[Gaza Setahun Berlalu]
Nusrah mengembalikan legasi kepimpinan warisan Rasulullah dan para sahabat
Wahai umat yang memiliki kekuasaan.
Wahai tentera ummah yang ikhlas.
Halangan terbesar kepada kebangkitan umat Islam ialah tatanan dunia penjajah Barat hari ini, dan pengkhianatan ke atas umat ini secara terus menerus. Sejak bertahun-tahun mereka enggan menjadikan syariat Islam secara kaffah sebagai sistem kehidupan. Sebaliknya mereka memilih melayani kehendak para rejim penjajah seperti hamba yang taat. Oleh itu, selagi mereka yang korup masih berkuasa, ummah tidak akan dapat bangkit dan melindungi golongan yang tertindas.
Kami mengingatkan anda bahawa kehormatan hanya milik Islam dan bahawa orang-orang yang berkhianat ini hanya menawarkan penghinaan kepada ummah. Oleh itu, berikan nusrah anda kepada mereka yang bekerja untuk menegakkan Khilafah di atas manhaj Kenabian, supaya dengan adanya sistem Islam, Khalifah dapat memecahkan belenggu hari ini dan membolehkan kalian serta seluruh ummah yang ikhlas mengambil tindakan sepatutunya berdasarkan syariat, untuk membantu dan menyelamatkan Al-Aqsa, serta setiap yang tertindas di seluruh dunia.
Kerana Allah (swt) telah berjanji:
“Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira – Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.“ (TMQ Ar-Ruum [30]:5)