[Gaza Setahun Berlalu]
Khilafah Rasyidah Kedua: Pembela Ummah yang Tertindas Tanpa Ragu
Khilafah adalah satu-satunya institusi yang tidak akan berdiri dan melihat umat Islam dibakar hidup-hidup, anak-anak dibunuh dalam rahim ibu mereka, orang-orang dihimpit di bawah runtuhan, dilanggar kereta kebal, dibunuh kerana kelaparan dan kehausan, atau diseksa sehingga mati atau hilang waras mereka… Ia tidak akan menjadi “penonton“ yang jahil terhadap apa yang menimpa mereka ini. Atau berbicara sambil berpangku tangan dengan sekadar memerhatikan sebarang penindasan, sama ada di Gaza, Palestin tanah yang diberkahi, atau di mana-mana di seluruh dunia!
Kita memerlukan institusi Khilafah untuk mengakhiri kepura-puraan para penguasa hari ini, walaupun mereka memiliki semua jenis kuasa politik dan ketenteraan, namun tanpa segan silu masih merujuk permasalahan tersebut kepada sang pembunuh yang sama. Malah pengkhianatan diteruskan dengan terlibat dalam semua jenis hubungan perjanjian dan perdagangan dengan para pelaku kejahatan itu.
Kita memerlukan institusi Khilafah untuk menamatkan pemerintahan khianat yang tidak bertanggungjawab dan menipu ummah, yang menerapkan rancangan para musuh dengan menandatangani perjanjian, dan meluluskan undang-undang yang bercanggah dengan kepercayaan dan nilai-nilai kita, hanya kerana tuan kufur Barat mereka mahu mereka berbuat demikian. Kita memerlukan institusi Khilafah untuk menamatkan cengkaman kekuasaan yang menganiaya dan menghukum orang Islam yang ikhlas berjuang untuk menegakkan syariat Allah.
Secara mutlak dan pasti hanya institusi Khilafahlah model negara yang sesuai untuk kaum muslim dan seluruh manusia yang menginginkan keadilan, jauh dari kezaliman. Yang akan menjamin perpaduan umat Islam. Kerana satu-satunya dan paling berhak memerintah dan memastikan keamanan, ketenteraman, keselamatan dan kesejahteraan di kalangan manusia adalah Allah (swt).
Apabila kita mengucapkan La ilaha illallah, kita bermaksud bahawa kita telah memilih Allah Azza wa Jalla sebagai Tuhan yang Esa, dan kita ingin hidup dalam keadaan dan di bawah perintah di mana penghakiman hanya milik-Nya dan di bawah peraturan-Nya, bukan selain daripada itu.
Bolehkah umat Islam mempunyai permintaan dan harapan yang lebih baik sesuai fitrahnya selain hal ini?
Maka bersegeralah kepada perintah Allah dan janji Allah:
Kerana Rabb kita berfirman, yang bermaksud:
“Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”. (TMQ At-Taubah [9]:33)