagi umat manusia hanyalah dengan melaksanakan dan berpegang teguh kepada ketentuan Syariah dengan cara yang jitu dan berkesan. Ini adalah satu-satunya cara untuk memastikan bahawa kepentingan setiap manusia dilindungi, setiap masalah diselesaikan, setiap keperluan asas dipenuhi, dan setiap peluang untuk memperoleh kekayaan tambahan disediakan dalam keadaan aman dan selamat.
Penghinaan, musibah, pertumpahan darah menimpa orang yang tidak bersalah semakin banyak dari hari ke hari… Mereka yang melakukan ini kebanyakannya adalah para penjajah kafir, dan entiti pendudukan zionis. Namun, punca sebenar berleluasanya penindasan ini adalah mereka yang memberikan asas dan segala peluang kepada para penindas ini. Mereka yang memberi peluang ini adalah penguasa yang mengkhianati Allah, Islam dan Ummah demi keuntungan dunia. Kecuali kita berhenti mendukung mereka dan menggantikan kepimpinan korup ini dengan menerapkan kepimpinan Islami menurut syariat, yakni menerusi Khilafah Rasyidah Kedua di atas manhaj Kenabian. Maka dengan itu, sudah pasti semua manusia, khususnya umat Islam, pasti akan sejahtera.
Kita memerlukan Khilafah Rasyidah Kedua, agar kalimah Allah ditinggikan, penghinaan orang-orang kafir dihentikan, agar umat Islam menjunjung tinggi martabat dan penghormatan serta bersaing untuk meraih syahid di jalan Allah, dan agar semua manusia dapat keluar dari kegelapan menuju kepada cahaya!
Kerana Islam diturunkan untuk seluruh umat manusia.
“Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).“
(TMQ Saba’ [34]:28)